Cuti sekolah dah nak berakhir... sedihnyaaaaaaa!!!!!! Tak dapat MM nak "bermanja" dgn 2 org anak daraku ini.. Mlm td kami paksa mereka ke salon rambut..
Shashal? ... jgn harap ler dia nk gunting rambut kt salon ni.. puas dah pujuk..
Ain & Qistina, sedihnya mama.. start minggu depan, sepanjang hari you all tak de kat rumah mcm hari ini..... rasa mcm baru semalam je you all start cuti. Belum puas mama ajar you all masak-masak..
Apa nak buat.. demi masa depan, pegi la sekolah ya nak... Belajar rajin-rajin.. tak mau nakal-nakal.. dengar cakap cikgu..
Sebagai seorang ibu tanggungjawab kita adalah mendidik mereka dengan sebaik mungkin... Teringat bait lafaz oleh seorang ibu saat menyerahkan tanggungjawab mendidik anak gadisnya kepada suaminya di malam pernikahan... (tak tau la.. ni kat Johor je ke atau satu M'sia kena buat lafaz ni? Time I nikah tak de pulak).
Tika itu, Miss Mirror pun menitiskan air mata kerana teringat akan bondaku.. apabila sudah bergelar isteri, naungan dan perlindungan itu sudah berpindah tangan kepada suami..
Tika itu, Miss Mirror pun menitiskan air mata kerana teringat akan bondaku.. apabila sudah bergelar isteri, naungan dan perlindungan itu sudah berpindah tangan kepada suami..
"ANAKKU... Hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah dan bonda ke suatu alam yang baru di dalam naungan suamimu. Bonda telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu anak yang solehah. Hari ini bonda mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat bonda selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah, nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berilah khidmatmu dan ketaatanmu dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkah lakumu terhadap dirinya. Jagalah maruahmu dan juga keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan serta ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupmu. Maafkanlah bonda di atas segala salah silap bonda di sepanjang mendidikmu."
Teringat Chef Wan yg menangis di hari pernikahan Sherina semalam.. selesai sudah tanggungjawab mendidik anak kesayangannya itu. Begitulah kehidupan ini adanya... so, selagi anak-anak masih ada di depan kita dan menjadi tanggungjawab kita bermakna itulah saat yang terindah dalam hidup kita sebenarnya, jadi kita seharusnya tidak perlu berkeluh kesah menyatakan kita bosan di rumah, tak sabar nak tengok diorg cepat besar, merintih.. menangis dan sebagainya..
"Cepat lerrr anak aku besar!!! Heee tensen aku dengan diorang ni mengecah satu rumah" keluh sorang teman MM sebab anaknya nakal sangat.
Mengapa begitu? Percaya tak, walau bagaimana riuhnya mereka sekarang, betapa banyaknya kecah yg sedang mereka lakukan... inilah saat terindah yg tak akan kita temui lagi nanti. Anak-anak itulah kebahagiaan yg Allah turunkan kepada kita.. Walaupun mungkin mereka menjerit memekak... bertepuk bertampar, membingitkan telinga....sebenarnya kita akan rindukan saat-saat indah itu suatu masa nanti bila mereka meninggalkan kita untuk melayari hidup baru..
Seorang makcik pernah memberitahu I, beliau menangis tatkala melipat kain baju anak perempuannya yg baru berpindah ke rumah baru kerana mengikut suaminya.. baju tu ialah sehelai gaun ketika anaknya masih kanak-kanak lagi.. Terkenang di wajahnya saat anak itu berlari-lari di sekeliling rumah.. namun kini semua tinggal nostalgia..
So... marilah kita enjoyyy!!! Enjoy dgn apa yg ada di depan mata ya! Hargai segalanya.. jgn berkeluh kesah.
Udah besaw dah anak2 dara ye...
ReplyDeleteCepat benar mase berlalu kan..
Alhamdullilah SENDUDUK..Allah masih memberikan kesempatan pd MM untuk melihat mereka membesar.
ReplyDeleteMoga2 kite semua 'sempat' melihat anak2 kite membesar...
ReplyDeleteManusia selalu saja terlupa dlm mendidik anak2 dgn mengeluh dsb... terutama kalau tgh marah @ penat..
Lupa nak bersyukur yg kite ada anak...
Cuba bygkan org lain yg belum kawin... dan juga mereka yg dh kawen tp belum dpt2 lagi anak..
Insaf kawe... Terutama bile tgk wajah anak2 yg tgh tido nih...
Tu belum lagi menatap yg masih dlm eyut...
dlm eyut? ooo yr wife pregnant.. alhamdulilah.
ReplyDeleteMemang betul tu SP (Senduduk Putih).. bila suatu masa diorg terpaksa berpisah dr kita utk jalani hidup sendiri, kita pasti akan rindukan saat2 nakal mereka bersama kita itu. So, walau mcm mana penat pun menlayan kerenah mereka tu.. buat2 je la muka ceria ala miss world ! Hehehe.
Alhamdulillah yg 3rd...
ReplyDeleteMudah2an kuar nanti jadi anak yg Soleh/Solehah & membawa segala kebaikan...
La ni betul2 dia 'kerjakan' ibunya sampai tak larat nak bangun, dah 2-3 minggu duk letih & lepak tak bermaya... huwaaaa...
A'ah bile mereka membesar nanti, berjauhan la dengan kita... & memang itu la yg kita rase nanti duk merindukan mereka...
Begitu juga la yg mak ayah kita rasa dengan kita sekarang ni...
Tadi baru balik kg sat... sempat jumpa mereka 3 jam jer... then dah kena plak balik umah sendiri semula...