Tuesday, April 6, 2010

KETUPAT SPESEL...

Pagi yang cerah....

Mengadap pc yang adakala "merajuk", aku memang tergolong sebagai orang-orang yang sabar dalam melayan kerenah segala benda walaupun lembab dan menyeksakan.

Sekilas teringat teman-temanku di thread yang membincangkan isu "ketupat"... Ketupat spesel yang indahnya hanya di dunia tetapi penyiksaannya di akhirat.. Terlalu menyeramkan... cuba bayangkan kalau lidah kita bakal digunting dengan gunting neraka kerana dosa-dosa mengumpat itu! Seram!!!!


Alangkah malunya kalau apa yang kita umpatkan tu diperdengarkan semula di mahkamah akhirat pada orang yang kita mengumpat tu.... malunyaaa!!! Huaaaa.... mana nak lari... Jom kita lari sekarang!!!! 1234..... Lariiii!!!!


Wanita memang paling mudah untuk masuk ke syurga....tetapi paling ramai terhumban ke dalam neraka.. huhu.... tak mau!!!


Tetapi... kalau orang nak mengumpat kita, biarkan je (rasanya dah tua-tua ni takde kot orang mengumpat I... hehehe... I percaya kat uoll (readers, follower, gang bloggers and semuanyalah), my friend kata I ni percaya sangat kat orang, ala percaya je sudahlah... watpe nak pening-pening berprasangka buruk kat orang)....


Tetapi I percaya....sesungguhnya di dalam dunia ini tidak semua orang suka dengan cara kita contohnya macam ISU TERKINI ni... sila KLIK.

Ingatkan kes penghinaan ke atas individu yang dah meninggal ni dah tak akan berlaku lagi selepas penangkapan sorang mamat blogger tegar yang menghina Almarhom Sultan Johor itu hari.. rupa-rupanya makin menular pulak pada si kecil ni.... so, kita sebagai ibu bapa ni mari kita pantau apa yang anak-anak kita dah buat pada facebook or blog yang dia ada tu... Ain... tolong jangan sampai malukan Mama ya!!!

2 comments:

  1. Makan ketupat banyak2 berkoyan2 tak mengapa...
    Tapi jangan mengumpat walau sekali...

    ReplyDelete
  2. hai SP... kalau dah selalu sgt makan ketupat nanti raya dah tak de serinya dah...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.