Thursday, February 19, 2009

SETKAN DI DALAM MINDA SESUATU YANG POSITIF




Apabila kita mengingat seseorang, dan jika ingatan kita itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, kita sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu.  Kita  mungkin bakal mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan kita terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insha ALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang kita. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu kita ada terkenangkan seseorang yang telah lama kita tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang kita dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada kita.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

Justeru itu usahlah memikirkan yang negatif tentang pasangan anda. Kebanyakan isteri-isteri malang yang I temui menyatakan mereka seolah-olah ada "instinct" mengesan kecurangan suami mereka. Rasa tak sedap hati dan sebagainya. Jika hal ini berlaku pada anda, setkan yang baik-baik sahaja dalam minda anda dan seterusnya berdoa.




No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.