Showing posts with label belian. Show all posts
Showing posts with label belian. Show all posts

Wednesday, November 17, 2021

Ada lagi ke orang mengusung kamera?

Ada lagi ke zaman sekarang ni orang bawak kamera ke mana2?.    Macam dah jarang nampak sejak terwujudnya mobile phone.    Oh ada..  mungkin youtuber.   Tapi camera canggih kot.


Lantas ai sedikit membebel bila kemarin  waktu mengikut ai berjalan tetiba Cik Q ghaib seketika.. alih2 muncul dengan 1 kotak kamera di tangan.   





Sebagai menyedapkan hati sebab dah dibebel, sampai rumah  mula la dia snap pelbagai video dan gambar family memuji hasil dan kualiti kamera tu.   Mama iyakan je.

In fact tak de la mahal sangat pun... sesaja je ai membebel.   Ini mengambil kira DSLR yg sedia ada pun sudah lama tidak digunakan.





As usual, camera ni perlukan card reader untuk view di PC, terpaksa lah pinjam card dari DSLR yang dah lama ai tidak endahkan.  Ternyata memberi ruang untuk kami melihat balik gambar2 lama sewaktu mula2 belajar merantau.   Insaf seketika.. ada yg melucukan, ada yg menyedihkan... betapa banyaknya yg telah kita jalani di bumi orang ni rupa2nya Nak Sayang!!. 


Gigih pulak zaman tu buat kuih..
Padahal blom faham lagi kat mana nak cari ingredients.   Ni konon nak buat seri muka tapi tak jumpa pulut.





Hidup merantau.... Alhamdulillah...walau mulanya nampak payah dan mustahil.. tapi pertolongan Allah selalu ada.   Allah Maha Besar!.  Begitulah..  Yang penting kena yakin!.  Siapa yang menyerahkan urusan hidupnya pada Allah, maka Allah akan menguruskan hidupnya.      


p/s.   :.    Tros tak jadi nak marah Cik Q terbeli kamera.  Sukati janji dia bahagia.  She deserves to be happy.