Thursday, June 8, 2017

Menu 20 Tahun Lampau Masa Baru2 Kawin.. (awas! ada pix makanan)

Aku rasa suami aku ada ingatan yg kuat
terhadap apa2 menu yg pernah aku masak untuk beliau.

Suatu mlm di restoran..

"Sedaplah sos dia ni.. cuba rasa, sama macam yg u pernah masak masa kita duduk Permas... yg ada kambing... bla3. Ingat tak?".

"What?.  Permas?.".   Punyalah lama.   20 thn dah uollz... dan  itulah pertama kali dan terakhir aku masak menu tu... sebab resepi tu dah ilang... haha... gulp!.

Resepi Chef Wan sebenarnya.   Takpe nanti aku try buat lagi ikut mana yg aku ingat.


Antara menu2 lain masa baru2 kawin ialah menu bawah ni juga (pun dpt dari majalah yg sama ketika itu).    Aritu buat untuk menu berbuka sbb si Ain dah belikan ikan kat supermarket mana tah..



Seekor ikan.
Siang dan bakar

Sos :
Cili kering, onion, garlic, halia (blend).
Tomyam paste.
Sukati nak bubuh serai pun boleh
lagi sedap.. (ai punya dah running out masa tu.. so tak bubuh.. mcm kureng).

Cara :-

Tumiskan semua bhn yg dah diblender.
Masukkan tomyam paste. Daun limau purut.
Bila dah naik minyak..
Masukkan asam jawa sikit, gula, garam.


Tuang atas ikan yg sedang dibakar atas daun pisang.  
Dah siap.. angkat.. dan perahkan
limau nipis.




Iftar Ramadhan ke 13 (kes nak abiskan stok kat esbok)



Sejak posa ni,  kita banyak upload pix makanan hanya untuk tontonan sekeluarga je (itu pun sbb nak suruh dorang standby kat meja makan... petanda Mama dorang dah siap masak) .   Tapi sebab arini nak share resepi punya pasal,  kita TERshare plak kat sini.

p/s  :    menu apa yg uoll mula2 masak untuk santapan suami?.  

1 comment:

  1. Tak ingat dah menu apa.
    Nampak sedap menu ni.
    Boleh nak cuba juga nanti.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...