Niat di hati ingin memaparkan gambar-gambar, PCku ini rosak pulak (entah untuk ke berapa kali)..... nak curi gambar dari Uncle Google pulak dah tak boleh nak save....even menggunakan pendriveku.... senang cerita, aku hanya perlu menunggu masa untuk menghantar pc aku ni ke ICU dan biarkan dia rehat lama-lama di sana..
Sejak aku gantikan nama penuh aku di FB itu kepada nama "PUAN SAM", ada orang yg add bertanya padaku siapa sebenarnya aku... mungkin mereka dapat trace aku melalui nama arwah ayahku yang masih terpahat di dalam profile FBku... dan mungkin terconfuse kot sama ada aku ni si adik aku Siti ke.. si Ustazah Minolad ke, adik aku Mar ke atau takkan la MS plak kot?. Ustazah B, Abg O dan Kak Long takkan mungkin.. yg pasti Sam itu anak kpd Arwah Uncle DON).
Panggil saja aku Sam, tak payah berpuan2.... nama Puan di hadapan itu sekadar satu peringatan pada diri aku yang kini aku telah pun menjadi milik (opps salah.. bukan milik tapi "pinjaman berharga") buat kekandaku IRP... lagi satu.. tak sanggup aku entah untuk ke berapa kali orang tersilap memanggil aku ni En. Sam... (berhalkum ke aku ni?)... dulu masa kat bubbletalk BS pun orang menyangka aku ni sang jejaka kacak! (last word tu aku tambah je... mana diorg nampak gmbr aku nak kata aku kacak plak kan... gmbr lelabah je jd DP aku kat situ). Baru ni la aku berani nak war-warkan pada depa blog personal aku ni... hai kawan-kawanku di BS!!!!! Dah jumpa blom blog Sam73 ni??? Selamat bertemu kembali!!
Siapa aku???. Aku orang yang biasa-biasa yang dikelilingi orang-orang yang luar biasa yang menjadikanku istimewa.. (orang-orang luar biasa itu adalah anda sendiri). Menulis sebenarnya satu hobi aku sejak dulu (dulu suka tulis surat cinta... hehe... oh tidakkkk!!! dulu suka tulis dairy jer.. )... Tapi disebabkan banyaknya rahsia diri yang mungkin bakal terbongkar melalui penulisanku, lantas aku memutuskan untuk menjadi penulis di dalam hati sahaja.
So... sebelum semakin banyak rahsia terbongkar hasil rasa kejujuranku (jujur ke bendul?) ada baiknya aku menamatkan kata-kataku untuk malam ni... esok berjumpa lagi...insyaAllah..
p/s Asyik tulis tentang diri je plak entry ni ya?. Habis, nak tulis pasal kemenangan Siti Nurhaliza dalam ABPBH dah ramai plak yang menulis mlm ni... so, biarlah aku tulis pasal aku pulak la kan.... so, nampak la blog aku ni lain dr yang lain.. huhu.. jgn marah puan-puan.
salam pagi Sam,
ReplyDeletedulu akak pun minat bidang penulisan,ade masa bersajak,kekdg tulis ntah apa apa...habis semua buku sekolah yg dh tak pakai lagi kena conteng..sekarang ni pc jadi mangsa..menulis begini hilang tensionkan!!
Sam nie orang Johor ker???
Kakasma.. Tahniah! Pagi2 dah sampai sini ya... Ya Sam org Johor.
ReplyDeleteBetul kata Kakasma tu, menulis ni boleh hilangkan tensen... kalau tensen tulislah apa saja kat kertas sepanjang-panjangnya pastu kronyok2 buang.. hehehe..itu mmg cara sayalah. So Kakasma, apa lagi!!silalah menulis lagi & hasilkan novel pulak...mana tau meletop!