Monday, April 12, 2010

ADA AWEK YG PERASAN CANTIK ~ mari aku jumpakan dgn kawan aku.

"At first, I got jealous. But then I realized, she's ugly.".... eh tajuk apa plak ni? Bukan tajuk entry Makcik Mirror (MM) ya... ini title satu group di FB... mungkin frust sgt kot mat saleh tu dgn aweknya sampai menubuhkan fanclub plak... ramai plak fan yg join...mencecah 5k.

Berbalik pada tajuk entry MM hari ni.... ok sebelum tu MM nak tanya...pernah frust tak dengan awek yg perasan cantik?? Rasa diri dah macam top model...

"Mentang2lah kita tak hensem, sanggup dia buang bunga yg susah payah beli dgn duit PTPTN ke dlm tong sampah..mentang-mentanglah ramai peminat...petik jari 1000 mari....zalimnyaa.....sanggup aku ikat perut kumpul duit nak beli bunga tu"....dialog ni rekaan semata-mata... tgh berangan nk jadi penulis skrip drama.

SITUASI I

"Miss Mirror (masa tu I belum kawin lg).... boleh tak kita keluar makan?. Saya tengah tensen ni... otak biol sebab mengenangkan awek saya yg mintak itu dan ini.." luah seorang teman sepersekolahan, Mizad (bukan nama sebenar) yg MM temui di sebuah bas stand. Dailog dipendekkan untuk memudahkan pemahaman.

"Awek saya tu cantik sgt.... memang jelita, lebih kurang mcm pelakon (dia sebut nama pelakon tu)... sebab tu la saya tak sanggup nak tinggalkan dia" ujarnya lagi.. Dalam hati aku... "bodoh betul kawan aku ni!!"

Penat dah melayan orang yang telah DIBUTAKAN oleh cinta, tapi masa tu MM layankan jelah takut makin biol plak kawan2 aku tu... 

Apa kata, kalaulah .... sekarang di antara you ada yg sedang berada di dalam situasi tersebut..... MM suggestkan you jumpakan bekas/ awek you tu dengan sorang kawan MM yang hati keras ni,...bukan pemuda di atas tetapi Roy(bukan nama sebenar ) dan dengar apa pula komen Roy nanti..jgn awek you nangis dah la ya...

SITUASI II

"Hek eleh....mcm tu pun ko kata cantik, setakat mcm tu kat Giant bersepah!! Pendapat ko ni selalu tak bernas langsung la MM" Rungut Roy bila aku tunjukkan gambar seseorang yg aku kagumi kecantikannya.

Apa punya teruk la Roy ni?. Pompuan secantik tu pun dia kata tak cantik.... Entah masuk keberapa kali ntah kerja si Roy ni mengutuk pompuan... semua yg MM kata cantik, di mata dia semua tak kena....astagfirllahalazim..... tak baik tau menghina kejadian Allah...(MM cakap dlm hati je).

Tau ler bahawasanya "beauty is in the eye of beholder" tapi Roy ni memang pelik orangnya... macam kalis godaan. Punya berlagak dia ni... memang ler dia dah biasa bercampur orang serata dunia (kerja memang selalu turun naik overseas)....so, that's why dia kata.... kalau pompuan setakat menggedik-gedik, kirai-kirai rambut tu jangan la nak perasan cantik (dia cakap la).... bawak le pompuan tu gi overseas, letak le dlm celahan2 manusia tu.... baru tau langit itu tinggi atau rendah.

Hermmm....... :P mungkin Roy pernah frust dgn awek yg jelita kot....sebab tu la hatinya telah menjadi keras... Apa-apa pun sebenarnya... kecantikan yg utama ialah kecantikan hati.

Ok...pada yg frust......jgn frust2.... bunga bukan sekuntum....mungkin boleh belajar "sesuatu" dari Roy.... (ya la tu Roy...)


'

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.