Tuesday, April 27, 2010

DULU BUTA HURUF...... SEKARANG PERANG HURUF

Salam semua...sebenarnya MM nak update blog dari awal pagi lagi.....tapi bila dah masuk DASHBOARD tu jadi lain pulak ceritanya......almaklum MM sekarang ni dah follow (and TAK KURANG juga dipaksa follow..... hehehe..takpe MM follow dgn ikhlas hati) beberapa puluh blog kat seantero dunia ni...

Bila nampak kat paparan ada "bling2" ada entry baru dari mereka (blog yg kufollow itu) terbatal niat nak update blog MISS MIRROR ni, terus tak semena-mena melepak lelama kat situ.... macam2 cerita diorg ni..... menarik2 belaka dan menambah pengetahuan.....

Bila kita masuk blog seseorang ni, MM beranggapan macam ni..... MM membayangkan macam MM ni seorang tua (teringat dulu arwah ayahandaku).... arwah ayahanda buta huruf...(tapi huruf jawi boleh la.... mengaji memang lancar habis, berkali-kali khatam).. then bila dapat surat dari abang kami yg ketika itu di Brunei Darus Salam, Perkampungan Air Pengiran Soleha (wah siap aku tulis panjang2 ni...kot2 ada orang Brunei kat sini boleh la MM tanya2 detail pasal perkampungan air yang indah dan mendamaikan tu)... kami ni la yg tolong bacakan untuk beliau. Sib baik money order yang dikepilkan tak la pulak kami "songlap"... hehehe...

Orang berblog pun mcm tu...ibaratnya mereka membacakan sesuatu yang selama ni kita MALAS or TERLEPAS PANDANG nak baca kat media disebabkan mungkin sibuk atau artikel terlalu panjang, tak sempat beli akhbar or majalah.....so bila blogger2 ini membuat kupasan dengan gaya bahasa sempoi yang mungkin lebih difahami, dari situlah kesan positifnya... itulah HEBATnya dunia MAYA ni.... kita dapat menimba ilmu hanya di hujung jari dari blogger-blogger yang hebat "berperang huruf" untuk menaikkan ranking blog masing-masing. Satu "peperangan" yang sihat dan memberi manfaat untuk semua.




tiada kena mengena dgn entry..
cuma nak cakap... MM sekarang ni nak
"menongkah arus"... hitam sebenarnya
bukan warna "untukku".... dan shawl juga
sebenarnya tidak menyumbang ke arah menyerlahkan
keanggunan wajahku..
(tak tahu la kenapa... mungkin sebab muka
MM ni bujur kot....)
orang lain MM nampak bila pakai memang nampak VOUGE!
TAPI... hari tu menggedix sebab
sengaja beli shawl ( yang murah je ni)
atas nasihat jurujual tu.....MM pun pilih la
kaler ni... hopefully... MM akan
tetap terserlah dengannya....

Kalau dapat shawl macam kat bawah ni kan best....


Wah! Lawa kan? Cantik warna silver ni...
Inner berlapis tu pun
nampak sweet....

Byeee....

8 comments:

  1. samalah kita.. tak sesuai langsung nak pakai shawl.. erm.. ntah jadi apa muka nanati..

    ReplyDelete
  2. oh ya ke? ingatkan I sorang je..tp Aishah, I still tak peduli...still nak pakai ni...melainkan hubby complaint kata tk cantik baru I stop.

    ReplyDelete
  3. hehehe...sis ni bru je pakai tudung tp penyakit membeli tudung dh lama,pantang nmpk lalu mesti tarik punya..bahyer betul kan..plk skrg mcm2 paten tudung..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. tu la...I rasa kalau boleh jual semula tudung2 yg dah terbeli tu dah kaya dah I Lin.. nasib baik la now ank2 dara I pun dah pakai tudung, so, mana yg I dah tak berkenan tu I wariskan je kt diorg.

    ReplyDelete
  5. La semuanya wanita kat sini..cadang nak buat blogwalking...tapi dah terlansung tu..nampaknya makin hebat dibandingkan dengan BS dulu....selamat berjaya kak Sam

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..CD site???...dulu orang BS ke? Confuse la...thanks following me...dah following u on twitter.

    ReplyDelete
  7. MM - pakai anak tudung ni nanti dah jadi cam "bonggol Unta" lak hehehehe

    ReplyDelete
  8. ya ke Mama? Tapi kalau rambut pendek nak datang bonggol dari mana lak? Hehehe...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...