Thursday, May 11, 2017

Tip Shopping Cara Marhein

Siang tadi menemani IRP memancing..
Alhamdulillah beliau dpt ikan besar..
Tapi... bukan itu yg menjadi topik utama entry ini.. sebab sepanjang "picnic" tak sempat pun snap pix sangat.. tapi kalau nak "bukti bergambar" tentang ikan besar tu ada.. cuma malas nak upload.  (Ok dah upload pun.. pada hari berikutnya - Jumaat.. dah jadi asam pedas).


Sebelum memulakan hobinya itu, IRP dropkan ai kat shopping mall berdekatan dan berjanji akan ambik ai semula bila isterinya ni dah puas window2.

Kebetulan ai pun mmg nak cari gandingan "skirt/slack" utk dipadankan dgn punjabi raya yg dah siap aritu..
Dan akhirnya dapat pun apa yg ai idam
di kedai2 tersebut 3 helai (murah je).
So.. berharap ianya berakhir di situ..

Masuk ke kedai yg seterusnya..
Pun ada yg cantik.. Alamak!.  Janganlah
aku terjebak lagi!.  Lama dah ai tak menjejakkan kaki ke kota metropolitan lagi pusat pelancongan itu.. tak sangka dah banyak pulak kedai2 jual baju yg cecantik!
Dlm beralamak2... akhirnya ke fitting room
juga utk try test..
Sedap pulak kat badan.. cemana ni?.

Selalunya kalau muncul kes2 mcm ni ai akan bermonolog dgn bayang2..  supaya anasir2 jahat tidak merasuk fikiran dan membuat pembaziran.  Keh keh keh..

"Ahh  tak payah beli lah Sam... mcm pernah kau pakai je kaler ni puluhan taun lepas".  Pujuk bayang2.

Alasan mcm kurang kukuh.. lantas memikir alasan seterusnya.

"Sales girl tadi tu macam tak mesra alam je.. mcm tak senyum je layan kau..
Tak payah beli la Sam!".   Hati suciku berbisik lagi.

"Ha'ah la bayang2....  aku rasa logik la alasan kau tu!!!".   Jawabku pada bayang2.

Pintu fitting room pun  kubuka dan alhamdulillah   tak jadi beli akhirnya dgn alasan "senyum".    Haha..  kesian sales girl itu dikambing hitamkan padahal masa ai nak letak balik baju tu beliau membalas dgn senyuman paling manis (tapi  dah terlambat sbb ai dah memutuskan utk tak beli).

p/s  :   sebab tu ai takut nak singgah ke kedai yg terlalu ramah... nanti takde alasan.









No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.