Sunday, January 16, 2022

Coretan Hari Jadi 2022

Alhamdulillah... Birthday ai tahun ni berjalan dengan baik.  Ringkas tapi ceria.  Ia bukan suatu party yg hebat.. tapi bersyukur kerana Allah beri peluang ianya berlangsung sebelum MASK dikuatkuasakan semula mulai jam 6 ptg ini.  




So ai upload lah sekeping kenangan menu birthday ai kat sini.  Sebab anak3 excited melihat "bain marie berlilin" itu... kasihan pulak, padahal bagi Mama macam dah biasa je kita nampak org guna lilin.   (Ok nanti Ma  jenguk balik entri jalan2 cari makan2 kita masa kat Msia.. lilin ke api yg mereka guna?).


Ai tak de buat wishlist tahun ni.  So anak3 pun tak kalut2 nak beli present. Begitu juga hubby.  Macam dah kekeringan idea nak mintak present apa. Hihi.  So lepas makan we just did groceries kat kedai2 yg tak pernah pegi.. itu lah antara program birthday yg ai anggap lebih menceriakan pula.   

Apa yg sangat disyukuri ialah... Allah batalkan niat kami nak pegi satu kedai ni, rupa2nya exposure site.. sapa ke sana disaran buat swab test immediately.

Antara yg ingin ai rekodkan juga ialah hadiah dari kawan ai ni.  Envy sangat sebab beliau suka buat pahala... semua kawan2 dihadiahkannya tudung tiap kali birthday.  Itu blom lagi termasuk resepi2nya yg ai tolong kongsikan kat blog ni lagi.   Haihhh mesti Allah dah bagi pahala yg byk la tu... InshaAllah.


Antara tudung yg beliau hadiahkan ialah spt yg dipakai oleh kedua model ini.


Ni last year..


Yg ni tahun ni.    Tolong simpankan En MS ye.  Terima kasih. Ye la, sebab kawan ai postkan ke Msia, tak kan ke sini pulak kan.. harga postage je dah bleh dpt lagi 2 helai tudung.

Ok itu je  cerita sempena birthday yang hampir nak VINTAGE ni.   Alhamdulillah Allah masih beri peluang bernafas untuk bertaubat.  Oh ye.. thanks pada kawan2 dan saudara mara yg wish.


6 comments:

  1. Sama dengan saya harijadi Januari. Hehe. Alhamdulillah cantik tudung. Sayang belum dapat pakai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!. Ya ke?. Barakallah fii umrik!.
      Tu la.. cantik tapi blom dpt digayakan lagi.

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki makan-makan dengan family and dapat tudung cantik. Happy birthday Miss Sam, moga dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.