http://blogmalaysia.com
Baru join BLOG MALAYSIA ni.. so entry kat bawah
ni adalah percubaan pertama untuk diketengahkan...
Jom kawan-kawan kita meriahkan BLOG MALAYSIA ni...
Nampaknya topik entry sebelum ni ramai pulak peminat yg menyinggah.. (tak pasti la membaca ke jalan sekali lalu je? hehe..) ... ini menunjukkan kesungguhan anda di dalam berblog.
Ok... apa kata, pada yang baru nak buat blog tu.... kalau takde idea konsep apa yang sesuai untuk blog anda, MM suggestkan perkara-perkara di bawah, insyaAllah akan ramai "peminat" nanti....(tak ada la nak gerenti...tapi cuba la mana tau kan? ) MM memang tak akan buat sebab lebih senang dengan blog "ROJAK" MM ni..:
Ada orang mungkin buat blog artis.... tapi kalau anda inginkan kelainan apa kata kalau .......
1) Kalau anda ada basic menjahit tapi tak suka menjahit ~ Buat satu blog cara-cara menjahit..... step by step... berserta gambar-gambar yg terang dan jelas.
2) Blog peribadi pun ok.... cuba bubuh gambar-gambar yang lain dari yang lain yg anda snap kat pergunungan ke..... kat tepi sawah padi ke....jangan le bubuh gambar tak senonoh.....heeee Ya Allah.... selalunya MM malu la nak singgah kalau ada gambar 18sx ni walaupun entry hebat sekalipun....dan penulisnya hebat!!. (sorry... I ni berblog dgn ditemani si kecilku yg belum 18thn lg)...
3) Selalunya ramai yg dahagakan ilmu ~ apa kata anda buat satu blog untuk pembaca belajar menguasai Bahasa Inggeris PERCUMA ke, Bahasa Arab ke, Bahasa Mandarin ke....
Kalau BI tak payah la nak suruh orang belajar grammar sangat ... orang dah penat dah.... you ajar je diorg dialog macam ni.... :
- Bagaimana rasanya makanan itu? ~ How does it taste?
- Saya sudah kenal dia bertahun-tahun ~ I have known him (her) for years
- Mari kita adakan mesyuarat ~ let's hold a meeting.
Contoh :
- Bukankah Mama dah pesan jangan bergaduh ~ Haven't I told you not to fight?
mesti ada (ramai) yg memerlukan khidmat PERCUMA anda itu... tak payah nak suruh orang susah payah LOG IN2...buat je dlm bentuk blogspot... bagi ruang orang bertanya kat ruang komen tu (kalau malu suruh je diorg menjelma jadi anonymous) dan anda jawab le hari-hari..... pasti anonymous tu akan menyumbang hit terbesar buat anda....
4) Buat blog cara-cara menggubah bunga.... (orang sekarang ni dah malas nak keluar-keluar rumah ni...... cuaca tak menentu... anak2 masih kecik....kan bagus kalau dapat belajar depan PC je). Kalau rajin pasang le clip video step by step.
5) Blog masak-masak memang dah banyak dah.... nak bagi kelainan you masak la makanan yang orang lain tak pernah masak... resepi-resepi cara kampung ke, kuih dari overseas ke, rahsia resepi kat restoran terkemuka ke (mana nak dapat ya? susah agaknya nak korek rahsia homemade warisan tujuh keturunan ni..kalau anda dapat memang hebat la)... teringat cerita sorang kawan MM, kakak dia terpaksa beli resepi berharga RM1k dari seorang penjual goreng pisang untuk mendapatkan resepi goreng pisang yang ranggup. Gulp!!!!
Alamak! sedap la kuih getas2 kat blog KakAsma tu... lama betul tak makan... bila makan teringat jiran lama yang selalu buat kuih tu... COMEI.... ko tau tak apa itu getas-getas???.... kuih kemplang....
Alamak! sedap la kuih getas2 kat blog KakAsma tu... lama betul tak makan... bila makan teringat jiran lama yang selalu buat kuih tu... COMEI.... ko tau tak apa itu getas-getas???.... kuih kemplang....
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.