Wednesday, March 31, 2010

PLEASE PLEASE PLEASE KAMU JANGAN NAKAL


Sesaja Makcik Mirror mengupload gambar nasi goreng yang lazat ni..... sebenarnya MM nak upload gambar yang sangat menghiris hati....tapi punya la menyayat hatinya gambar tu sampai nak upload pun rasa tak tergamak..... tiap kali nampak gambar tu terbayang si Shashal, si bujangku tika aku memangkunya dengan penuh kesyukuran di suatu pagi nan indah diiringi gelak tawa jururawat dan doktor pakar.... Aku memanjatkan kesyukuran kerana Allah mengurniakanku seorang zuriat lagi... itulah si Shashal yg tidak sempat kami rakamkan gambar di saat-saat kelahiran.

Tetapi berbeza pula nasib si kecil yg sudah tak punya suara yg kuterpandang di blog seorang follower ini, gambar itu benar-benar membuat jiwaku luluh seketika, kecil jemarinya yg sudah kaku bagai melambai memohon simpati tetapi apakan daya tangisnya tidak bersambut, apatah lagi dibelai penuh mesra oleh si ayah yang kegirangan sambil mengkamatkan. Hanya berteman longgokkan sampah sarap tali pusat yg masih berselirat... entah sudah berapa lama ia menangis di situ tanpa hirauan manusia, kehausan dan kelaparan.

Tergamaknya.....tergamaknya....... hentikanlah kekejaman itu... MM tahu anda sedang kebuntuan arah mana ingin dituju. Tapi pintaku jgn la berlaku lagi selepas ini.... cukuplah itu kes terakhir menghiasi dada-dada akhbar.... Please...please kamu jangan nakal....

Alif OIAM - Jangan Nakal

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Chorus
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Ulang Chorus

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

4 comments:

  1. sedih dengan kisah pembuangan bayi sekarang ni. ingatlah kepada pasangan yang sukar nak dapatkan zuriat dan hampir "menggadai" nyawa dan berhabis puluhan ribu untuk dapatkan zuriat. ini berlaku pada anak saudara mama sendiri....hari ni mereka tak mau zuriat tu..nanti satu masa kalau mereka teringin nak dapatkan zuriat dan Allah tak kurniakan...barulah menyesal tak sudah....

    ReplyDelete
  2. I pun mcm tu Mama... rasa sedih,kesal...kdg terus skip je page kt paper tu sbb tak tergamak nk tengok insan2 tak berdosa bergelimpangan di mana2.

    Wahai manusia di luar sana...Kasihanilah bayi2 malang ini. Mereka juga berhak utk hidup spt kanak2 lain. Tebuslah dosa keterlanjuran anda itu dgn membesarkan mereka sebagaimana ibu anda menjaga anda ketika masih kecil...

    ReplyDelete
  3. Ini la fenomena skg...kerap sangat.sangat menyayat hati sesiapa yg melihatnye.tapi tidak bagi pasangan2 pelakunye.hanya Allah yang membalas segala perbuatan yang amat keji.

    ReplyDelete
  4. ya la KGee kan...apa salahnya mereka selamatkan satu nyawa dan lupakan seketika soal malu berhadapan dgn msykt..(lebih malu lagi jika dihadapkan di mahkamah akhirat).. Allah maha pengampun & penyayang, masih ada laluan utk kembali ke jln yg benar.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.