Tuesday, January 12, 2010

TIAP SESUATU PASTI ADA HIKMAHNYA...

Terkaku dan terpaku di sebuah blog seorang blogger pagi ini, teringat kisah NINIEY yg MM ceritakan di dalam entry sebelum ini... so, kpd Niniey (rasanya mustahil untuk Niniey mengesan blog MM ni sbb... sebabnya ialah tiada sebab.. sebabnya memang dia tak tau dan tak mungkin tau.. kecuali Pakcik Google tergamak memberitahu dia..).. so, kpd Niniey dan yg senasib dgnnya cuba baca pulak kisah EN. MEGAT ni.

Bila baca kisah bapa dan suami yg sedang diduga itu sedikit sebanyak dpt menyelami apa yg ada di dalam diri lelaki. So, kalau suami Makcik R (kisah jiran lama aku) asik mengamuk-ngamuk, melenting dgn anak bini tak tentu pasal.. kita kaji dulu apa sebab musababnya.. tak semestinya sebab dia tak sayangkan Makcik R atau ada pihak ketiga.. Mungkin tensen sbb kerja atau.... mungkin sbb seperti yg En. Megat alami ni...

Tentang MM - Pagi ni dah hampir sembuh dari demam.. Tapi selalunya demam ni boleh dtg balik bila malam.. sbb tu kena rajin makan ubat. Tak sangka bila kita demam, anak-anak automatik memahami situasi kita. Qistina, 7, yg selalu balik kepenatan dan terus tertidur, mlm tadi segar bugar dan sibuk membongkar kain baju yg MM longgokkan di dalam bakul tanpa diminta. Sejurus MM masuk ke bilik MM tengok kain baju tu dah terlipat di dalam almari. Alhamdulilah... MM dah separuh tensen mulanya... ya la.. bila kita sakit.. keadaan rumah jadi tunggang langgang, tapi sumbangan si kecil masih mampu menyelamatkan keadaan walaupun cara melipatnya tu mungkin tak la sesempurna mana. Barulah kuinsafi, mengapa Allah "meminjamkan" kami zuriat 2 orang anak perempuan di dunia ini sebelum hadirnya si Shashal, satu-satunya anak lelaki tunggal kami yang bertahun-tahun kami tunggu kelahirannya. Pelbagai cara dan tip yg diusahakan ketika itu. Allah lebih memahami apa yg terbaik buat setiap hamba-hamba-Nya.

Tentang Ain... oh tak boleh puji lebih-lebih kat sini sbb Ain suka baca blog Mamanya, yg pasti Ain lebih berdikari bila Mamanya tak berapa sihat. Itu je!... Si Qistina tak mengapa nak dipuji hingga melangit sbb anak daraku itu kalau adap PC mmg takde kerja lain selain main game.

Ok la... MC MM pun dah berakhir hari ni... so, kini kembali bertugas seperti sediakala... babai.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.