Thursday, August 3, 2017

How to move on?

Seorang teman me"message"...

"Sam... anak sedara aku ada kat sana, frust putus cinta terus tak nak balik Malaysia, petik buah."


Dalam hati ai..

"Alhamdulillah.  Pandai beliau move on!.".

Tak kiralah berhijrah ke mana pun.  Samada frust di Johor lalu lari ke Perak atau frust di Kuantan lalu tukar keja ke Sarawak.  Point utamanya ialah "pandai menggayakan kesedihan" dan tidak terus terpuruk.




Orang kata "bawak tanah"!.  Bukan bawak tanah dgn maksud berbondong2 menggendong tanah dlm guni tu!.  Haha. Bawak tanah dlm erti kata membawa hati nan luka supaya tak terkenang2 lagi. Manalah tahu.. asyik terluka je dgn gadis2 di perkampungan sendiri, rupa2nya jodoh yg sebenar terperosok di hujung Sungai Palembang misalnya.. atau masih tersembunyi di balik tirai banglow di Arab Saudi.   Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu kekecewaan itu dgn sia2 melainkan tersembunyi hikmah di dalamnya.












Itu kalau dah frust sangatlah.  Kalau masih stabil,  masih boleh fokus pada kerja lagi, tak meraung siang malam..  gunalah kaedah lain (tanya Hj Google) sebab "kaedah bawak tanah" ni boleh tahan byk pengorbanannya.

Bila difikir2...  mcm pelik dan bo*** kita manusia ni kan bila dah putus cinta.  Macam dunia dah runtuh pulak..  haha.. (Gulp! Kak Mirror terkecuali... ahakz).

Ya lah nak buat guane kan?.  Kita manusia ni penuh dgn kekurangan di mana kat situlah bezanya kita dgn Sang Pencipta.

Bagi yang dah kawin dan berpisah pasti keperitannya lebih berbanding yg sekadar putus cinta monyet je .. so ini tip utk move on setelah dikhianati...

*Jaga solat
*Dekatkan diri dgn Al Quran
*Menghadirkn diri dgn majlis2 ilmu
* Selalu ingtkan diri dgn apa yg telah dilakukannya (bukan le dendam..cuma sbg pemangkin untuk terus move on)
* Jangan follow kehidupan Ex,  baik di fb atau mana2 laman sosial...tutup buku terus dan buang jauh.
* Delete the pictures, delete the number and accept the lessons.
* Jangan berhubung lagi...kalau ada anak... biar anak jer yg berhubung
* Ramaikan kawan
*Join aktiviti riadah, hiking
*Sibukkn diri dgn bekerja dan menjayakan diri


Moga anda semua mendapat kebahagiaan baru yg dicari2. Aamiin Ya Robbal Alamin.

Sekian.


nota :.   Mula2 baca al fatihah 1x.. 
then baca Ar Radh ayat 39.   

Niat..  

"Sahaja aku melupakan .... (sebut nama) kerana Allah Taala."


4 comments:

  1. bila cinta berakhir tak semestinya semua berakhirkan, takperlu bermuram durja lama2 hidup mesti diteruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mama..
      Menangislah utk 1 mlm shj.. pastu esok pagi bukalah lembaran baru.

      Delete
  2. nak move on ngn keja opis yg suka2 hati org tambahkan ni lagi susah...menci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai siannyaaa..
      Sabar ye Adda. I can feel U.. sbb pernah rasa dulu2.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.