Tuesday, August 4, 2009

IZINKAN AKU PERGI



Izinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu



memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani



selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan khabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita



sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bahagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi

Oh sedihnya lagu ini.... andaikan kiranya lagu ini ditujukan oleh sang kekasih yang tak dapat memilikki gadis yang dicintainya kerana halangan keluarga... oh sedihnya.. sedih... sedih.. sob sob sob....

Sian orang itu tak dapat kawin dengan makwenya... adakah kerana...
"Apa? Siapa dia? Loyar? Majistret?" Oh siannya.....
Pesanan dari MM, tabahlah menghadapi apa jua... tiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
~~~ BOLEH JADI SESUATU ITU KAMU SUKA TETAPI TIDAK BAIK BUAT KAMU....BOLEH JADI SESUATU ITU KAMU BENCI.. TETAPI BAIK BUAT KAMU... HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI ~~~



14 comments:

  1. WAH..layan lagu sedih la plak..tp lagu ni lah lagu kegemaran tau..dari jb-bp boleh layan.izinkan aku pergi..sedeyyy

    ReplyDelete
  2. ya ahaaaa..MM ni dah jadi jiwang pula....usah bisnes terbantut dahlah

    ReplyDelete
  3. selamat tinggal cinta...selamat tinggal sayang....aku kan pergi jauh mengembara....mencari...kedamaian....tak perlu lagi kau bertanya tentang diriku.....

    ReplyDelete
  4. Sedih JBFRESCO lagu ni.. lagu Brorey Marantika. Selalunya dijadikan ending utk memperingati kematian sesorg.. (kalau kt TV tu la..).

    Tapi JBFRESCO... sedey2 ni pesal apa plak? Mesti ni dulu tak dapat kawin dgn boy lama niiiii... huaaaaa!!! Sedeyyyyy.... apakan daya.. tiada jodoh. Cuba dgr lagu iklim.. menda tah tajuk dia.. sesuai sgt tu.. lirik dia mcm ni..

    "lambaian tanganmu... masih aku ingat selalu..
    Itu yg terakhir.. ku melihat dirimu.."

    MS - eh bisnes tak terbantut insyaAllah. Saja suka2 ni. Dah lama tak menjiwang.

    ANONYMOUS ni lagi sorang ni.. jiwang habis tu. Nak menggembara tu memang bagus. Kalau dah tak dpt kawin dgn kekasih hati.. baik menggembara je.. kawin dgn minah saleh.. lagi cun. Biarkan bakal mertua yg tak suka tu.. dia ingat anak dia tu cantik/hensem sgt.. wahahaha... kumpul duit byk2 kat negara org ya ANONYMOUS...pastu balik tunjukkn yg ko lebih hebat dari emak si Sabariah tu!

    "Ala Kassimm!!!!... ampunkan emak nakk..."

    ReplyDelete
  5. Aku macam kenal je dgn lintuk bahasa Anonymous ni...kena jumpa pakar forensik ni....

    ReplyDelete
  6. Tu la kan.. MS, mcm nak test je DNA si Anonymous ni. Memang ler mcm kenal tapi kena ada saksi alibi untuk buat pengesahan. Mana la tau pelanduk dua serupa.

    ReplyDelete
  7. Ko ni suka2 pakai istilah ALIBI. alibi tu maknanya BUKTI PADA MASA KEJADIAN TERTUDUH TIDAK BERADA DI SITU hahahahahaha.Mungkin engko boleh guna istilah DEFENDEN mesti dikenakan WARAN TANGKAP...hahahahaha. Aku harap engko banyak baca kes-kes mahkamah supaya lebih mahir istilah2 itu. Macam kes Norman/Memey yg sedang hangat di Metro minggu ni.

    ReplyDelete
  8. Ya la.. betul apa aku cakap.. memang itu yg aku nak maksudkan. Aku nak tertuduh (Saudara/saudari Anonymous) mengemukakan saksi alibi yg beliau tidak ada di situ (di blog ini) ketika kejadian. Ehhhhh.. ada kata aku salah. Aku masih ada kewarasan la sebelum membuat apa2 posting kat ruangan komen ni.

    ReplyDelete
  9. He he he... mula apa doyok? Garang ya aku???? :)... ok2... slow.. Aku dgn MS ni dah biasa dah mcm ni.. dari tapak kaki aku sebesar ibu jari lagi dia kenal aku ni.. tu yg kalau takat bertekak tu dah biasa dah. Betul tak MS?

    ReplyDelete
  10. bukan pasal tu..maksud aku ko ni dah mula posting lagu yg gitu2.. nape ngan ko ni?? klau takat bertekak tu biasela kan aku pun sikit2 kenal gak perangai ko.. fobia tgk ko klau marah hehehe...

    ReplyDelete
  11. Ha ha ha ha ha (ulang 100x).

    Doyok - entah lerr.. kenapa ya??
    ;P atau... aku nak masuk pertandingan karaoke kot??:P

    ReplyDelete
  12. yg aku tau dunia ader 4 musim..musim panas, musim sejuk, musim bunga n musim luruh..ko ni dlm kategori maner??? musim bunga erkk?? atau musim luruh???kui..kui..kui..tapi kan aku suker musim salju...tenang.. indah dan nyaman :D

    ReplyDelete
  13. kwang3....mak budak bapak budak bila bercomment2 mcm anak dara n teruna jer...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.