Thursday, June 4, 2020

Kelas Memasak Telur Mata Kerbau

Tetiba rajin pulak nak melukis. So kita  nak berangan jadi Cikgu Masakan lah arini..

Bayangkan ni kelas untuk mereka yg sedang KURSUS KAWIN anjuran Chef Mirror.. kekeke..   tapi bukan di Malaysia.. Australia pun bukan.. negara entah berantah yg mewajibkan kursus kawin berserta blaja ilmu masak sekali.  Haha.. kerlazz!.


Ok class!.  Listen!.  Assalamualaikum..

First sekali tahniah class sebab anda semua dah nak kawin.. alhamdulillah dah laku. Bermakna anda semua bakal menjadi Saus Chef di dapur anda.   Anda perlu memberi yg terbaik supaya seluruh ahli keluarga bukan saja kenyang tapi selamat dari keracunan yg mengancam nyawa.

Ok sebelum tu Chef nak tanya..
Sapa tahu ini apa?.   Tak tahu??.



 Ini adalah jangka suhu.. ia sgt penting di dapur..

Sebab tu jika kita perhatikan uniform seorang Chef banyak saku.. bukan untuk lawa2 semata tapi penuh khazanah di dalamnya.


Mengapa menyukat suhu itu penting??.



Pada suhu 5 C hingga 60 C adalah diklasifikasikan sebagai THE DANGER ZONE untuk makanan di mana pada suhu ini bakteria2 akan membiak.

Pemanasan makanan melebihi 60 C akan membunuh kuman2 tersebut.  Begitu juga penyejukbekuan di bawah suhu 5 C.





Sambil melukis di White Board...


Makanya class berhati2 jika ingin menyediakan makanan2 bersumberkan TELUR MENTAH contohnya mayonnaise, hollandaise sauce dan yg tak asing di Malaysia..Puding Buih.
Basuh telur hingga blink2 dan pastikan anda menggunakan telur2 yg belum tamat tempoh. 





Ok class... 10 minutes break!.
Sila hadam apa yg Chef dah ajar Kay!.
Nanti Chef akan soal sorang2 dan buat demo cara membuat telur mata kerbau!.

Tung tang Tung tang..   tetiba pukul 5.00 petang.

Ok class..
We have been at this for hours, let's call it a day and come back tomorrow when we are fresh.  Ok see you tomorrow everyone!!.

2 comments:

  1. bahaya kalau melibatkan makanan half cook ni kan. kalau tak kuat, memang jatuh sakit jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanni - Ya.. penyediaannya perlu teliti dan aspek kebersihan paling penting sekali.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.