Thursday, April 21, 2011

Apakah itu BROWNING?

Setelah I belek-belek gambar "BROWNING" yang diupload oleh Azurin ni (Thanks Azurin yang cantik manis), dapat I simpulkan di sini ianya adalah sejenis caramel (sila rujuk ingredient yang tertulis di atas botol, tertulis perkataan KERAMEL).


                   


Puas tanya Pakcik Google tadi "apakah itu browning?", tapi Pakcik Google tak tau nak jawab... ada ke ditunjukkannya gambar pistol-pistol, senapang-senapang... orang nak memasak la Pakcik.. bukan nak gi menembak. lol....

Takpe.. takpe, pasni pakcik boleh pinjam gambar ni kalau ada yang bertanya ya. Inilah yang dinamakan browning.

Substitute kepadanya I rasa ialah, kita kena buat keramel macam kita buat gula hangus biasa tu kot (ada perkataan "kot" di sini bermaksud ianya masih dalam proses penelitian dan kajian I ye! Jgn percaya 100%).

Ya la.. terpaksa cari penggantinya sebab menurut khabarnya benda ni cuma banyak terjual di Sarawak je.. kat Semenanjung ni susah nak jumpa. Kalau ada bagitau I ya.

So now, ada 2 cara untuk buat keramel iaitu, cara kering dan cara basah :

CARA KERING: Gula pasir ditaburkan merata di atas kuali atau periuk (sebaiknya non stick pan), serata mungkin jangan sampai bergumpal. Nyalakan api, panaskan gula dengan api kecil (simmer) tak perlu dikacau. Bila sebahagian gula mula mencair goyang-goyangkan periuk untuk meratakan gula yang belum mencair dan terus panaskan ianya hingga gula cair keseluruhannya. Besarkan api sikit, kacau dengan senduk kayu hingga warnanya sekata, pastu matikan api.

CARA BASAH: Panaskan gula pasir plus sedikit air dlm periuk (kira2 175gram gula plus 50ml air). dengan api kecil tanpa dikacau, hanya sesekali digoyang-goyangkan untuk meratakan gula yang belum mencair, tambah jus limau nipis sedikit sahaja (kira2 1/3 st , fungsinya mencegah dari menjadi beku, boleh juga diganti cuka sebanyak 2 titik), panaskan sampai gula larut keseluruhannya lalu besarkan api sehingga mendapat warna yg diinginkan lantas segera matikan api.

p/s : Mungkin jugak ianya menggunakan gula perang.



7 comments:

  1. gula hitam ? x pernah dengar pon.. ape yang boleh di buat dengan gula hitam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt sarawak bnyk resepi kek mrnggunakan browning sugar ni. Kalau di semenanjung mostly pakai gula melaka.

      Delete
  2. Benda ni terkenal di kalangan Chef2 kek kat hotel2 je Freaky.. :D Tu yg susah nk jumpa. Limited edition. Keh3.

    ReplyDelete
  3. walla..i pun first time tau kewujudan menda ni,dah setaraf chef ni...MM boleh buat kelas, i jadi pelajar u yg first daftar, hehe=)

    ReplyDelete
  4. DR. SIRNA - hahaha..tersangatlah menyesalnya kalau U belajar dgn I Puan Doktor..

    ReplyDelete
  5. browning sugar, pernah dengar & lihat.in bm gula hitam.betul tu miss mirror :)

    ReplyDelete
  6. WIN - of coz u tau sbb kat sana je benda ni terjual kan Win?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.