Wednesday, May 10, 2017

Selagi Tak Kena Batang Hidung Sendiri... selagi itu......

Menarik penulisan ini yang ai terbaca di newsfeed seorang kenalan pesbuk yg ku rasa beliau pun mengkopipes.  So mari "berkopi pasta" di sini.

DOSA YG JARIAH... berjalan sampai bila2...

Kisah seorang  yg memfitnah seorang ulama lalu dia menyesal dan bertemu dgn ulama tersebut dan ingin memohon maaf..

Lalu ulama itu berkata...

" Dgn syarat... Nanti bila kamu dtg ke masjidku ini bawalah penyapu bulu ayam.. Dlm perjalanan kamu cabutlah bulu2 ayam itu sampai habis. ".

Dia berasa pelik utk apa perbuatan itu.. Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf.  Lalu dia melakukannya... Hingga sampai di masjid... dia berjumpa dgn ulama tersebut..

"Wahai habib.. Aku telah buat spt yg tuan suruh.. Hanya tinggal rotan saja... Bulu2 ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi... Apakah tuan telah memaafkanku?.".

Ulama itu berkata..

" Nanti bila kamu balik, kutip kembali bulu2 ayam yg kamu buang tadi dan bawa padaku esok".  Org itu bertambah pelik...


"Tadi suruh buang.. Ini suruh ambil kembali..?".  Bisiknya dlm hati.. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.  Keesokkan hari... Dia berjumpa dgn tuan habib... .

"Tuan.. aku hanya mampu kutip 2..3 helai saja drp byk yg saya buang... Semua telah di terbangkan angin entah kemana..... "



Lalu habib itu berkata.... "BEGITULAH DGN FITNAH yg kamu lakukan padaku.. .orang yg mendengar akan menyebarkan hingga ia entah ke mana... Jika kamu ingin mnarik kembali kamu tidak akan berdaya... Ia tersebar... Terus tersebar...

Aku maafkan kamu... Bertaubatlah... Lakukanlah apa yg harus kamu lakukan....
NAH.... itulah dosa yg jaariah.... Dosa fitnah Terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar.... Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yg akan menimpa....". 

Pada si   Pelaku2 fitnah out there... Usahalah... Temui org2 yg kau sebarkan fitnah utk mebetulkan kembali maruah orang yg difitnah.  Sekian.. sebelum ajal menjemputmu.

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.