Thursday, April 15, 2010

ENTRY UNTUK BEN ASHAARI ~ Tudung Paling Pelik Utk Dijual ~ Daftar PERCUMA ~


Terbaca entry Ben Ashaari yang terkini dengan kepelikannya tentang wanita yang ditemuinya di lif.... MM pun ada cerita pelik berkaitan isu ini.... pun di dalam lif.

MM pun bukanlah baik sangat untuk bincangkan isu-isu tudung ni (segan pun ada nak cerita bab2 gini...tapi dah terjanji untuk buat entry pasal ni di blog BEN tadi, cerita la jugak kan untuk renungan bersama) sorry kalau ada menyinggung mana-mana pihak.

Bukan la apa... kadang-kadang agak terbakar jugak la bila ada someone cakap..... "ala pakai tudung pun kalau perangai tak elok buat apa".... Sebenarnya tak boleh la cakap mcm tu... mungkin terjadinya situasi seperti adegan di bawah kot orang boleh cakap macam tu....

Wanita yang MM nak cerita ni mungkin bertudung sekadar untuk mengkaburi mata masyarakat je kot, bukan dari hati.... baca baik-baik ya.... ada unsur2 ketupat ni... tapi ustazah cakap kalau tak sebut nama tak jadi la satu ketupat (mengumpat)...... harap2 jadi le sempadan pada kita ya..

Pagi itu MM dan family turun dari bangunan hotel menggunakan lif. Sebaik masuk, MM terpandang wanita berfurdah (bertudung dan menutup muka) dan berjeans. Bersebelahan wanita itu seorang lelaki agak berumur menjijit beg besar. MM cuma terfikir.... wanita arab agaknya di balik wajah yang tertutup dengan furdah hitam itu? Tapi MM rasa mcm ada sesuatu tak kena pada perempuan itu, bukan sebab pakaian yg dikenakan sbb my SIL pun pernah berfurdah.... cuma pelik bila tengok dia macam takut-takut.... tertunduk-tunduk gelisah........ Takut dengan sapa....tengah gaduh laki bini ke? Mungkin sepasang suami isteri..mungkin wanita itu arab berkahwin dengan lelaki tua warga tempatan. Tapi dilihat pada mata wanita itu, di mana itu je yang kelihatan dari sekujur badannya tak la nampak macam ala-ala arab. Tapi kenapa wanita itu bila aku terpandang dia...dia macam nampak tak kena...fikirku.... baik aku siasat!!!! Hahaha..... Jom CSI dia!!!

Punya la busy bodynya MM ni... satu prasangka buruk menerpa di fikiran bilamana keluar je pasangan itu dari lif.... mereka jalan berasingan.... si wanita furdah itu ke utara, si lelaki tua boroi itu ke selatan.... Lagi la timbul syak kat kepala ni....mcm ada sesuatu yg disembunyikan je.

sebenarnya lelaki itu tak la tua sgt....lebih kurang baya2 sapa ya? Dlm lingkungan 40an la.... wanita tu mungkin 20an.

Maklum ler MM ni kan dah byk makan garam... bila tengok wanita tu jln berasingan bila ke tempat parking tu mcm ada something wrong je tu... yg lelaki tua tu pulak jln tertunduk2 tergesa-gesa je mcm buat salah....

Bila bayangan mereka dah tenggelam dari celahan orang ramai, MM ingat tak nak la busy body "lagi".... sebab mana tau mungkin memang 2 org tu tadi tak mengenali satu sama lain, saja kot tersaing masa turun lif.. tapi bila kereta yg MM naiki sampai satu selekoh (agak jauh dr hotel) dan MM ternampak lagi pasangan tu...terpikir la lagi... mula la perasaan jahat menerpa lg di fikiran....

Ooooooooo sah la diorg ni memang couple......tapi mcm ada sesuatu yg disembunyikan... yang buat MM terkejut tu.... pompuan furdah tadi dah open air dah.... jangankan furdah... tudung pun melayang...... seksi giler dgn baju stengnya paras lengan tapi dah masuk kereta dah.... kalau betul2 berfurdah tentu la dlm keta pun dia still dgn furdahnya kan? Ini keta tu siap open window lagi.... sah ni memang furdah plastik je ni.... Siap menyanyi2 aku nampak wanita tu melenggang2 dlm keta sambil membetul2kan rambutnya...

Mungkin kot si boroi itu suami orang... then si wanita itu kekasih gelapnya....sebab tula digelap-gelapkan dgn mengkaburi mata masyarakat dgn cara yang tak bijak dan mengaibkan golongan bertudung je! Tak baik tau mcm tu.

P/S: maaf andai ada yg terasa.... mungkin kot aku hanya berburuk sangka... mungkin...mungkin... tapi aku dah banyak makan garam untuk menilai perilaku orang yang pelik-pelik ni... sebenarnya sebelum entry ini diPUBLISHkan... byk benda pelik yg dilakukan oleh mereka berdua didepanku tapi terpaksa aku DELETE semula...supaya tidak menjadi ikut-ikutan... ohh seksa gak nak tulis entry yg sensitif mcm ni.... nauzubilah...jgn la berlaku pada kita semua.... Aku hanya INSAN BIASA.

4 comments:

  1. salam...x elok la perempuan tu buat gitu...tu ramai org berpandangan buruk kepada wanita yang bertudung sb ada org cuba sabotaj berpakaian begitu sekadar utk mengaburi pandangan org lain...

    ReplyDelete
  2. W'salam Umie...sekadar utk renungan bersama dari Miss Mirror yg serba kekurangan.

    T.kasih kerana melawat..rajin2 le singgah di lain kali.

    ReplyDelete
  3. hai En.Ben pun ada... isk isk isk kan Ben kan? Dasyat!!

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...