Friday, January 21, 2022

Ngeteh waktu sedih VS ngeteh waktu happy

Assalamualaikum kepada yg singgah..

Pahit pulak iced latte semalam lantas teringat  'kenangan pahit'.   Standardnya iced latte sememangnya tidak bergula, cuma pilihan di tangan kita nak satu shot atau double shot coffee, nak gula atau tidak.  First time ditanya barista nak berapa shot, selalu mereka main buat je ikut standard.  



Actually meneman si bujang beli kasut sekolah, of coz iced latte bukan pilihan ikut kesesuaian usia mereka, musim2 panas ni air buah la apa lagi.  So biarkan ketiga mereka di sana, ai pula bergegas minum di luar bangunan sensorang dgn harapan kuman2 tak mengejar ai kerana nak minum kena lah turunkan mask.   Ada ke orang minum pakai mask berzip di tengah2?.   





'Kenangan pahit' apa lah yg ai maksudkan di mukadimah tadi tu?.  


Oh... teringat waktu ngeteh2 dgn kawan  di Cafe yg sama ketika baru kehilangan bonda tercinta.  Campuran espresso dan susu yg sangat sedap dan kurang pahit ketika itu pun teramat payah untuk ditelan asbab kesedihan yg dialami. Terasa macam nak suruh 'dayang2' sudukan ke mulut beta je masa tu.  Sambil dibacakan alunan ayat2 suci dan motivasi di telinga oleh para hulu balang2 Istana supaya kembali ceria.  Eh hulu balang pulak baca motivasi.. nampak naw dah lama tak baca sejarah kesultanan melayu dan menonton crita2 P.Ramlee.  Nak berangan pun kena lah buat research dan homework dulu supaya followers dpt ilmu bukan main hentam je.

Well.   All those in PAST TENSE ye.  Sedih kehilangan ditambah pula dengan debaran nak vaksin, kawan ai pula memujuk tak payah.. itu lah punca down waktu itu. Terasa gelap satu dunia.   Kawan  puji kulit  flawless, lipstik cantik pun tak mampu mengurangkan seinci kesedihan.  Begitulah analogi kesedihan yg mampu digambarkan.  Masa tu ye.. bukan skg.

Begitu lah... bila minum lagi di tempat yg sama, dlm kondisi berbeza dan episod debaran2 tu semua telah berlalu, berbisik2 lah ai di dlm hati.. 


"Oh Allah.. now I feel relief for finally  managed to overcome those grieving."


So... Kenang lah segala jasa "payung2 cantik" yg pernah kita menumpang teduh di kala hujan  melanda dahulu.  Mereka itu kiriman Tuhan.. satu dalam 1000.



Tak sempat pulak tengok kasut sekolah apa yg anak ai beli, ai post mine instead.   

Berbalik pada episod pelangi.  Kemarin   sian ai melihat sorang kawan ni bersedih hati kehilangan   beberapa insan tersayang baru2 ni.  Maka bermula lah episode ai jadi STALKER tegar beliau untuk beberapa minggu demi memastikan beliau ok.  Sambil dlm hati ai berkata2 seorang diri...

"Allah tidak zalim, ai yakin U akan terima berita happy setelah semua pakej sedih ini telah kau alami."

Alhamdulillah ternyata benar.  Now beliau tengah buat persiapan untuk menjadi tetamu-Nya.  MasyaAllah.  Happy for you!!.


p/s. :.   We don't have to be perfect to inspire people.  Let people get inspired by how we deal with our imperfection.


4 comments:

  1. "We don't have to be perfect to inspire people."
    AGREE!!

    Adakala makcik tukang sapu pun inspired me..how come she can be so sabar when someone just walk and kick sampah yang dia baru sapu, lalu je kat jalan yg dia baru mop. Ohhhhh...kalau ammi confirm dah marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi - MasyaAllah, Subhanallah.. moga Allah kurniakan Makcik tukang sapu pahala yg besar atas kesabarannya.

      Delete
  2. Kalau saya akan kira berapa hari saya sedih. Tiba-tiba lupa kira bermakna kesedihan itu telah hilang. Atau kurang rasa sakit sedih.
    Gitulah putaran, kejap sedih kejap gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Ya.. begitu lah putaran hidup. Telan je lah kan, lama2 hilang.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.