Eh!. Our anniversary is just around the corner?.
Rasanya mungkin sebab perkahwinan ni dah masuk fasa purba, jadi sendiri pun hampir terlupa tarikh. Bila Erra Fazira umum nak nikah dalam bulan yang sama… eh, baru la teringat tarikh nikah sendiri. 😆😅
Sejujurnya, ai rasa tak perlu pun nak mengharap sebarang present tahun ni. Beberapa bulan kebelakangan ni pun dah banyak benda yang beliau beri. Contohnya, gambar di bawah ni, beliau ada meminta Mr. BB Jr. tolong belikan puffer jacket (BB bukan big BRADER, it stands for Big Boss (my son). Masa tu Australia tengah Black Friday sale, jadi dapatlah harga berganda murah berbanding beli di Malaysia.
Yang buat ai hairan, entah ke mana menghilangnya puffer kesayangan ai yang comel-comel tu. Tak pasal-pasal kena beli baru. Tapi kalau Cik Q dah sedekahkan pada Salvos, it’s ok.. Mama halalkan. Asalkan bukan dibuang.
Bila ditanya, “Mama nak warna apa?”, ai terus jadi buntu. Sudahnya ai pilih warna yang sama dengan yang hilang. Oh dunia! Lihatlah tahap kesetiaanku ini. Bila ai suka sesuatu tu, itu je la yang ai akan pilih berkali-kali.
Cuma satu je ai risau, jangan nanti lepas dah beli yang baru, yang lama tiba-tiba muncul balik. Itu memang plot twist paling haru.
P/S : Ucapan sempena anniversary yg ke 28 tahun ini?. Emmm.. nanti la ai wassap je. Bukan dia baca blog ai pun. 🤓. Cuma harapnya my hubby selalu meredhoi isterinya ini dunia dan akhirat. Itu je la “tiket” kita puan2.

Wah...x lama je lagi tu..Happy Anniversary in advance Kakak syg...
ReplyDeleteThanks SA Syg…
DeleteWahhh... dekat² date kita kak, sy pulak 13/12... hehehe
ReplyDeleteKak Mim - Wahh!. Moga bahagia till Jannah.
Deletewaahhhh ramainya kakak-kakak sayang anniberseri on December! may all of u guys sentiasa diberi kebahagian dgn famly terchintaaaa aminnnnnnnnnnnnnn
ReplyDeleteAamiin. Thanks adik Syg!!!. Moga segala doa berbalik juga pada Ana. Aamiin.
DeleteWahhh yang ke 28 dah. Selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga terus berbahagia hingga akhir hayat.
ReplyDeleteThanks Cie. Aamiin.
DeleteWaaaah happy anniversary ya kak Sam 🎉🎉🎉🎉. Langgeng lah selalu dengan suami, sampai nanti kalian bisa mencapai pernikahan emas, bahkan sampai pernikahan diamond 🥰🤗🤗.
ReplyDeleteBetuuuul kak, Redho suami yg pastinya kita cari kan. Bersyukur juga saya dengan suami yg selalu mengizinkan saya traveling dengan teman ke negara2 antimainstream 🤣. Tak berani saya kalau tak dapat Redho.
Tak apa kalau puffer yg lama ketemu. Saya banyak baju dengan brand, motif dan warna sama . Kalau suka, memang langsung beli beberapa. Bisa dipakai berkali2 tanpa kuatir kotor 😂
Thanks Fanny!!. 😘. Aamiin.
DeleteOh I see. Tak apa la kan pakai baju sama warna selalu.. mcm Mark Zukersberg.
Happy Anniversary Kak Hjh.. Semoga terus bahagia berkekalan selamanya..
ReplyDeleteThanks LZ. Aamiin. Lamanya menyepi. Miss U.
Delete