Wednesday, March 18, 2009

PERCUTIAN DI PERGUNUNGAN KASHMIR

Pagi tu MM sampai je di tasik tu MM tegur pasangan ini, mana la tau rupa-rupanya mereka ini kengkawan lama... siapa tau kan bila dah 20 tahun tak jumpa muka dah berubah.

Cikli sedang asik dengan cameranya.

Atas tu gambar isteri Poyo, Shidah dan isteri Cikli.

Shidah - Pengusaha SPA ni sampai tak tidur lena mengenangkan exitednya nak berjumpa
kawan-kawan lama. Nasib la MM dapat jugak tidur malam tu sebab dah penat
sangat (baru sampai dari JB) hinggakan angan-angan nak masakkan you
all speghetti pun terbengkalai. Sudahnya bersarapan sendiri di kedai tepi
pasar. Itu pun terkocoh-kocoh sebab dah terlewat (8.15 am).

Kesian kan kat Shidah, begitu teruja nak jumpa you all tapi sayang 1000 kali sayang,
korang tak dapat datang... itu yang MM frust pelbagai (pinjam kata-kata Sue)... Sue kata
MM frust pelbagai sebab you all tak dapat datang. "Frust pelbagai"nya kalau nak
ditranslatekan memang pelbagai betullah Sue. Tapi aral datang tidak dipinta.
Tak apa la Sue... kami yang ada tu pun dah cukup menggegarkan air tasik tu Sue.
Burung-burung berhenti menyanyi sebab dengar hilai tawa kami yang mengilai tu.


Azri datang bersendirian - tengoklah tu MM suruh dia posing dia asik nak buat muka. Memang
pengsan ikan-ikan kat situ mendengar ceritanya tu. Ada-ada saja. Ha ha ha.



Ini anak Ustaz... ala sayang... baik atinya bleh duk diam-diam kt stroller tu... kalau anak auntie la... time umur macam baby ni kuat menangis... tak adanya nak baik hati diam-diam macam ni. Tu yg auntie dapat 3 terus surrender tu baby...

Auntie kul 12 je terus balik baby sebab nak tunggu Uncle A tu lama sangat... entah la Uncle A tu orang patut dari malam tu dah stay kat Crystal Inn ke, Pelican ke.... yang dia pepagi baru bertolak dari KL tu sapa suruh.. tu yang auntie tinggal je tu... Tak pe... InsyaAllah bulan 6 nanti Auntie jumpa baby lagi ya.... cak! Nanti klu baby dah pandai berbahasa Thai tu ajar Auntie tau!

Itu je la gambar-gambar yang sempat MM snap ari tu sebab nak berborak punya pasal sampai nak ambik gambar pun bertangguh sudahnya ini je hasil yang MM dapat. Gambar anak-anak Cikli pun tak sempat ambik sebab mereka asik berlari-lari kat tepian tasik tu. Gambar yang ramai-ramai tu you all dah dapat melalui email kan? Takpe MM tak payah upload semula kat sini.

4 comments:

  1. ala bokde...ini je ke gambar2 yg ada..aku ingat ko ambik byk..punyala x sabar aku tggu...tapi x pe la sekurang2nya ada gak kenangan...kita jumpa bulan 6 nanti k...

    ReplyDelete
  2. Nak kata ambik sikit sgt tu tak ada la...tapi kena la sensor mana yang tak sesuai tu..

    Lagipun tak kan every single movement kita nak snap... mcm tu serupa la kita ambik video je..Comeii..comei...

    ReplyDelete
  3. kENAPA TAK AMBIK GAMBAR KEINDAHAN PERGUNUNGAN KASHMIR? LETALLAH 3,4 GAMBAR...BARU LE AKU TAU...tu AZRI HARI-HARI AKU JUMPA. anaknya danial yg comel tu aku ajar.Danial sgt hormat dengan ayahnya ni, kalau jumpa aku dgn En Azri, Danial diam tak bercakap, padahal di kelas dialah yg paling banyak bercakap.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya ramai yg tak puas hati dgn gmbr2 yg sikit ni ya? Ok la...utk next gathering, we all terpaksa upah sorang cameraman.
    Eh MS, jgn lupa jemput adik kpd K.Faridah yg sebaya ngan kitorang tu...ala yg nama apa tu..lupa la..tp kengkawan kitorang la jugak..ala..sapa tu..."APA" "A.P.A?" F? Ala lupa la nama budak tu??? Ha jgn lupa gitaw dia...next gathering kita buat GEMPAK utk semua yg ambil SPM 1990. Itu pun klu MM x pegi mana2.

    Sorry la... gmbr mmg terhad ni je la sbb ada mslh .

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.