Dah beberapa hari ini MM duduk terperuk je kat rumah... kenapa ya? Dah insaf ke apa?
Sebenarnya bukan apa... musim-musim wabak macam ni kalau tak ada apa yg perlu sangat tu baik kita duduk je la kat rumah.. Sekarang ni kalau nak pergi shopping complex pun, hubby pergi je sendiri, pergi sekejap lepas tu cepat-cepat balik.
Sedih ya bila dengar, ada segelintir kita kurang berfikiran terbuka. Pakai mask untuk elakkan H1N1 pun orang perli-perli. Teruknya!!!
MM pun kadang tak paham dengan sikap sesetengah orang kita, suka sangat cari pasal. Kalau dia tak nak buat tu sudah la, kenapa nak perli orang lain pulak. Teringat MM masa bujang dulu, MM ni memang suka belajar sesuatu dialek tu, then ada la sorang kakak tu, dia perli-perli :
"Ah sudah la Sam.... jawa tu jawa je la... jangan la sibuk-sibuk nak bercakap loghat lain plak.."
Ehhhh.... suka ati aku lah. Tapi masa tu MM diam je la... ya la kita ni lebih muda dari dia, apa-apa kena la berdiam je, tapi rasa kesal la dengan sikap orang yang mcm ni. Senang cerita tu... kenapa ya orang suka "jaga tepi kain orang lain". Nasib baik la MM dah kawin ni... dah tak jumpa lagi orang yang perangai pelik-pelik macam ni ~~~ Hikmah Perkahwinan ~~~
Ok lupakan kes orang yg suka busy body tadi...ni MM nak ucapkan terima kasih kepada sorang kakak lain pulak, Kak Lin di atas kiriman email ini - penawar penyakit H1N1 sebagaimana orang-orang Thailand melakukannya :
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
CARA-CARANYA :
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma
MM juga difahamkan habatussauda juga elok untuk mencegah penularan wabak ini, so apa lagi... jangan lupa minyak kelapa dara plus habatussauda tu ya!
Oleh kerana MM bakal terperap je kat rumah, MM pasti rumah MM ini akan semakin sayang dengan MM. He he he. Setiaku di sini. Pagi petang, siang malam... tak mengapalah asalkan anak-anak sihat... insyaAllah.
Sama-samalah kita berdoa dan bertawakal semoga kita semua dihindari dari penyakit yang mengacam nyawa ini.
p/s : Ada yg bagi tip kena banyakkan minum jus epal hijau... baca ni ya..
"EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE, for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was outof ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today(thursday 6 august)..." ...
Tapi epal hijau tu masam, tak bagus untuk pertumbuhan otak, tapi sebab dah darurat, kita ikhtiar je lah ya puan-puan.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.