Showing posts with label Foods Industry. Show all posts
Showing posts with label Foods Industry. Show all posts

Thursday, May 7, 2026

Random photos May 2026.

Assalamualaikum everyone.

Photo dump kejap sebelum gambar-gambar ni terus terkubur dalam gallery phone 😅 Dump ye bukan dumb. Dumb tu dah lain maksud plak.




Aritu kami makan Speghetti marinara ni.  Yang ai perhatikan, kat Perth ni jarang orang jual speghetti aglo olio, kalau nak makan kami terpaksa buat sendiri.  Tapi marinara speghetti ni famous pulak di sini.  

“Marinara” usually refers to an Italian-style sauce made with tomatoes, garlic, onions, and herbs.

Entah ler, macam salah je kedai ni buat sebab sos tomatonya tak nampak bayang pun dlm pinggan tu.  Tapi yang herannya ia lebih sedap dari resepi yg asal (yg kami makan di kedai lain). 

Ok mari kita buat kajian lagi..

But in spaghetti marinara, especially in many restaurants, it often means seafood spaghetti , usually with prawns, mussels, squid, or other seafood in a tomato-based sauce.

Ohh macam tu.



Makan di bawah rimbunan pohon anggur tapi tidak berbuah.   Sama la macam pokok anggur kami kat rumah,  
musim buah tengah berakhir, tunggu next year pula untuk menuai.


Sepulang mesjid, my son suruh ai mencuba makanan berasaskan barli ni, katanya beli dengan Makcik Somali yang berjualan kat luar mesjid tu.   Ermm not bad.  Dari segi rasa agak asing, tapi bila dah cuba sekali rasa nak cuba lagi.



Dapat voucher 40 dollars untuk 2 orang gara-gara flight delay pastu dah delay tetiba flight cancelled 😅.   Macam-macam la dorang ni kan.   Tapi hanya untuk beli makanan, ingat nak beli perfume.  Haha.    Sampai ketandusan idea tak tahu nak beli apa, last2 beli je vegetarian pizza ni dan sedikit minuman.



Beli beberapa item untuk mencantikkan office.  Runner meja, tea set dan pokok.  Cantik tak epal tu?. 


Thursday, June 4, 2020

Kelas Memasak Telur Mata Kerbau

Tetiba rajin pulak nak melukis. So kita  nak berangan jadi Cikgu Masakan lah arini..

Bayangkan ni kelas untuk mereka yg sedang KURSUS KAWIN anjuran Chef Mirror.. kekeke..   tapi bukan di Malaysia.. Australia pun bukan.. negara entah berantah yg mewajibkan kursus kawin berserta blaja ilmu masak sekali.  Haha.. kerlazz!.


Ok class!.  Listen!.  Assalamualaikum..

First sekali tahniah class sebab anda semua dah nak kawin.. alhamdulillah dah laku. Bermakna anda semua bakal menjadi Saus Chef di dapur anda.   Anda perlu memberi yg terbaik supaya seluruh ahli keluarga bukan saja kenyang tapi selamat dari keracunan yg mengancam nyawa.

Ok sebelum tu Chef nak tanya..
Sapa tahu ini apa?.   Tak tahu??.



 Ini adalah jangka suhu.. ia sgt penting di dapur..

Sebab tu jika kita perhatikan uniform seorang Chef banyak saku.. bukan untuk lawa2 semata tapi penuh khazanah di dalamnya.


Mengapa menyukat suhu itu penting??.



Pada suhu 5 C hingga 60 C adalah diklasifikasikan sebagai THE DANGER ZONE untuk makanan di mana pada suhu ini bakteria2 akan membiak.

Pemanasan makanan melebihi 60 C akan membunuh kuman2 tersebut.  Begitu juga penyejukbekuan di bawah suhu 5 C.





Sambil melukis di White Board...


Makanya class berhati2 jika ingin menyediakan makanan2 bersumberkan TELUR MENTAH contohnya mayonnaise, hollandaise sauce dan yg tak asing di Malaysia..Puding Buih.
Basuh telur hingga blink2 dan pastikan anda menggunakan telur2 yg belum tamat tempoh. 





Ok class... 10 minutes break!.
Sila hadam apa yg Chef dah ajar Kay!.
Nanti Chef akan soal sorang2 dan buat demo cara membuat telur mata kerbau!.

Tung tang Tung tang..   tetiba pukul 5.00 petang.

Ok class..
We have been at this for hours, let's call it a day and come back tomorrow when we are fresh.  Ok see you tomorrow everyone!!.

Wednesday, September 26, 2018

2 hours 4 hours rule in food industries VS bloggers

Blogger ada rule 2 hours 4 hours  kalau nak ada engagement.   Dengan maksud, setiap 2 jam cari bahan dan setiap 4 jam rajin le update sampai follower anda termuntah.  😄.    Begitu juga proses penyediaan makanan.. pun ada rule 2 hours 4 hours ye murid2.  Ni Chef Mirror tuliskan untuk anda especially utk peniaga2 makanan di luar sana.





Apa yang terkandung dlm undang2 2 jam 4 jam ni sebenarnya???.   Let's chekidoud.

Makanan yang bersuhu di antara 5 ° C dan 60 ° C terbiar selama kurang daripada 2 jam boleh digunakan, dijual atau dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk digunakan/dimasak.


Makanan yang bersuhu di antara 5 ° C dan 60 ° C selama 2-4 jam masih boleh digunakan atau dijual, tetapi tidak boleh dimasukkan semula ke dalam peti sejuk.

Makanan yang bersuhu antara 5 C dan 60 C selama 4 jam atau lebih mesti dibuang.




Masa antara 5 ° C dan 60 ° C adalah kumulatif - bermakna anda perlu menambah setiap kali makanan telah keluar dari peti sejuk, termasuk semasa penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan paparan.

Selagi kita ikut "undang2 2 hours 4 hours ni".. inshaallah  makanan yang kita jual adalah selamat dari keracunan dan mengancam nyawa.

Oh yeah.. to all my Aussie's friends  who do not understand for what I am saying, here is the translation..

 If the food has been held at temperatures between 5C and 60C for a total of... 
  • less than 2 hours - the food must be refrigerated immediately. 
  • If it longer than 2 hours, but less than 4 hours - the food must be used immediately. 
  • a total of 4 hours or longer - the food must be thrown out. 

Untuk tempahan homestay dan kereta sewa Perth..  sila roger2.  


Wednesday, July 18, 2018

Makanan Membunuh Orang



Tetiba je upload pix makanan kan?.
Nak sesuaikan dengan entry ai hari ni.  Btw.. pix tiada kena mengena dgn penceritaan.


Hari ni... balik2 tengok si Ain dah siap2 nak masak.  Sejuk perut ibu yg mengandungkannya ni lantas dapatlah ai sedikit ruang untuk mencoret.


Sekarang ni macam takde mood nak review mana2 restoran sebab tak semua restoran yg ai review  mampu mengekalkan consistency hidangan mereka.  Yang ada kadang2  dah review2.... puji lambung2 sedap giler.. alih2  3, 4 bulan lepas tu tutup  atau ada antaranya dah bertukar pemilik,  so menu pun dah bertukar.

So... kita cerita mende lain lah plak.


PERNIAGAAN MAKANAN

Buffet   -   Sebutan Aussie dia BAF FAY ye.. bukan BU FAY (itu Malaysia).   So guys...  let say korang dah hidang buffet2 yang uoll niagakan tu...   every 4 hours,  habis ke tak habis.. kena ganti lain (Ai nak sebut "dispose" (buang) tapi tak gamak.  But this is the procedure in food industry to avoid food contamination.


Tapi... kita as muslim, dah diajar untuk tak membazir... maka pandai2lah bajet supaya apa2 yang dijual itu laris.. less waste.


TELUR

Don't ever2 mishandled egg!.   Ramai dah org meninggal diasbabkan kuman2 samonela telur (padahal memang dah ajal la pun).

Sebab tu kalau tak reti buat mayonese sendiri... jgn la memandai2.   Mayonese ni kita kena bubuh vinegar + lemon utk bunuh bakteria2 tu.


Lagi satu makanan membunuh ialah puffer fish?.   Do you know what is that??.    Ikan buntal.   Org2 tertentu je yg pandai masak dgn selamat,  mereka siang dgn teliti racun2 dlm organ ikan tu.


Ada satu lagi tau MAKANAN MEMBUNUH.. ianya ada dlm 1 buah kegemaran  tapi tak mo lah ai sebut,  mana la tau nanti disalah gunakan org.   😱😱. Kekeke...


FREEZER BURN

Makanan2 dlm freezer yg dah berubah kondisi dan kaler.


Eh!.   Mcm dah panjang plak ai tulis. Ok lah. Bai.


p/s   :    Ada apa2 lagi pengetahuan anda tentang ini?.   Org kata.. belangkas pun kalau tak reti masak... bleh membahayakan. Ikan patin kalau tak arif .. boleh memabukkan?.




Thursday, April 21, 2011

Apakah itu BROWNING?

Setelah I belek-belek gambar "BROWNING" yang diupload oleh Azurin ni (Thanks Azurin yang cantik manis), dapat I simpulkan di sini ianya adalah sejenis caramel (sila rujuk ingredient yang tertulis di atas botol, tertulis perkataan KERAMEL).


                   


Puas tanya Pakcik Google tadi "apakah itu browning?", tapi Pakcik Google tak tau nak jawab... ada ke ditunjukkannya gambar pistol-pistol, senapang-senapang... orang nak memasak la Pakcik.. bukan nak gi menembak. lol....

Takpe.. takpe, pasni pakcik boleh pinjam gambar ni kalau ada yang bertanya ya. Inilah yang dinamakan browning.

Substitute kepadanya I rasa ialah, kita kena buat keramel macam kita buat gula hangus biasa tu kot (ada perkataan "kot" di sini bermaksud ianya masih dalam proses penelitian dan kajian I ye! Jgn percaya 100%).

Ya la.. terpaksa cari penggantinya sebab menurut khabarnya benda ni cuma banyak terjual di Sarawak je.. kat Semenanjung ni susah nak jumpa. Kalau ada bagitau I ya.

So now, ada 2 cara untuk buat keramel iaitu, cara kering dan cara basah :

CARA KERING: Gula pasir ditaburkan merata di atas kuali atau periuk (sebaiknya non stick pan), serata mungkin jangan sampai bergumpal. Nyalakan api, panaskan gula dengan api kecil (simmer) tak perlu dikacau. Bila sebahagian gula mula mencair goyang-goyangkan periuk untuk meratakan gula yang belum mencair dan terus panaskan ianya hingga gula cair keseluruhannya. Besarkan api sikit, kacau dengan senduk kayu hingga warnanya sekata, pastu matikan api.

CARA BASAH: Panaskan gula pasir plus sedikit air dlm periuk (kira2 175gram gula plus 50ml air). dengan api kecil tanpa dikacau, hanya sesekali digoyang-goyangkan untuk meratakan gula yang belum mencair, tambah jus limau nipis sedikit sahaja (kira2 1/3 st , fungsinya mencegah dari menjadi beku, boleh juga diganti cuka sebanyak 2 titik), panaskan sampai gula larut keseluruhannya lalu besarkan api sehingga mendapat warna yg diinginkan lantas segera matikan api.

p/s : Mungkin jugak ianya menggunakan gula perang.