Wednesday, April 14, 2010

ORANG YANG RAMAI MUSUH MEMANG ELOK BERBLOG

Salam semua dan morning morning kepada yang bukan beragama Islam.

Kawan-kawan MM di FB sekarang ni tengah kecoh-kecoh nak mengupdate blog masing-masing. Ada yang baru nak sign up.... ada yang dah ada blog tapi tak pernah update....asalkan jgn lupa password dah la ya cik kak. Amboi...amboiiii masing-masing!!!!!!!! Tak nak kalah!!!!

Ni sekarang yang diorg kecoh...Masing-masing nak belajar macam mana nak configured iklan kat blog. Semua ni gara-gara berita kat Metro semalam tu la... tentang blogger yang menjana income hanya dengan BERBLOG!!! Penangan berita kat media memang mempengaruhi tindakan manusia. Tapi jangan le hangat-hangat air kopi je (ubah sikit untuk sedapkan pendengaran).

Nak bubuh iklan NUFFNANG? Ok sila-sila..... klik je kat perkataan Nuffnang dalam blog MM ni.. ada le nanti form untuk SIGN UP... Alang-alang dah berblog tu jangan la disia-siakan masa tu... untung nasib manusia mana kita tahu kan? Kita rasa buruk je tulisan kita....tapi rupa-rupanya ada jugak "peminat"..... rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Kalau bukan "peminat" sekalipun....orang yang ramai musuh pun elok tau berblog!! Satu bonus untuk dia.... tak percaya ke? Rasa2nya "musuh2" tu la penyumbang terbaik untuk blog anda!! Pagi dia nak skodeng, tengahari dia skodeng, malam pun skodeng lagi nak tengok aktiviti you pada hari itu.... tak pepasal naik traffic.... tak ke satu bonus tu!??

Hah!!! Cuba-cubalah berblog.... kalau first day berblog dah ada follower....dah kira hebat tu... tapi jangan le perasan (AKUKAH ITU????) yang setiap follower kita tu PEMINAT kita...kadang they all follow sebab dipaksa..... (sib baik aku belum sempat paksa orang...nanti la kalau boring-boring aku paksa....gi blogwalking.... pastu tulis kat shoutmix....hehehehe.. "you want to follow me or else???".. tunjuk gambar pisau berdarah macam entry MM yang lepas tu.

Cuba flashback memory anda ketika mula-mula berblog... ada tak tulis macam ni "I follow u... u follow me .. pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas... tak balas dosa.... kalau awak tak follow saya... saya tak kawan awak lagi... huaaaa....sampai hati tak follow saya, saya dah follow awak tau!!!...."....dialog biasa di dalam arena berblog. Last word tu tambah-tambah je... tu dailog anak MM yang umur 5 thn kalau tak dapat coklat.

Tak kiralah apa cara sekalipun anda nak naikkan traffic..... bagi MM ok je... Kalau kawan-kawan MM yang baru nak berblog tu nak paksa orang buat kerja follow memfollow... teruskan.... dah alang-alang paksa orang, entry pun kena la tip top.... mana la tau...mula2 rasa TERPAKSA...lama-lama jatuh cinta.... ala...macam orang kena KAHWIN PAKSA tu.... mula-mula nangis-nangis macam nak lari dari rumah...... bila dah kawin...gila setengah mati.

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA".....

Thanks to all my followers... belum sempat nak follow anda semua.... (Walau anda tak pernah pun paksa saya......baiknya follower2 saya ni.... tapi kalau tak busy nanti MM akan sedikit demi sedikit untuk cuba memfollow anda..... tanpa anda siapalah saya... cewah!! perasan jadi artis je aku ni!!!).... teringat entry sorang minah tu... blogger pun ala-ala artis (sebab ada "peminat"). Sebab tu penampilan nak kena jaga setiap masa.... hehehe... iyer ke dik???

6 comments:

  1. ok gak tuh. haha. byk jugak ''besfren'' yg dok skodeng blog i. lepas tu tulis ntah ape2, kutuk2 apa yg kita buat dalam blog diaorang. hampehh

    ReplyDelete
  2. muahahahaha....
    blog aku tu ada peminatnya ke?????
    pehhhh..ada ye...mcm artis lak aku ni ye...eh aku mmg artis la...

    utk pengetahuan ko aku x leh nak follow ko le sbb dari awal2 lagi ko dah black list kan nama aku..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. First sekali MM nak ucap tahniah pada AGEEBA & COMEI sebab dah mula membuat tindakan bijak dari awal dgn berblog!

    @Ageeba ~ sabor je la kan kalau ada ramai "bestfren" (musuh..hehe)... sib baik MM ni dah kawin... tak de kot yg keja kaki skodeng.. dia minat kat Ageeba le tu gamaknya sbb tu suka mengutuk2...baik2 tau..mula2 kutuk lama2 jatuh cinta ..

    @Comei ~ ko memang artis..sbb tu aku takut nk follow ko...nanti terkena tempias glamer ko tu susah plak aku nak tido ramai yg skodeng.

    ReplyDelete
  5. ada gak pasal story redmummy smalam.... die pun amik masa untuk femes.... dan yang penting kita mesti ade minat yang mendalam....dlm berblogging

    ReplyDelete
  6. @Hazman ~ betul la tu...mana ada jalan pintas utk berjaya..yg penting minat dan keikhlasan dlm berblog..kalau tak dpt income pun at least dpt la "income" lain utk bekalan di akhirat.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.