Tuesday, November 9, 2021

65 Perkara Tentang Anxiety Disorder

Tak semena2 ada beberapa 'kenalan' di FB yg declare telah  menghidap anxiety disorders. Jantung dag dig dug.  Mostly mereka itu jelita2 belaka.. (dan ai pun sampai terlupa dari mana ai dpt berkenalan dgn jelitawan2 tersebut sebab FB itu pun FB zaman Tok Kaduk, mungkin waktu ai ketaksuban dan kesurupan masuk group tudung kayangan la kot.. zaman2 di Malaya).   Alhamdulillah dpt mengenali mereka,  cantik dan strong!.


Lantas tertanya2...

Adakah wanita cantik selalu anxiety?. Adakah anxiety hanya menyerang wanita2 cantik?. 

Entah la.. bukan bidang ai so tidak mampu untuk mengulas melainkan copy apa yg  dishare oleh kenalan FB ai yg gojez lagi flawless itew sebagai pengetahuan am kita bersama. Thanks my dear, Puan L.. mengizinkan Kak Mirror share penulisan yg didapat ini.    Ai harap moga you lekas sembuh.    Aamiin Ya Robbal Alaminnn..  (beliau dah diberi ubat tapi bila makan pening dan muntah2.. mungkin tak serasi kot).





Anxiety disorder adalah sejenis penyakit berkaitan emosi yang mana timbulnya perasaan cemas, bimbang dan ketakutan yang melampau dan melebihi daripada perasaan bimbang orang yang normal atau tidak ada penyakit ini. Penyakit ini berpunca daripada trauma terhadap sesuatu kejadian yang buruk, tekanan dan keturunan yang mana mungkin ada di antara keluarga yang pernah menghidapi penyakit yang sama tetapi mereka tidak tahu.


Antara jenis anxiety disorder yang sering dihadapi ialah panic disorder dan panic attack, terjadinya berulang-ulang kali yang adakalanya tiada on atau off. 


Di bawah ni 65 perkara tentang anxiety disorder dan mereka yang menghidapi anxiety: 


1. Anxiety akan menjadi satu pemikiran yang super duper kreatif mereka-reka sesuatu. 


2. Pemikiran boleh menguasai pesakit anxiety.


3. Anxiety akan membuatkan pesakit risau untuk perkara yang tiada sebab. 


4. Anxiety akan menimbulkan perasaan rasa takut akan kematian dan akan berfikir tentang itu.


5. Ianya akan berlaku tiba-tiba jantung berdegup laju dan pesakit akan berfikir terkena serangan jantung.


6. Pesakit anxiety akan selalu mengatakan doktor seperti mempermainkan mereka kerana mengatakan mereka tidak mempunyai sakit yang kronik.


7. Pesakit akan sering pergi klinik atau hospital untuk membuat medical check up. 


8. Pesakit akan berasa seperti tidak boleh bernafas (dada ketat, merasa dada seperti penuh).


9. Bukan semua yang ada anxiety tahu mereka ada anxiety dan menganggapnya perkara biasa.


10. Dada adakalanya seperti dicucuk dengan benda tajam dan kadang-kadang ianya merasa nyilu dan nyeri.





11. Kepala akan merasa melayang dan pesakit akan merasa seperti akan hilang kawalan dan akan pengsan.


12. Pesakit anxiety adakalanya tidak boleh berada dalam kelompok ramai dan akan berusaha lari daripada keadaan itu.


13. Pesakit anxiety akan berasa bersendirian itu lebih baik dan menenangkan.





14. Orang tak kan dapat menenangkan pesakit bila anxiety menyerang. Serangan akan terjadi sekurang-kurangnya 10 min atau 1 jam.


15. Orang yang tidak mempunyai anxiety tidak faham apa yang dialami oleh pesakit anxiety.


16. Pesakit anxiety akan selalu mengkaji, mencari tentang penyakit ini dan mereka akan rasa takut bila membacanya.


17. Berjumpa dengan psikiatri adalah masa yang ditunggu untuk bertanya berbagai soalan .


18. Pesakit anxiety adakalanya akan menangis tanpa sebab.






19. Pesakit akan bercerita kepada orang lain dan mahu orang lain turut merasai tetapi sebenarnya tak boleh kerana orang yang tiada anxiety tidak akan faham.


20. Orang yang mendengar masalah yang diceritakan oleh pesakit anxiety akan memberi nasihat tetapi pesakit anxiety tidak mempedulikan nasihat itu jika nasihat itu tidak dapat membuat mereka tenang.


21. Pesakit anxiety akan menjadi sensitif dengan semua perkara. 


22. Ianya juga akan membuat pesakit menjadi pelupa.


23. Pesakit akan berasa badan mereka twicth (berdenyut-denyut). 


24. Pesakit akan berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja.


25. Pesakit juga adakalanya akan diserang sakit kepala yang mana rasanya seperti diikat ketat menggunakan headband.

 

26. Pesakit akan berasa takut untuk travel or berjalan jauh kerana fikir itu akan mendatangkan bahaya. 


27. Pesakit anxiety akan berasa lega dan seronok bila dapat share masalah dengan orang yang sama menghidapi anxiety.


28. Akan terjadinya tekanan kepada pesakit. 


29. Pesakit anxiety selalunya akan memerlukan orang lain untuk membantu mereka. 


30. Setiap hari, pesakit anxiety akan berfikir dan berharap dapat menjadi diri mereka yang dulu.


31. Kadang-kadang, pesakit akan berfikir kenapa ianya terjadi kepada mereka.


32. Pesakit akan mengigil dan mengeletar tanpa sebab.


33. Anxiety akan membuatkan pesakit merasa sunyi, terkejut, takut, risau, kecewa, tekanan dan basically everything . 


34. Anxiety TIDAK membuatkan pesakit itu menjadi gila. 


35. Anxiety akan membuatkan fikiran pesakit terganggu.


36. Tekanan yang diberi oleh orang lain kepada pesakit anxiety sangat memberi kesan kepada mereka. 


37. Bersosial seperti makan di luar, lepak di luar selain rumah adalah perkara yang tidak menyeronokkan bagi pesakit anxiety.


38. Pesakit anxiety akan merasakan tiada hari yang dilaluinya tanpa anxiety.


39. Pesakit anxiety akan risau terhadap perkara yang remeh.


40. Pesakit akan selalu berasa seperti hendak membuang air dan kerap ke tandas.


41. Pesakit anxiety akan berusaha untuk mencari treatment untuk sembuh dari anxiety.


42. Hilang keyakinan diri.


43. Boleh menyebab berlakunya kemurungan.


44 . Setiap perkara yang dianggap negatif kepada pesakit anxiety akan menjadi trigger untuk anxiety datang menyerang.


45. Akan berasa sesuatu keadaan seperti tidak nyata dan seperti bermimpi.


46. Anxiety TIADA UBAT dan ianya boleh dikawal oleh pesakit itu sendiri.


47. Anxiety adalah penipuan semata-mata dan ianya hanya pemikiran semata-mata.


48. Insomnia adalah perkara biasa yang terjadi kepada setiap pesaki anxiety. Ini kerana pemikiran yang takut sesuatu terjadi semasa mereka tidur. 


49. Pesakit anxiety akan mengalami sakit ulu hati, gastrik, dan masalah berkaitan dengan perut.


50. Pesakit anxiety juga akan berasa seperti perut sebu atau kembung dan seperti ada sesuatu di dalam perut mereka.


51. Kaki akan berasa kebas dan mereka akan terfikir seperti akan terkena strok.


52. Penglihatan akan menjadi kabur.


53. Jantung akan berdebar laju tanpa sebab.


54. Ada sesetangah pesakit anxiety yang akan menjadi agrophobia seperti takut untuk memandu .


55. Tidak boleh berseorangan dan sering memerlukan teman.


56. Badan akan berasa sakit dan lenguh seperti selepas membuat kerja berat.


57. Menjadi seseorang yang peka terhadap bunyi.


58. Anxiety juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.


59. Pesakit akan berasa putus asa dan kurang bersemangat.


60. Berlaku perubahan drastik terhadap kelakuan atau perangai pesakit anxiety.


61. Segalanya tentang kehidupan anxiety akan berubah.


62. Pesakit akan banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mencari maklumat tentang anxiety.


63. Akan selalu berfikir bahawa diri mereka menghidapi sakit kronik.


64. Mood akan berubah bila pemikiran tiba-tiba datang memikirkan perkara yang bukan-bukan dan menakutkan.


65. Ubat yang diberi hanya untuk menenangkan anxiety buat seketika.


Sekian.    Terima kasih kepada Penulis Asal.  Menurut Puan L.. dari group anxiety FB.


p/s. :.    Kalau keletihan adalah puncanya.. masak je cengkodox epal mcm Kak Mirror tu ye.   Salut tepung tempura or whatever yg you ada kat Msia sana.   Hidup tidak payah terlalu sempurna.   Bak kata blogger Yan..   "Terlalu mementingkan kesempurnaan itu suatu ketidak sempurnaan..".




3 comments:

  1. Ehhhh jadi takut pulak tetiba baca entry ni. More than 20 points ada pada ammi... istighfarrrr

    ReplyDelete
  2. ngeri pulak nak baca list tu
    buat saya jadi 'berdebar' tiba2

    ReplyDelete
  3. Itulah kadang cemas fikir terlebih.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.