Thursday, February 11, 2010

GADUH....

OOOO cari gaduh ya????

:(
:(:(:(:(:(


Waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

sob
sob
sob

*
*



Wow! sedapnya.....

GADO-GADO rupanya!!!!!!!!!!!
pandai tak masak?



sedapnya....


Puas sudah Makcik Mirror cari resepi "pecal" a.k.a janganan or gado2 yg MM dpt dr sorang x-officemate tp mukasurat ghaib.... tu la misteriusnya buku resepi MM ni.. sapa la yg koyakkan page yg sgt berharga tu?

Sib baik resepi di bawah dpt membantu... bhn2 mcm bwg2 and cekur tu diorg kata klu nk sedap goreng dulu baru tumbuk pastu masuk kuali lg utk tumis..itu je yg MM ingat pesanan officemateku itu. Itu pun dia belajar dr maid indonnya. Memang sedap maid tu masak.

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)

Pucuk ubi, tauge, dicelur lembut, tos... pucuk ubi tu perah le airnya mcm biasa lepas rebus tu..
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Sengkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
telur - rebus belah 2
keropok2 digoreng

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangkai cili kering, potong2 celur, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah disangai hingga ranggup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, bubuh garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam pinggan besar, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera.

2 comments:

  1. ooo...saya kalau buat pecal..tak suka letak cekur...ntah ler..tak suka dgn bau dia yang teramat kuat tu..last week ada buat pecal..tapi heheheh pakai rempah segera...tak sempat nak buat...tapi ok gak elr rasa dia cuma kurang pedas aje..

    ReplyDelete
  2. la... x suka cekur? MM hantu cekur.. kalau daun kunyit yg MM tak suka cth mcm org masak lemak bubuh daun kunyit potong2 mcm bunga rampai tu MM x suka sgt la...melainkan kalau masak rendang tu ok la.

    ada gak ya jual rempah segera pecal ni? ha'ah lupa...dah terbaca dh entry Mama ttg menu ni last week.. Good idea gak tu klu time kita nk cepat terkejar masa.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.