Assalamualaikum and what’s up guysss!!.
Belum sempat ke Rembayung (restoran Khairul Aming), jadi kita mengrembayung di rumah dulu lah ya.
Beberapa tahun lepas, semasa menghadiri kursus perniagaan digital, facilitator pernah mengupas faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Khairul Aming Nanti kita kupaskan isu ini. Stay tune!!!. Sebelum tu layan dulu gambar menu-menu yang ai masak ni. Rajin sikit masak kali ni sebab ada staff nak makan. Cun melecun!. Tapi bermisai ler. Hihi.
Rembayung ialah istilah puitis dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada warna cahaya di langit ketika matahari terbit atau terbenam. Itu istilah bahasa, tak pasti pula bagi KA. Atau secara kiasannya : fasa peralihan hidup.
Kejayaan Khairul Aming bukan sekadar kerana viral, tetapi kerana strategi yang konsisten dan berteraskan nilai. Kami disarankan menjadikan pencapaian beliau sebagai benchmark, bukan untuk ditiru secara literal, tetapi untuk difahami prinsip di sebaliknya.
Menurut beliau, di antara kekuatan terbesar KA ialah kesungguhannya berkongsi. Resepi dikongsikan secara terbuka, terperinci, dan berterusan, sehingga membina kepercayaan dalam kalangan audiens. Malah, beliau sendiri mengakui pernah mencuba beberapa resepi KA semasa PKP, dan di situlah beliau melihat bagaimana value didahulukan sebelum jualan.
Daripada pemerhatian itu, satu pengajaran penting boleh dirumuskan dalam membina sesebuah page atau jenama, engagement lahir daripada perkongsian yang bermanfaat. Berkongsi tip, ilmu, atau “resepi” versi sendiri bukan sekadar kandungan, tetapi strategi membina hubungan.
Apabila audiens rasa dibantu dan difahami, sokongan tidak perlu diminta, ia akan datang dengan sendirinya. Insha Allah.
Lagi satu yang boleh kita pelajari ialah, tak salah bertukar bidang yang pernah diambil ketika di Uni, jika sudah rezeki tertulis di situ (KA dahulunya Engineer kalau tak silap kot).
Akhir kata, doa dari kami moga KA terus berjaya. Aamiin.
P/S. : Moga kami berkesempatan singgah di Rembayung nanti.


Susah betul nak buat reservation kak, kawan opis ni cuba la buat..manjang x dapat je...
ReplyDeletewalau KA ni dah lama viral sesungguhnya Cie belum pernah sekali pun beli produk dia.
ReplyDeletekita macam kena tunggu lah reda sikit (andai reda lah :P) bagilah yg lain2 rasa dulu.. Insya Allah sampai turn merasalah kita ni.
ReplyDeletememang KA ikon usahawan muda...terbaik
ReplyDeleteOh lembayung maksudnya yaaa.
ReplyDeleteAda 2 restoran chef Malaysia yg saya nak coba. Punya KA dan chef wan 😄. Harap2 kalau ke sana lagi bisa mencicipi
Rembayung kita kat rumah tak payah jem dengan talian yang ramai masuk sebab nak booking. 'Rembayung' kat rumah pun bahagia.
ReplyDeletesamalah Ana pun "Rembayung" kat rumah aje lah ehehe
ReplyDeleteSy pun teringin jugak nk ke rembayung KA ni... nk merasa vibe di situ... sy agak rembayung bg KA mungkin besar maksudnya.. scr teorinya vibe semasa rembayung (sunset) tu mmg agak sentimental dan syahdu
ReplyDeleteHarap KA terus konsisten, stay humble. Cara KA dekat dengan audiens, resepi pun transparent takde sorok bahan atau teknik masakan. Overall KA menjadi idola ramai golongan muda..
ReplyDelete