Tuesday, January 5, 2010

FIRST DAY..

Anis... sedih kan berpisah dgn anak yg selalu bersama kita.. kita bangun dia sama-sama bangun, kita mandi, dia pun nak mandi sama... kita masak, dia berlari-lari menjenguk ke kuali...

"Mama masak apa tu?? Nak sikit.. nak sikit... emmm sedapnya Maa.." begitulah Shashal tiap kali bangun pagi dan melihat aku sibuk di dapur..




Aku pun sedih walaupun berpisah sekejap separuh hari.. Mula-mula sampai kat sekolah tu memang la dia sibuk menyorok di belakang ayahnya, ada riak-riak kesedihan bila kami memintanya naik ke atas untuk memulakan kelas. 

( Gambar atas tu adalah pelajaran pertamanya dan dia sungguh berbangga menunjukkannya pada kedua orang kakaknya tu).

Tapi tadi Cikgu kata, dia dah boleh get along dgn kawan-kawannya.. alhamdulilah... Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan, kejayaan dan keselamatan buat semua anak-anak Mama.

Sedih hati seorang ibu berpisah sementara dengan anak yg selalu menjadi teman tika kesunyian... tapi apakan daya... demi masa depannya, kita kena pasrah jelah.. Tuntutan masa memaksa kita menyekolahkan mereka seawal usia 5 tahun.. budak2 sekarang, darjah 1 dah kena pandai membaca... Kalau nak ikutkan hati aku... aku sekolahkan je 2 tahun lagi.. tapi apa nak buat..

10 comments:

  1. anak ko bawak aper pg skolah?? anak aku bwk cd power rangers ngan mainan..klau x bagi x nak pg skolah :)

    ReplyDelete
  2. Hai Doyok..
    Wah! CD?? Hahaha.. dia nk tengok kt PC cikgu dia ke? Aku baru berura-ura nak masukkan dlm beg sekolah dia kereta mainan kesayangannya.. biar dia happy sikit.

    ReplyDelete
  3. Cikgu tak menggalakan membawa mainan ke sekolah... Takut jadi gaduh... Biasalahkan budak baru nak belajar berdikari ni.. Air pun x boleh bawak. Semua telah disediakan... Hari pertama dan kedua belajar menyanyi lagu kebangsaan kita dan lagu kanak2... Minggu ni minggu orentasi.

    ReplyDelete
  4. oo mcm tu rule tadika si Syahir? aku dh bincang dgn cikgu dia smlm utk bwk mainan dia.. nmpk gaya kwn2 dia pun ramai bwk mainan ke sekolah.. ala baru 5 thn.. klu 6 thn nt..no excuse ler.. mana2 tadika pn mcm tu.. bila dh naik 6 thn baru Cikgu kalau nk marah... marah bersungguh..

    ReplyDelete
  5. Saya memang hantar anak2 ke tadika awal masa masing2 umur 3 tahun (pakai diapers lagi..heheh)... saja jer bagi dia org pendedahan dan belajar berkawan tak de la terperap jer ngan bibik seharian kat rumah...takut nanti cakap tukar slang indon...hahah...selain tu bagi bibik ample time untuk settlekan banyak kerja rumah pagi2 tu...

    ReplyDelete
  6. yes.. good idea tu Mummy Gee..at least bibik tu tak ler pressure sgt dgn kerja yg terbeban.. byk sgt kes bibik lari mungkin sbb bebanan kerja.

    Lagi satu, MM rasa pun itu salah satu cara untuk mengurangkan kemanjaan anak2 pd bibik mereka (sebab 24 jam bersama mereka sampai sleng pun ikut gaya mereka)yg ada tu sampai tak nak dengar kata ibu bapa sendiri..mmg ada kes yg mcm tu.

    and then.. in case la.. (ni mungkin kes terpencil)..kalau dpt bibik yg kaki dera misalnya (nauzubilah).. tak de la mereka peluang nk mendera time kita takde kt rumah tu.. I think your idea so briliant.. bagus bg ibu2 yg bekerja yg ada bibik di rumah.. tp for us yg fulltime housewife ni.. I rasa 3 years old is too young for the children to go to school.. Tapi if just nak let them enjoy kat tadika tu dan campur kawan2 sebaya, nyanyi2 sama2.. makan sama2, belajar ABC sikit2, pastu tido.. then balik.. itu ok. Tapi..kalau sampai pressure budak, yg ada tu siap nak merotan kalau anak tak pandai baca.. itu pd MM mcm tak sesuai pd peringkat usia sekecil itu.

    Spt juga beberapa kes kanak2 genius di Malaysia pelbagai contoh yg telah kita lihat, namun akhirnya apabila dewasa mereka bagai hilang arah...MM rasa salah satu puncanya mungkin mereka sudah terlalu bosan belajar sebab pendedahan pembelajaran yg tidak sesuai dgn usia..

    ReplyDelete
  7. anak2 saya semua start tadika umur 4 tahun. sekarang darjah 1 memangs emua student dah lancar membaca..tak ada macam kita dulu..

    ReplyDelete
  8. ya.. begitulah fenomena skrg Mama Miraki.. mau tak mau kita memang kena akur dgn tuntutan semasa. Tak tau la kalau ada budak yg otak geliga even start tadika umur 6 tahun dah bleh catch up semua..

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni klu darjah 1 tak tau baca dan mengira memang akan masuk dalam kelas khas klu tak silap dia panggil kelas pemulihan (Cikgu MS tolong bagi term yg betul...). Klu x mmg ketinggalan la nanti. Anak saya yg darjah 1 ni dlm masa 2 minggu cikgu akan buat penilaian@exam lepas tu akan ada rombakan kelas pulak

    ReplyDelete
  10. oic... tak ada dengar plak.. so maksudnya masih ada harapan le pd bebudak yg keciciran ni, bukan le dibiarkan terkejar2.. elok le mcm tu..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.