Friday, November 12, 2021

Siakap

Tak layak untuk komen tentang harga siakap yg viral minggu lepas sebab tak tinggal di Malaysia.  

Cuma ralat, bila cek balik entri lama  tak de satu pun simpan gambar2 hasil suami memancing siakap waktu di sana.   (I mean gambar setelah dimasak oleh Tukang Masak).  Masa tu hampir setiap minggu kami direzekikan siakap.  

Tukang Masak?.   Bibik ke?.

Ketika itu bila dapat ikan, hubby akan hantar ke kedai tomyam tak jauh dari rumah.    Itu lah cara menangani anak kecik2 apabila dapat ikan besar.   You know what I mean right?.    Kalau tak, dengan anak merengek2 nak minta dukung, nak menyiang ikan lagi.. ce bayang, baik2 wife tak kisah hubby memancing tros kuali  melayang2 plak!.  Haha..   Solutionnya begitulah.. SUBkan saja pada restoran.  Macam2 mereka boleh inovasikan.. dari siakap stim, siakap 3 rasa dan pelbagai lagi.  Seingatnya macam tak la mahal sgt upah ketika itu.  Sapa pernah buat macam kami ni?.

Tapi once a while, bila mood anak3 ok (tido pada waktunya),  ai volunteer juga untuk masak ikan2 besar tersebut seadanya.   Ha gitchew!.   Tidak la manjang jadi "Tuan Puteri" jaga kuku saja ye.


Ok past is past!.   Kita move on pada kisah hari ini di Perth.    Phone ai pun dah pandai bosan dgn ai, kejap2 blurr.. kejap2 clear.   Tak pe.. yg penting, message yg ai nak persembahkan sampai kpd pembaca.  Pix belakang kira.


Tiada siakap yg berlaku hari ni..  kalau nak makan seafood kena pergi lebih jauh.   Jadi kita makan satay dan nasi kerabu je.


Satay with compressed rice (nasi impit).. tapi org sini panggil sbg 'rice cake'.    Pada ai plak rice cake yg Korean food tu.


Eyelet fabric..   kain berlubang2.   Ai sendiri pun tak faham kenapa  terbeli kain ini.   Kita tunggu dan lihat apakah yg bakal terjadi kepadanya nanti.   Alhamdulillah hobi menjahit masih belum terkubur setakat ini. 

Sekian.   Thanks baca dan singgah.


Nota :.     Kos makan kat luar di Aussie ni memang mahal,  sepinggan paling koman RM30.  Nak murah makan je chip (kentang goreng).. RM15.00 sekotak.  Hihi. Tapi setakat ni belum jumpa lagi  ikan yg melebihi RM1K di kedai seafood.   Lobster pun dalam 70 dollars 1 set.



3 comments:

  1. Hehe jenuh siang ikan besar hasil memancing.
    Itulah rasa ikan di Ausie tiada mahal sangat kan sampai seribu. Hehe.
    Sayapun tiada komen sangat sebab tiada di tempat kejadian.

    ReplyDelete
  2. Hebat betul penangan siakap viral... terhibur pula mendengar lagu parodi diciptakan seekor ikan!

    ReplyDelete
  3. Sepanjang 17 thaun kahwin husband belum tunjuk minat memancing tapi dia pernah bawak balik ikan yg belum di siang. Ada kawan yg pergi memancing dpt hasil luar biasa banyak.

    Jenuh juga ammi nak siang

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.