Tuesday, March 30, 2010

BESARNYA JASA SEORANG GURU

ni mewarna ke menconteng ni?

Hari ini MM terpaksa jadi gang bas sekolah semula.... si Shashal sejak holiday panjang hari tu terus malas nak pegi sekolah.... so, Mama la yg kena bertunggu-tangga kat tadika dia tu.... gmbr atas tu gmbr cikgu dia yg cun melecun... penat MM tengok Cikgu dia mengajar dengan penuh kesabaran .... tak dpt MM bayangkan kalau la MM jadi Cikgu...agaknya entah apa la nasib anak-anak didik MM agaknya..

Sebab tu pada pendapat MM (sebenarnya pendapat ni dicilok dr mereka yg berjaya)... jika anda ingin berjaya (dlm peperiksaan khasnya)... hormatilah guru-guru anda.... jgn sekali-kali melawan cakap cikgu.. MM rasa MM dah sebut perkara ni di entry yg lepas... so, nak ulang semula untuk renungan anak2 MM sendiri....

Semoga dgn cara kita menghormatinya ilmu yg kita perolehi pun berkat dan pelajaran pun senang nak masuk di kepala.

Cikgu pun kena sentiasa berlawa-lawa dan bercantik-cantik ke sekolah barulah anak murid rasa SEGAR nak belajar (mcm Cikgu si Shasal tu... cun je tiap ari tp Shashal je yang liat nak pegi sekolah).... teringat dulu MM serumah dgn gang cikgu2... pakaiannya bergerobok2....dlm pusingan 30 hari (sebulan), beliau akan berganti baju tiap-tiap hari, bermakna 30 pasang.... baju MM yg dia berkenan pun dibelinya sbb dia nak pelbagaikan. Itu la pengorbanan seorg guru untuk melihat anak2 muridnya berjaya... so, dengarlah nasihat mereka.

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...