Friday, April 16, 2010

TEMAN TAPI MESRA ~ part I

gmbr hiasan

Bila si COMEI keluar dengan entry terbarunya bertajuk kawan baik, Makcik Mirror (MM) pun ingin membuat maklum balas tentang erti KAWAN BAIK dari kacamata MM sendiri.

Tapi untuk entry ni MM tak nak cerita tentang kawan-kawan baik yang selalu keluar masuk ke blog MM ni (memang ramai kawan baikku yg keluar masuk tapi tak tinggal pesan... terutamanya seorang ibu yang sangat rajin ke dapur tu) sebab entry yg MM nak tulis ni ada unsur-unsur pujian melangit (so, mana boleh orang yang kita nak puji tu baca kan.... tak best la... tidur tak lena plak karang...sengih sesorang)..... tapi tak tau la kalau insan mulia yg MM nak maksudkan ni rupa-rupanya silent reader.... siapa tau kan.... nasib la tu..... siapa suruh orang singgah "rumah" orang tak bagi salam. Dia kata dia busy... dah berbisnes katakan...mana sempat nak menjengah blog orang.

Betul spt yg Comei cakap.... kreteria seorang kawan baik tu adalah yg sanggup susah senang bersama... creteria itu memang ada pada individu yg MM nak cakap ni... dia ni seorang pelajar yang jadi gilaan lelaki di sekolah, pandai, kalau sebut tentang rupa paras memang tak usah cerita la.... Memang jelita dia ni..... Biar MM namakan dia sebagai Britney Spears (bukan nama sebenar... dia orang Melayulah).

Berkawan dengan Britney ni pun telah menimbulkan fitnah dan disalahanggap oleh senior.... agak sedih jugak la MM masa tu bilamana MM dianggap terlalu memilih kawan , pilih yang glamer2 je. Oh.... sangat berat tuduhan itu dan tak benar sama sekali sebab mereka tak tahu cerita di sebalik kenapa MM menjadi rapat dengan Britney, dia terlalu istimewa dan bukan sebab dia cantik atau glamer maka aku pilih dia untuk menjadi rakan "sepernguratan"ku..

Britney seorang pendengar yang baik.... dalam keadaan MM sedih tertekan dengan undang-undang di asrama, Britney selalu memberikan semangat.... masa tu MM terlalu down sangat bagai tak tahu kepada siapa ingin mengadu then she came to me and listen to my pain.... sehingga kalau MM yang bermasalah (mungkin TERlanggar undang2 dengan tak sengaja... maklum ler I ni adakala membuat kontrovesi kt asrama... ala biasalah budak2 belum "mumayiz"..... kwang kwang kwang)... sepatutnya warden panggil MM sendiri kan... tapi sebaliknya Britney pula yang dipanggil ke bilik warden untuk menasihatkan MM.... kan ke pelik tu.... that's why MM anggap dia memang istimewa.

Begitupun MM pun tak pasti MM ni entah orang ke berapa yang akan "mengijazahkan" Britney dengan sijil yang bercop KAWAN BAIK....sebab dia memang seorang wanita yg disenangi semua orang, lemah lembut dan merendah diri walau anak orang berada. Britney selalu bersama di saat orang lain pergi meninggalkan MM...(satu pengorbanan yg besar bagi MM).

Apabila bertukar sekolah MM pun terputus hubungan dengan Britney... namun alhamdulilah alam maya telah menemukan kami kembali dan setelah 20 tahun Britney meletak jawatan sebagai PENDENGAR SETIAKU, kini Britney kembali lagi setia dengan "tugas lama"nya itu dan tak pernah jemu-jemu melayan "kekecohan"ku ini... Buat Britney kalau termasuk ke blog aku ni...

"Ko jangan la marah aku ya..... ko kan memang superwoman.... aku puji-puji melangit ni sebab nak mintak ko belanja aku makan kat Five Star Hotel..... hahahahhahahaa..." Uwek!!!!!! :P

p/s: Buat rakan-rakan hingusanku di blog OLD SCHOOL tu ~ uoll memang rakan yg sangat baik... memahami.. lain dari yang lain......huhu... tak nak puji2 la.... jemari longlai untuk menaip (lidah kelu berkata2) bila mana kita tahu mereka akan membacanya... uwekkkk..... jeleh....wes gendeng!!! hahaha... tak pandai la nak cipta puisi... korang cipta la sendiri puisi tentang sahabat yang baik dan anggap la puisi itu datang dari aku.... babaiiiii.....gila aku asik melayan blog ni....

CERITA TENTANG TEMAN BAIK INI AKAN BERSAMBUNG DI EPISOD AKAN DATANG....sebab ramai lagi kawan2 baik aku kat dunia ni (dah lama hidup katakan) ... kecik ati plak kalau aku tercicir namanya kat sini....

3 comments:

  1. betul MM aku pun ramai kawan baik..tapi maksud aku yg betul2 dikatogerikan sahabat sejati le..& x terputus hubungan sampai skrg..

    kalau rakan hingusan tu mmg le semua aku sayang semua...dia org mmg best...

    ReplyDelete
  2. ya lerr... aku phm...mmg ada kategori2nya... sama ada yg baik tapi tak rapat sebab dah berjauhan, yg sejati tapi tak dpt dikesan...mcm2 kategorinya...tp rakan sejati aku hingga sekarang ialah my IRP tu la...yg akhirnya jadi laki aku... hehehe...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...