Betul kata "Professor Entah Berantah".... January ni bulan paling lama dari segi psychology. Sangka dah hujung bulan, rupa2nya baru 17hb. Apatah lagi bila wifi rumah bermasalah sejak minggu lepas.. maka akan semakin terasa lah kelamaan waktu itu sebab kita tak dapat lagi melakukan hobi2 yg lazimnya kita lakukan. Zilch to do!.
Tapi jangan jadikan semua itu sumber kemurungan. Let's turn all the obstacles to strength and happiness!!!. Mari kita blogging!.
Sementara menunggu munculnya sang pelangi, mari hargai kehadiran bulan. Enjoy the process. Jangan sampai bulan pulak yg merajuk.
Perbanyaklah bergaul dengan orang yang hidupnya serba kekurangan. Agar kamu tahu betapa banyaknya nikmat Tuhan yang belum kamu syukuri. Anak ai kalau asik mengeluh sebab terpaksa pakai MASK itu lah yg ai pesan pada dia. Di luar sana ramai lagi yg lebih malang.
Boleh jadi kita membenci sesuatu.. padahal ia baik buat kamu. Kawan ai bersyukur pakai mask, sebab tetiba baru2 ni gigi depan dia rompong. Bayangkan jika bukan waktu pandemic tetiba bermask semata2 kerana tunggu gigi siap, dah satu hal pulak nak explain pada org. Haha.
P/s. :. Kalau nak bayar puasa pun jgn tunggu sampai bulan Januari. Buat la immediately lepas raya. Ok done tazkirah.
Betul la bulan ni rasa panjang, tambah-tambah bila menunggu duit haha.. InshaAllah dan terima kasih atas peringatan.
ReplyDeleteItulah tertunggu2 gaji dan bonos masuk yang belum kunjung tiba, ha3
ReplyDeleteBabyYpose & Umialya
ReplyDeleteOh hahaha.. itu yg dinanti ye. Alhamdulillah. Saya pulak tunggu musim panas reda sedikit supaya kulit kembali kinclong. Haha.
lepas baca entry MM baru perasan..eh betullah. harini baru 21 and we have 10 more days to go
ReplyDelete