Friday, December 5, 2025

Bila Erra Fazira Mengingatkan Saya Tentang Anniversary Sendiri


Eh!.  Our anniversary is just around the corner?.

Rasanya mungkin sebab perkahwinan ni dah masuk fasa purba, jadi sendiri pun hampir terlupa tarikh. Bila Erra Fazira umum nak nikah dalam bulan yang sama… eh, baru la teringat tarikh nikah sendiri. 😆😅


Sejujurnya, ai rasa tak perlu pun nak mengharap sebarang present tahun ni. Beberapa bulan kebelakangan ni pun dah banyak benda yang beliau beri.  Contohnya, gambar di bawah ni, beliau ada meminta Mr. BB Jr. tolong belikan puffer jacket (BB bukan big BRADER, it stands for Big Boss (my son). Masa tu Australia tengah Black Friday sale, jadi dapatlah harga berganda murah berbanding beli di Malaysia.





Yang buat ai hairan, entah ke mana menghilangnya puffer kesayangan ai yang comel-comel tu. Tak pasal-pasal kena beli baru.  Tapi kalau Cik Q dah sedekahkan pada Salvos, it’s ok.. Mama halalkan.   Asalkan bukan dibuang.

Bila ditanya, “Mama nak warna apa?”, ai terus jadi buntu. Sudahnya ai pilih warna yang sama dengan yang hilang. Oh dunia! Lihatlah tahap kesetiaanku ini. Bila ai suka sesuatu tu, itu je la yang ai akan pilih berkali-kali.

Cuma satu je ai risau, jangan nanti lepas dah beli yang baru, yang lama tiba-tiba muncul balik. Itu memang plot twist paling haru.

P/S :  Ucapan sempena anniversary yg ke 28 tahun ini?.    Emmm.. nanti la ai wassap je.  Bukan dia baca blog ai pun. 🤓.   Cuma harapnya my hubby selalu meredhoi isterinya ini dunia dan akhirat.   Itu je la “tiket” kita puan2.


4 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.