Sunday, June 25, 2017

First Syawal In Perth

Cerita pertama Syawal...

Masyaallah..  terharu dengan sambutan syawal yg tersangat meriah di bumi Perth ini.   I am so proud to be a muslim... rasa mcm terharu nak nangis.

Pelbagai rupa dan kaler kulit membanjiri mesjid untuk solat raya bagi meraikan kemenangan dpt berpuasa sebulan.   Dari yg tudung labuh sampai yg rambut gerbang pun ada. Dari yg setinggi2 tiang bendera hingga yg kemetot2.

Lauk pauk dan kuih muih potluck menjadi hidangan setaraf hotel 5 bintang di perkarangan mesjid.  Dari sesedap2 bariyani, rendang hingga sesegar2 buah juga ada.  Dari yg menjadi citarasa omputeh, orang itam, org biru dan org ijau.   Pendek kata hidangan sesuai utk semua bangsa dan usia.


Mana pix yg dimaksudkan?.  Pix nasik arab?

Oh sorry... tak banyak...  semua simpan dlm otak je.   Haha. (Sebenarnya sibuk makan). Well,  jgn menyesal sgt kiranya tak byk dpt disnap di hari raya kerana deria mata kita adalah teknologi terbaik utk merakamkan moment2 tersebut di mana ia akan tersimpan dlm 'cloud storage' kita.   Cumanya kita manusia belum dikurniakan kemampuan utk decode apa yg tersimpan itu untuk didownload.   Kat akhirat nantilah klu nak download.. hihi.




Ini je yg sempat disnap masa beratur tadi.




Cerita Malam Raya (mlm sebelum raya)

Padahal dah tahu dah kebanyakan mesjid di Perth bakal menyajikan hidangan raya,  begitu juga di Malaysia Hall... tapi ai tetap jugak nak masak nasik impit dan rendang utk hubby dan anak2 sepulang dari jemputan iftar di rumah seorang sahabat seperantau.



Bersengkang mata sampai 2 pagi gara2 rendang dan ketupat segera ni.  Semua tu tak menjadi hal bila hati tgh berbunga2 sebab esoknya raya.  Diwarnai pula dgn anak2 yg juga ceria dan tak sabar nak raya.  I just want to see them happy.   Mereka tak berpeluang untuk mendengar bunyi mercun raya mcm kat Msia.. tak berpeluang mengutip duit raya mcm kita but if they still happy,  ianya sgt disyukuri.





Terjebak melabuci kurung raya!.


Kuih yg kawan ai hidang masa iftar itu. Tertarik dgn pulut (eh apa da nama dia ni.. lupa plak.. yg berinti serunding) yg diinovasikan menjadi gulungan ala sushi.

Ok lah.. mcm dah pjg plak ai menulis.  Salam lebaran maaf zahir batin utk follower2 tersayang.  Taqqaballah minna wa minkum 😘😍

4 comments:

  1. Selamat hari raya Sam, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf zahir batin juga utk Umi klu2 ada penulisan saya yg menyinggung perasaan atau terkasar bahasa.

      Delete
  2. Sedap juadah hang sam..
    Dah sama mcm kat sini jugak kan..
    Jadi tak lah raso sodeh bonar kan..
    Dapek mkn rondang tu 😆😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah CH... masih ada rezeki nak mkn juadah raya yg sedap2 kat sini.. jd tidak ler bersayu hati di pagi raya.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.