Wednesday, August 5, 2009

MUSIM?????

" musim banjir.... huhu!!!! bestnya..mandi2!! jom! "


" Skrg ni musim dunia dah nak kiamat la..Tau tak?"


Siapa kata aku suka menjiwang ha!! Memandai je ya. Musim???
Sekarang ni musim H1N1 la.... takdenya aku nak kata aku tengah termasuk dalam musim bunga ke luruh ke. Kalau kat "Kashmir" tu yang aku tau cuma musim banjir je. Bila banjir nak pegi sekolah susah. Terpaksa duduk kat pusat pemindahan tu, then rindu kat mak, ayah. Tidur beramai-ramai di atas bangku sekolah yang disusun-susun. Makan nasi kawah. Mandi beramai-ramai. Oh tapi best jugak tu. Mengeratkan persahabatan bila dah berkumpul pagi petang siang malam. Memang seronok jugak la. Oh tetiba aku teringat arwah ayahku... sedihnya... bersampan hanya semata-mata untuk menjenguk aku di pusat pemindahan itu. Alfatihah untuk rohnya semoga dicucuri rahmat. Sorry.... syahdu seketika... maaf ya.. sob sob sob!

"Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living..." - tetiba kata-kata sorang kawan aku ni semacam memberi inspirasi pada aku pulak malam ni.

Perkataan yang perlu aku nak huraikan ialah ...

"Love the people who treat you right".... ya senang cerita... kita sayangilah sesiapa sahaja yang telah membuat kita senang berdamping dengannya, melayan kita sebagaimana layaknya seorang manusia itu dilayani, yang memberikan kita persahabatan tanpa syarat.

"Forget about the ones who don't" - ha.. sapa yang tak suka kat kita tu.. biarkan je lahh.... buat apa nak pening-pening kepala. Lupakan je orang-orang seperti itu. Ramai lagi orang kat dunia ni yang sudi bersahabat dengan kita dengan ikhlas. Lebih kurang macam tu kot.

Tapi..... hidup akan jadi lebih tenang apabila kita memaafkan semua orang - Ini nasihat dari seorang ibu beranak satu yang sungguh glamer lagi ternama orangnya. Kwang.. kwang.. kwang. Nasihat dari ko tu memang betul la sahabatku. Macam yang selalu dinasihat oleh Datuk Dr. Fadzillah Kamsah tu, kita memang kena praktikkan dalam kehidupan seharian kita.. baru hidup kita tenang dan lapang, tak ada ser ser lagi.






5 comments:

  1. love the people who threat you right...praktikanlah jgn nak memesong2 kan perasaan...waulahualam

    ReplyDelete
  2. threat..threaten not treat that what i mean...itulah yg bnyk saya dengar kebelakangan ini, dan itu jugalah yg menyebabkan kehidupan porak peranda, ikut hati mati ikut rasa binasa...

    faham2kan lah.....ada maksud di sebalik perkataan

    ReplyDelete
  3. ooooooooic....

    InsyaAllah.. saya masih waras lagi dan tidak tergolong di dalam golongan orang2 yg sesat itu. Ya Allah... jauhkanlah.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.