Tuesday, March 16, 2010

HAJI BAKHIL BIN HJ KEDEKUT BIN KIKIR

  • Yakinlah, apabila kita merasakan rezeki telah habis, sebenarnya Allah ingin menggantikan rezeki yang lain. (tak semestinya berbentuk wang)
  • Janganlah bergantung kepada pemakan rezeki, bergantunglah kepada pemberi rezeki.

Apa yang aku bebelkan ni?.   Petang ni disebabkan rasa mengantuk aku pun berblog jogging ke mana-mana dan di antara blog yg menjadi persinggahanku ialah blog seorang wanita bergelar isteri kpd suami yg eksen. Phm2 la apa maksud eksen tu... malas nak tulis panjang lebar.

Terlalu eksennya suami perempuan tu hingga kedekut tahap melampau.. nak baca habis pun tak terkudrat aku sbb gelihati pun ada membaca kisahnya tu.... tapi kalau ada readers di luar sana yg menghadapi masalah yg sama sila ingat kata-kata ini..

"BERGANTUNGLAH KEPADA PEMBERI REZEKI... USAH BERGANTUNG KEPADA PEMAKAN REZEKI"

... begitulah nasihatku kepada wanita yang tak berapa malang itu. (belum malang sangat la pompuan tu sbb masih ada tempat mengadu iaitu Allah S.W.T).

Siapa itu pemberi rezeki? Adakah suami puan? Pemberi rezeki hanyalah Allah S.W.T... jadi usahlah puan berkeluh kesah... ( ni aku tengah berangan jadi kaunselor motivasi ala-ala kolum di akhbar tu... kolum apa tu? DCKK? Di Celah2 Kehidupan ya namanya? Lama aku tak baca, dulu boss aku yg rajin baca... masa tu dia tnya aku...

"Awak baca tak DCKK?.  Cuba la baca sekali-sekala biar awak tahu bagaimana masalah orang" begitulah caranya boss aku memotivasikan aku untuk bersemangat kerja masa tu, ala aku masa tu belum kawin lagi, mana la aku ambik pot benda2 gini.... ni kisah boss aku yg korang tak kenal lah.. bukan boss yg kt JB tu...

So... jawapan ala-ala keibuanku untuk masalah si Puan A ialah ....

Puan A,

Kenapa Puan meletakkan diri Puan seolah-olah tiada harganya lagi. Memanglah Puan risau tentang masa depan Puan, dah la tak kerja.. suami pulak kedekut...tapi soal rezeki kita memang tak tahu. Kalau kita asyik risau soal rezeki sehingga kurang bertawakkal, selalunya di situ lahirlahlah perasaan hasad dengki apabila orang lain dapat rezeki, kita tak dapat. Sedangkan semua itu kurniaan Allah semata-mata, semua sudah tertulis sejak azali. Dah... tak usah risau-risau lagi. Apabila kita terlalu memikir sampai berkerut dahi dan risau soal rezeki, selalunya rezeki akan bertambah jauh pula kerana dunia bila dikejar ia akan lari sejauh-jauhnya.

Apabila kita menambahkan amalan kita, di situ rezeki yang tidak di sangka-sangka akan datang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka. Percaya tak? Apabila kita tidak sibuk-sibuk dengan dunia… waktu itu dunia akan datang mencari kita.
Jadinya Puan A... Puan tak perlu pening2 kepala lagi... cuba dengar apa yg bakal Makcik Mirror nk cerita ni... kisah Rezeki yg tak disangka-sangka....

1) Aku tak sangka hari ni komisen BIOASLI aku masuk lagi.... alhamdulilah... t.kasih kpd yg berkenaan tu... dah lama aku tak cek web tu tetiba bila ada komisen... happy pulak. 


2) Boleh juga  jual ebook mcm aku ni.. Rahsia Mentor Jutawan.

Apa?. Suami Puan tak izin?.  Takpe... ikuti je la nasihatnya tu... apabila Puan patuh akan nasihat2nya...pasti Allah akan bayar kebaikan puan... tak cepat.. lambat laun Puan akan tahu fadhilatnya. Percayalah nasihat Makcik Mirror ni... cuba la Puan baca biografi orang2 yg berjaya... di dalam catatan perjalanan mereka penuh ranjau dan halangan.. dan sekarang halangan itu adalah suami Puan... tak mengapa.. ada satu nasihat berguna dari buku yg Makcik Mirror baca iaitu ....
dipetik dari DON'T BE SAD, karya Aidh : Buatlah air yang manis dari limau yang masam.. di mana pun Puan diletakkan... sama ada di penjara, mahupun diletak di hutan... Puan kena manfaatkan masa berharga itu. Jika diletak di hutan, mengayam la rotan.. jika terperosok dlm penjara.. (ohh aku pun tak tau mcm mana keadaan penjara).. mengaranglah puisi, novel... semua pasti sgt bermanfaat. 

Semoga akan datang sinar bahagia untuk Puan... dengarlah lagu ini...

Suatu Hari Nanti... pastikan bercahaya.... pintu akan terbuka.... lalalala.... Ok Puan... mari kita bergembira.. ingat ya pesanan Makcik Mirror... rezeki telah ditentukan, bukan manusia yang menentukan.. tak payah dipikir2 lagi.. BE HAPPY!!!!
motif entry kali ini ialah :
1) nak test power jd kaunselor
2) nak cari gaduh dgn suami pompuan tu... hahaha...


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.