Monday, March 15, 2010

DIPERSILAKAN BERCINTA YA BANG ~reverse psychology

Teman2ku sdg membincangkan topik hangat hari ini yg diberi tajuk....Berhati-hati apabila suami anda bercuti di daerah dot dot dot dot ....kerana ramai Pak2 haji yg tergugur imannya bila ke sana... gadis2nya jelita dan menggugurkan jantung. So, teringat pula aku akan ilmu yg diturunkan oleh si temanku, yg kupanggil "I" ni.... thanks "I"... ttg kaedah reverse psychology. Mungkin ianya dpt membantu meredakan kerisauan para ibu yg hangat dgn topik tersebut.

Reverse psychology ialah satu kaedah bagaimana anda berbuat sesuatu untuk mendapat tindakbalas yang berlawanan dari apa yg anda perkatakan. Contoh mcm... anda menghadapi masalah di mana si kecil anda tidak suka makan... er...mkn apa ya? Cth makan keju kot... so, ketika bersarapan, sbg usaha anda untuk memujuk si kecil anda makan... anda membahagi-bahagikan keju2 berkenaan kepada seluruh ahli keluarga kecuali si kecil tadi anda ignore je sambil mengatakan...

"pagi ni.... keju untuk Shashal takde..."...so, pastinya si kecil itu tentu akan merengek2 meminta keju tersebut...


Itu kes si kecil...bagaimana pula kes si "baby besar" anda? Ala baby yg dah tumbuh misai tulah.... apa kata kalau dia suka sgt keluar tu...memancing ke, main golf ke...biarkan je... nak ngeteh biarkan dia puas2 ngeteh sampai muntah...lama2 kan dia bosan sendiri. Nak main farmville biarkan...lama2 jemu... benda kalau dah dibuat berulang2 lama2 tentu jemu kan?.


Reverse psychology juga boleh diaplikasikan pada anak remaja anda yang malas untuk menyiapkan kerja2 sekolah... cuba anda katakan pada dia..

"Mama percaya... kau mesti tak dpt siapkan kerja sekolah kau tu...percayalah?" Jika dia jenis budak yg pantang dicabar, logiknya ia akan menyiapkan kerja2 sekolah tersebut sbg membuktikan kata2 kita adalah tidak benar.

Tapi semua tu tengok keadaan... kalau anak anda jenis yg kurang keyakinan..kata2 itu mungkin boleh membunuh. Anda sebagai ibu tentu lebih memahami bagaimana sikap anak anda.

"Abang nak kawin...kawin la lagi satu bang... silalah..." ini juga adalah salah satu kaedah Reverse Psycholgy. Kwang kwang kwang.....


Kawinlah lagi.... dlm ati... 

"Ya Allah... jgn la berlaku nightmare ni dlm hidup akuuu.."


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.