Friday, August 7, 2026

Hidup bermandikan minyak wangi.

Assalamualaikum w.b.t

Walau pun tak bermandikan intan berlian, syukurlah di hari-hari yang semakin senja ini, hidup Mama bermandikan minyak wangi.  😂 MasyaAllah.

Cuma si Ain ni ada satu perangai misteri. Kalau dia beli hadiah, bukannya dia hulur sambil bagitau..

"Mama, this is for you." 

Tidak. Senyap-senyap je letak dalam gerobok. Sebulan kemudian barulah kami perasan. Itu pun sebab abah dia ternampak ada kotak terselit dalam beg ole-ole yang Ain belikan untuknya.

Mama pun mulalah berteka-teki dalam hati.

"Eh... ni dia tertinggal ke?"

Nak buka, apatah lagi nak pakai, memang serba salah. Sampailah baru-baru ni Mama tanya sendiri. Rupa-rupanya memang untuk Mama, dia kata dah cakap tapi Mama tak dengar.  Ya ke??.   Aduhai busy sangat Mamanya sampai anak cakap Mama tak dengar.  😅


Abercrombie & Fitch


Antara koleksi lain yang Ain dan abah dia dah belikan.

Eau de Parfum (EDP) ialah sejenis minyak wangi yang mempunyai kepekatan minyak pati (fragrance oil) sekitar 15–20%.

Ini bermaksud:

  •  Baunya lebih kuat daripada Eau de Toilette (EDT).
  •  Ketahanan biasanya sekitar 6–8 jam, malah boleh lebih lama bergantung pada kulit dan cuaca.
  • Cukup sembur sedikit kerana harumnya lebih pekat.

Perbandingan ringkas:

  • Parfum / Extrait de Parfum – 20–40% (paling pekat, tahan paling lama)
  • Eau de Parfum (EDP) – 15–20% (tahan lama, sesuai untuk kegunaan harian dan majlis)
  • Eau de Toilette (EDT) – 5–15% (lebih ringan, sesuai cuaca panas)
  • Eau de Cologne (EDC) – 2–5% (sangat ringan, cepat hilang).

Hadiahnya bukan sekadar harum baunya, tapi mengharumkan hati Mama juga.   Thanks Sayang Mama.


P/S :   Hidup ni ibarat putaran roda, kita belikan MIL aritu, tetiba anak plak belikan kita.  Masyaallah tabarakallah.



6 comments:

  1. Alahai comelnya perangai Ain letak hadiah senyap-senyap dalam gerobok! Syoknya hidup bermandikan minyak wangi. SA pun memang hantu minyak wangi juga Kak Sam, kalau bab wangi-wangi ni memang tak boleh tahan. Rezeki Kak Sam dapat anak yang prihatin dan pemurah. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. Ini betul-betul hadiah kejutan. Macam cari harta karun dalam almari.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sejuk hati ibu dapat hadiah unexpected hihi

    ReplyDelete
  4. Mandi minyak wangi... Baru lah wangi..hihihi

    ReplyDelete
  5. Bermandikan minyak wangi tu mmg dah heaven betul hahaha..

    ReplyDelete
  6. Memang bagus mandi parfum drpd tak mandi samasekali 😂😂😂.

    Kakak sama macam mama saya. Paling sukaaa kalau dibelikan parfum. Tp kalau mama saya hanya 1 brand yg dia suka, Estee lauder Pleasures. Ituuuu saja. Sementara kalau saya, memang suka mencoba Macam2 parfum 😄.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.