Wednesday, November 5, 2025

Senja, Jurnal dan Impian Kecil di IOI City Mall

Senja mula turun perlahan-lahan, langit berwarna jingga lembut saat mesej masuk daripada sahabat lama, Hjh S.  


“Kat mana sekarang?”

“Ai kat bumi..”

Jawabku ringkas sambil tersenyum kecil. Dalam hati terlintas, mesti wanita anggun berniqab ini ada membaca blog ai, sebab macam tahu pula ai sedang berada di Malaysia. Tak lama kemudian mesej kedua menyusul:


“Jom Sam kita me time kat IOI.  Nak cari buku jurnal baru.”






Terus ai terbayang suasana damai ngopi2 dengan teman lama, jalan2 di kedai buku, ada deretan jurnal cantik berkulit lembut, bau kertas yang baru dibuka, dan rasa tenang bila membelek helaian kosong yang menunggu untuk diisi.  (Eh!.  IOI ada kedai buku ke?.  Tak perasan plak?).






Sebenarnya ai memang teruja nak ikut ajakan Hjh S malam tadi tapi belum dapat diputuskan. Bukan sebab tak mahu, cuma rasa tak sampai hati nak keluar bila suami ada di rumah. Biarpun cuma sekejap. Bagi ai, masa bersama beliau pun satu bentuk “me time” juga, cuma versinya berbeza. Kecuali kalau beliau sendiri memang dah ada urusan atau appointment, barulah ai rasa “berbaloi” nak keluar sendiri.

“Tengok nanti macam mana.   Kalau my hubby ada appointment malam ni baru ai join.   Lepas maghrib ai update.”





Tunggu punya tunggu dan dress maroon hitam yang baru ai beli pun dah siap ai gosok, rupa-rupanya hubby tak ke mana-mana. Hihi.   On line meeting pun dari rumah.    Memang tak jadi la ai nak ngeteh dgn Hajah S.


Oh ya, gambar-gambar kasut but di atas disnap di IOI Mall City minggu lepas.   Ingatkan dapat la membelek lagi di sana dengan Hajah S pula, tapi belum berkesempatan lagi.   InshaAllah next time ye.

Tentang niat Hjh S untuk berjurnal.  Menulis jurnal ni memang ada magisnya. Ia bukan sekadar mencatat kisah hidup, tapi juga satu bentuk terapi jiwa dan self care. Kadang, menulis tu bukan untuk orang lain baca pun, cuma untuk diri sendiri faham apa yang sedang dirasa. Bila pena menyentuh kertas, hati terasa ringan.  Samalah macam kita blogging ni.


4 comments:

  1. Cantik pulak kasut but tu kak...akak ada kat Malaysia ni samai bila?

    ReplyDelete
  2. aiiiih, jangan sampai saya tergoda beli sepatu winter nih nantiii hahahahha.... hotel saya stay pun di moxy, sebelah dengan IOI ;p. tinggal jalan kaki.... nanti tahu2 terbeli pula... sepatu winter saya sebenernya ada beberapa pasang, tp tuhlah kan, tiap nak pergi pasti ganti dengan model lain ;p

    dan di malaysia saya lihat hrg barang2 ini lebih murah drpd beli di jkt. makanya saya sering beli di sana

    ReplyDelete
  3. Cantik la kasut tu. Yang krim tu nampak smart.

    ReplyDelete
  4. linda suka kasut yang ke 2 tu..nampak selesa pula..
    betul tu, tulis journal sama macam blogging lah, cuma lagi seronok, boleh tampal2 bagi nampak cantik.. tapi, memang kena ada 1 tempat khas untuk dia, kalau tak jenuh cari barang bersepah2.. kikiki

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.