Petang tadi hujan turun halus, menyapu jalanan dengan kesejukan yang menenangkan. Kami singgah sebentar di mesjid untuk solat asar. Di balik pintu dapur, kelihatan seorang pemuda Turki sedang menumis seperiuk besar nasi biryani. Asap nipis dari periuk berputar di udara, membawa bersama aroma rempah yang membangkitkan selera dan kenangan jauh dari tanah asal.
Mungkin ada majlis malam ini. Tapi yang lebih menarik, bukan sekadar tentang biryani yang sedang dimasak, melainkan keindahan bagaimana sebuah rumah Allah menjadi tempat berhimpunnya pelbagai bangsa, semuanya tunduk pada arah yang sama.
Usai solat, kami segera beredar membawa sedikit inspirasi. “Kita masak biryani malam ni,” kata Encik Suami. Lalu singgah sebentar di kedai Afghan untuk membeli daging kambing halal dan beberapa bahan rempah. Lucu bagaimana sekadar aroma dari dapur mesjid mampu mencetus rasa rindu pada masakan sendiri. Nasib baik bau biryani, kalau bau nasi kerabu… naya Pak Karim nak kena cari bunga telang. Jangan jadi my son, bunga biru kat Kingspark tu pun disangka boleh buat nasi kerabu. (Gambar bawah). Tidak ya.
Alang2 cerita pasal mesjid, ai nak menjawab soalan “netizen” kenapa mesjid di sini penuh semalam waktu Jumaat, kat sana ramai sangat muslim ke Sammmmmmm???.
Oh ya, untuk info, mesjid yg kami pegi semalam hanya membenarkan 290 orang bagi satu sessi. Saat kami tiba, pintu pagar sudah tertutup sebab dah 290 orang di dalamnya. Seorang lelaki berkulit hitam berjambang berdiri di hadapan menjelaskan sesuatu kepada jemaah yang datang lewat.
Akhirnya kami ke Community Centre. Biasanya, jarang terlihat jemaah perempuan di situ. Kalau pun datang, ai menunggu di luar atau singgah di kedai berdekatan sementara anak selesai solat, lalu ai solat saja di rumah.
Namun semalam tidak begitu.
Ketika kembali dari kedai, ai mendapati dua beranak itu masih belum keluar. Rupa-rupanya mereka dapat sessi kedua. Ai tersenyum sendiri, lalu duduk di luar, mengisi masa dengan memerhati sekitar, selfie dengan pokok2.
Tiba-tiba terlihat seorang budak perempuan bertudung hitam sedang melintas. Entah mengapa, ai menegurnya,
“Excuse me, love. Do you know where the ladies’ prayer area is?”
Dia berpaling, memandang dengan mata yang jujur dan penuh pengertian.
“Hmm… I think I’ve seen some ladies praying here before. Come, I’ll show you.”
Ai mengikut langkah kecilnya. Di hujung lorong, di bahagian dapur, terbentang ruang sederhana. Seorang ibu dan beberapa orang anak bersimpuh di atas tikar, mungkin dibawa dari rumah. Suasana di situ tenang, seolah-olah ruang itu menyimpan rahsia kecil bagi mereka yang tahu mencarinya. Rasa menyesal plak selama ni tak pernah bertanya.
Nota : Tapi mesjid nun kat bandar sana tiada limit dan selalu jadi tumpuan pelancong untuk datang solat.




Malu bertanya sesat jalan bak kata pepatah tu kan. Hihi. Ramai jugak orang Islam siap kena ada sesi kedua pulak solat Jumaat.
ReplyDelete290 dibatasi, tapi bisa penuh juga, berarti lumayan ramai muslim di sana ya kak. Senang rasanya kalau ada mesjid dan community centre di negara yg memang bukan majority muslim
ReplyDelete