Monday, February 8, 2010

ENTRY UNTUK DIA YG BERNAMA SAHABAT


Aku meminta kpd-Nya setangkai bunga segar... namun yg kudapat kaktus berduri....
kemudian aku meminta pada-Nya sang rerama... tapi diberi-Nya padaku ulat bulu...
aku sedih dan kecewa TETAPI...

tak lama kemudian... kaktus itu berbunga indah sekali...
ulat itu pula menjadi rama-rama yg cantik dan berwarna-warni.....
itulah jalan Allah...
adakala Allah tidak memberi apa yg kita harapkan tetapi..
Allah memberi apa yg kita perlukan... agar kita sentiasa sabar menanti tanpa berputus asa...
kerana di atas sana Allah telah mengatur yg terbaik untuk kita...

"AKU" di dalam nukilan di atas adalah mewakili sesiapa sahaja.. khasnya buat sesorang yang menangisi sesuatu yg telah menimpa hidupnya.... bersabarlah menghadapinya... aku di sini sentiasa bersedia mendengar setiap luahan permasalahanmu...
semoga nukilan ini menjadi satu semangat...

Anggaplah bahawa :

Memang ALLAH sengaja menemukan kau dengan orang yang sangat lain perangainya, supaya kau dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kau dengan orang yang tak tahu bersyukur...supaya kau jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kau dengan orang yang tidak penyayang, supaya kau lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Doaku buatmu agar Allah sentiasa memberikan kau ketabahan di dalam mengharungi kehidupan yg sementara ini..


SORRY.... syahdu pulak entry MAKCIK MIRROR hari ni.... entry khas utk seorang SAHABAT. Siapakah sahabat yg MM maksudkan? RAHSIA..... kejap lg muncul la dia kt sini nk tengok muka si SHashal naik basikal...

2 comments:

  1. Aku paling takut pokok bunga ni. Depan rumah aku pun ada. Dia CANTIK tetapi suka menyakiti orang. Kalau dah kena duri dia yang tajam tu, bisanya mengalahkan kena cakar dengan BARAGON (nama kucing nostalgia kita masa kecik dulu).

    Jadi aku anggap bunga ini spt WANITA CANTIK yg kejam

    ReplyDelete
  2. Baragon? ya aku ingat kucing itu.. ko mmg kreatif memberikan nama.. buruk sungguh rupa Baragon tp aku sayang dia...

    Wanita klu cantik tp kejam..tiada makna lg kecantikan itu...biar sakit di mata tp bahagia di hati...so para lelaki...fikir2kanlah.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.