Saturday, December 6, 2008

BIBIKMU BUAT HAL??? LOH APA SIH PUNCANYA??

Asslamualaikum kepada semua pelungsur setia blog Miss Mirrror (MM) ni..
Hari raya haji kat Johor ni tak berapa meriah sangat kan? MM pun menyambutnya ala kadar je.... tak pasti lagi la nak masak ketupat ke tidak, tapi standby jugak la sehelai baju raya... walaupun bukan nak ke mana tapi apa salahnya... lagipun bukan selalu kita mengenakan baju kurung ni. Lain la career2 woman di luar sana. Ke you all kerja pakai over coat? Nasib la dulu masa zaman MM kerja, pihak syarikat dah menyediakan uniform. 

Uniform ni sebenarnya memainkan peranan penting, selain menyerlahkan kredibiliti sesorang anggota pekerja tetapi menjadikan seseorang itu lebih patuh akan tanggungjawab yang sedang digalas. Cuba anda bayangkan jika seorang Pembantu Rumah diwajibkan untuk memakai uniform, sudah pasti akan mengelakkan diri mereka dari berpakaian yang tidak senonoh yang kita tidak mampu mengawalnya. Bukan ke kita pernah dengar keluhan seorang isteri yang mana pembantu rumah mereka suka berkembanlah, berseluar pendek lah.. Sungguh memalukan bukan. 
 
Seperti yang telah MM nyatakan tadi, pemakaian uniform juga mampu menjadikan mereka sentiasa ingat bahawa mereka sedang bertugas... so, tak ada la menyimpang kepada niat lain. Tak perlulah MM sebut apa dia..faham-faham sendiri la ya puan-puan. 

Semasa MM nak ambik satu kontrak dari Cleaning Service untuk mencuci rumah MM ni, pemilik syarikat pencucian tu siap bagitau MM...

"You jangan takut, itu amoi ha...semua pakai uniform punya maa". 

Pada mulanya MM tak faham kenapa Madam tu cakap macam tu, ingatkan  nak bagi tahu yang MM tak perlu supply baju ke apa... ooo sekarang baru MM paham apa yang dia maksudkan.

Selain dari kelebihan-kelebihan di atas, MM rasa pemakaian uniform juga menjimatkan perbelanjaan sebab sudah pasti uniform ditaja oleh syarikat tempat kita bekerja. Tak payah la kita nak berbelanja membeli baju-baju baru untuk ke pejabat. Ok lah... MM terpaksa berundur diri buat seketika.  Thanks baca. 


p/s Anda tidak memakai uniform? Bila kali terakhir anda memakai uniform? Mungkin anda ingin menyangkal pendapat MM? Anda berhak untuk mengemukakan alasan-alasan anda di sini.

2 comments:

  1. Uniform....sbb uniformlah kawan kena tukar department, boss kawan kata kamu tak layak duduk dept ni..kamu kena pakai warna putih bukan dark biru..siapa yang kerja constn. taulah warna putih tu utk siapa...

    maid pakai uniform...terpulanglah...kawan mmg bg tau awal2 kat maid kawan jgn pakai seluar pendek even 3 suku pun kawan tak bagi. baju tak boleh ketat2, so far so good. kita majikan kita ada hak utk berkata begitu...

    takut ada maid...jgn takut pada byg2 sendiri..kita kena yakin dengan pasangan kita...berusaha untuk saling mempercayai satu sama lain, kaum lelaki perlu ingat...yg selebihnya kita berserah padaNya.

    Waulahualam

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.