Showing posts with label TUTRIOL BLOG. Show all posts
Showing posts with label TUTRIOL BLOG. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Cara Mengatasi Email Yang Menimbun di Inbox

Bagaimanakah cara untuk mengatasi email spam yang menimbun di email anda?
Pegi kepada email anda dan sila perhatikan perkataan yg telah dicirclekan warna merah (gambar di bawah) ni ya puan2... klik2 dan layan diri di situ... dah ada imej step by step yg I tepekkan ni uoll phm2 sendiri kan... blogger2 kan semua genius. ;)

Hatiku sebenarnya tengah PANAZZZZ ni... Eh konon.... takde la panas mana pun. Sesaja buat uoll suspen...

(Sila klik untuk tumbesaran gambar2 yang kenit di bawah)






pastu tulis la nama file.. contohnya kat bawah
ni untuk email2 mengarut menang loteri dan seumpamanya tu
I masukkan dlm file SAMPAH SARAP...
so that nanti email tu pandai2 la menjalankan kerjanya
(kita takyah pening2 nk sortingkan dia.. dia buat sendiri secara automatik)

Buat perempuan yg buat hati I panas itu... baca ni :

"Makcik Mirror ni perempuan tau..... perempuan you know... P.E.R.E.M.P.U.A.N.... yang U bagi I gambar-gambar U tengah bogel tu apa ke hairnya????? Hah??"

I sebenarnya dah lama tak "AVAILABLE"kan I punya status kat Yahoomail I tu... tapi arini sebab nak print screen bendalah di atas ni... I dengan tak sengaja teravailablekan la pulak... (TERsalah tekan).... tak pepasal aje tau ada awek ajak chat, sangkakan teman blogger I kat sini, tengok nama mcm familiar je.... tu yg I accept... rupa2nya just nak bagi I dosa percuma tengok gambar2 dia tgh melucah.. Uwekk..... heeee nak watpe?? Geli geleman tau dah la tengah2 hari buta orang nak lunch ni.





Ah lupakan je la hal tu.. moga2 dia insaf hendaknya...

I hari ni buat pizza pisang (gambar di atas tu).... tadi cakap dengan Eny nak buat resepi pizza apple tu, tapi apple tgh on de way plak .... mlm ni kot buat... sedapnyaaa.... tak sabar! Yati klu nak rasa, nanti ko dtg aku buatkan ya...

Wednesday, December 15, 2010

TUTRIOL APA YANG UOLL NAK?? Silalah... silalah..

Owh… terima kasih, terima kasih!

Terima kasih banyak-banyak ya. Terima kasih buat Pakatan Bloggers sebab tak sangka bila I bangun pagi-pagi, tengok artikel I bertajuk Resepi Membuat Kek Gula Hangus dah tersiar di sana. Ingatkan kena reject, sebab maklumlah I ni kurang mahir guna WordPress… hehe. Thank you admin!

Untuk uoll yang ada tutorial-tutorial menarik untuk dikongsikan sesama kita, bolehlah join Pakatan Bloggers. Sebarkanlah ilmu walau satu ayat… ececeh.

OK… sekarang I nak tanya uoll, tutorial apa yang uoll perlukan?.  Sila tuliskan di ruang komen di bawah. Kot-kot I boleh sampaikan pada Pakatan Bloggers. 😉 Pasti ramai author di sana yang cukup ilmu untuk menerangkan secara step by step. Kalau I, ini antara tutorial yang I teringin nak request:

  1. Cara menjahit baju kebaya yang paling sedap dipakai (dulu I pernah belajar… tapi hilang pula buku catatan tu).

  2. Cara menjahit jubah yang paling anggun!. Tutorial bergambar dengan ukuran yang tepat.

  3. Cara masak resepi Turki (contohnya kebab daging).

Ah, banyak sebenarnya kalau I nak request… sampai tak tertulis kat sini. Bestnyaaa! Nasib baik ada yang baik hati membangunkan portal tu. Uoll jangan lupa jenguk-jenguk ke sana kalau nak tahu lebih lanjut.





p/s : :( .... T____ T ) I memang tau dah.. resepi kek gula hangus I tu dah ramai yg plagiat dari blog I ni (mana la tak taunya... kan I ada cctv) :(

Sunday, December 5, 2010

Mematikan Fungsi Right Click

Sebagaimana direquest di dalam tutriol-tutriol sebelum ini, malam ini Miss Mirror sediakan lagi satu cara untuk mematikan fungsi right click di blog anda. Walaupun cara mematikan fungsi right click ini agak popular di kalangan para blogger untuk menghalang dari artikel dicopy paste... tetapi jika anda tanya I... I tak kata begitu..

Sebabnya kenapa? Sebabnya... percaya tak kalau I kata.. I masih lagi boleh mengcopy artikel anda itu dengan cara lain? Kenapa? Tak percaya? Bagi yang tahu kaedah pengkopian yang I maksudkan silalah rahsiakan... sebab nanti sia-sia saja kita guna kaedah ini tapi artikel masih jugak boleh dicopy paste..

Baiklah... untuk tidak mengecewakan, saya bagi link ini.

Saturday, December 4, 2010

Menangani Masalah Artikel Dicopy Paste - Part II

Salam semua... Bagi menjawab pertanyaan anda di dalam entry bertajuk Menangani Masalah Artikel Dicopypaste Mat Gebu sebagaimana di dalam entry ini (klik di situ untuk mendapatkan HTML code). Ok... di sini I bagi cara-caranya step by step... sebab masih ada yang tak faham dengan tutriol tersebut.... hope this tutriol will give you better understanding...

Sebelum tu nak iklan dulu... Sesiapa di sini blogger dari Johor Bahru? Kalau berminat untuk berniaga, sila rujuk entry ini. (keuntungan berbaloi akan ditawarkan).
1) Step pertama.... highlightkan (warna biru spt di atas) kesemua HTML code dan
tekan Ctrl C... bawa ke dashboard (rujuk gmbr di bawah)



2) Pastekan ke dalam ruangan entry.... dengan tekan Ctrl V


3) Seterusnya... nampak tak anak panah berwarna merah itu (URL blog anda)... tuliskan di situ... sebelumnya ada URL blog I kan (http://sam-puansyurga.blogspot.com).. ha gantikan dengan URL blog anda.

Anak panah warna hijau pula bertulisan MISS MIRROR ... Gantikan dengan tulisan anda (tak kisah la nak tulis apa2 pun... )

4) Tekan COMPOSE... anda akan lihat tulisan MISS MIRROR tadi jadi macam ni...


4) Selepas itu anda boleh tambah2kan apa2 tulisan lain pun boleh...

5) Jika ingin menukarkan dengan warna putih (supaya tak dapat dilihat pun boleh juga...lihat contoh di bawah)
So, akhirnya tulisan "MISS MIRROR sedang makan nasi " tak dapat dilihat bukan?



Ok selamat mencuba... saya dah nak keluar gi shopping!!!...

Thursday, December 2, 2010

Tutriol Menggunakan Komputer Tanpa Keyboard

Komputer siapa yang senasib dgn laptop I yg tersadai kat store tu ~ keyboard tak berfungsi? Sila angkat tangan... Tapi make sure..... ada mouse di tangan anda.. Jika takde mouse rasa-rasanya memang still tak berfungsi jugak even kita buat step-step seperti tutriol di bawah...



Mula-mula pergi pada accesories ...... (yang gambar atas tu I type dekat SEARCH pasal tadi I dah cari kat accesories tak jumpa2 plak (tapi kalau keyboard tak berfungsi nak taip macam mana kan... haha.. pendek kata...cuba dapatkan dari ACCESORIES bendalah ACCESSIBILITY tu ya....

ACCESORRIES ---- > ACCESSIBILITY ----> ON SCREEN KEYBOARD

Nanti akan keluar bendalah ni... ON SCREEN KEYBOARD....

Ha pastu bila dah keluar ON SCREEN KEYBOARD ni.....boleh la type guna MOUSE anda, klik2 je kat atas alphabet tu macam biasa... Hmm....tapi mmg jenuh la kan nak taip satu2 mcm tu... baik2 speed typing 60 wpm... terus hancus... tertinggal keretapi la jawabnya... tapi orang-orang tua kata....takde rotan, akar pun berguna TAKDE KEYBOARD.... MOUSE PUN BERGUNA.... guna je la ya...

Thursday, May 20, 2010

SOALAN TENTANG NUFFNANG

Untuk jawapan kepada Cik Kak yang bertanya tadi...... puan boleh masuk ke website NUFFNANG.... dan kalau nak ubah nota2 tersebut ke Bahasa Malaysia sila klik pada bahagian spt gambar di bawah :

STEP seterusnya puan pegi ke SOALAN LAZIM.... segala kemusykilan yang puan kemukakan ada terjawab di sana.

Selepas klik SOALAN LAZIM... jgn lupa SCROLL DOWN ya.........saya tak boleh tunjukkan kesemua apa yg Nuff bagi tu kat sini.......... mana tau itu adalah secret antara kita2 je.... then.....puan silalah baca keseluruhan keterangan yg Uncle nuff bagi kat website tu... dari A to Z segala soalan yg puan musykilkan itu terjawab di sana. Fahami keseluruhannya.

Untuk soalan puan berkenaan projek2 Nuff spt mereka yg buat entry2 semua tu.... TIDAK SALAH menggunakan BAHASA MALAYSIA.... bergantung la pada blog kita tu.... kalau blog kita selama ni menggunakan BI... guna la BI... kalau BM.. guna la BM... untuk keterangan lanjut sila la join PROJECT ALFA on FACEBOOK ni...... sila klik di side bar kanan di blog saya ni....(spt gmbr di bawah)..... pastu kalau ada kemusykilan silalah tanya dengan Uncle Nuff di sana....jgn takut2 dia ok je.... cakap BM pun dia faham.


sam-puansyurga
Tapi kalau nak join contest spt entry I yg ni... ada form yg nak kena isi... dia akan emailkan kepada anda.

Tentang soalan berkenaan kreteria tertentu sesuatu blog yg menjadi pilihan Uncle Nuff... betul la spt yg u cakap tu..... kena la rajin update..... bukan apa.... kalau malas nk update mcm mana traffic nak naik........ kalau tak ada traffice mcm mana la orang nak tahu pasal kewujudan sesuatu iklan yang diperagakan tu....... betul tak??

Lain ler blog tu dah bermacam info..........semua keyword boleh masuk kat blog dia..... Gliterrati???... of course le...... sapa yg rela dimadukan... betul tak? Makin dia setia.. makin la dia sayang....

Semoga info ini dpt membantu... byee.

Monday, May 10, 2010

KISAH BLOG GHAIB DAN PUNCANYA........

I tak sangka plak blog boleh ghaib.......... memang ler..... sebelum ni pun, blog berbayar I yg LIP LAP mengerlip tu dah ghaib punnn, terus ghaib tak nampak bayang...........(OPPPSSSS.... JGN TANYA BLOG APA... rahsia je la) ramai lg yg senasib dgn I....... memang hangus je duit pembayaran yg boleh I belikan 2 batang lipstik M.A.C favouriteku. Dah la blog tu dah mencapai 7 bintang.......... I sendiri pun musykil mcm mana bleh jadi 7 bintang... baik betul kan follower2 I kat blog tu......

Tapi kawan I yg sorang ni lain plak kesnya..... I suka masuk blog dia yg mcm2 info, resepi (sib baik tau sempat I curik resepi2 kat situ)............ ditinggal berbulan terus ghaib. Cam mana bleh jadi mcm tu ya? I ada gak blog lain yg I biar berbulan2, entry semua pasal tutriol je..... tapi masih wujud lg hingga sekarang. Pelik plak ya....

I baru je berangan nak "hidup"kan blog I ni hingga I ke liang lahad......... rupanya kalau dibiar lelama jadi ghaib plak ya..... so, kalau terasa diri mcm dah "dekat2 masa" tu, cepat2lah faraidkan blog kat pewaris2 yg berkenaan.... ishhh tapi password I ni rahsia..... gaknya pasni nak pass pada Ain je la..... I rasa kalau beli domain sendiri tak jadi camtu kot? Entahla..... You all mcm mana?

Friday, April 30, 2010

MENYELESAIKAN MASALAH TERJEMAHAN DAN SEBUTAN PERKATAAN

Wah! pasni boleh la mata tukar kaler biru plak dikk....


BAGI YANG BELUM TAHU SAHAJA
(ditujukan kepada adik yang bertanya tadi)

Puan-puan.... Miss Mirror (MM) ingin bertanya...
Pernahkah anda bertegang urat dengan
kawan2 anda kerana masalah pronociation??? kita sebut T.H.R.E.A.D sebagai "tred" dia sebut "trit"
Kita kata I.C.O.N itu sebutannya "AYCON" dia sebut AIKEN... Pernah tak??

Don't worry.... anda boleh mengatasi masalah ini
dengan KLIK di bawah :

GOOGLE TRANSLATE
Sila tekan icon ala2 speaker di bawah kotak itu nanti untuk mendengar sebutan yang betul... pelbagai bahasa disediakan... anda juga dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan PERKATAAN kepada pihak GOOGLE... untuk ditranslatekan pada masa2 yg akan datang...

Di antara kegunaannya ialah :
  • menyediakan penterjemahan
  • memberikan sebutan yang betul terhadap masalah sebutan
OLEH ITU PUAN-PUAN........... SILA SEBUT NAMA SAYA DENGAN BETUL... SAM sebutan adalah SEM bukan Sam... PUAN SEM... MISS MIRROR

selain google translate, cit cat juga ada
menyediakan perkhidmatan penterjemahan.

Semoga info dari saya ini dapat membantu adik tadi...
dik...cepat dik.. beli lense warna biru plak dik....






Tuesday, April 27, 2010

SALAH SATU CARA UNTUK MENAIKKAN TRAFFIC BLOG ANDA ~ SOCIAL BOOKMARKING SITE

Apa khabar semua???!!!! ~ jerit sikit ala2 Datuk Siti Nurhaliza kat stage... Hari ni giliran Miss Mirrorr  pula untuk "membacakan" artikel untuk anda.....siap lengkap alih bahasa lagi ni....... Rajinkan I ni??? Tajuknya.. Sosial Bookmarking Site ~ iaitu salah satu cara para blogger untuk menaikkan jumlah pengunjung ke blog mereka.... insyaAllah....

SELINGAN JAP....
cantiknya WAN AISHAH MAHSURI ni...
gambar dari ~ Beautiful Nara


Apa Itu Laman Sosial Bookmarking?

Anda tentu sering mendengar istilah social bookmarking sites atau laman sosial bookmark. Laman social bookmark merupakan suatu laman di mana anda dapat menyimpan, mengelola dan berkongsi alamat laman yang dianggap favourite.

Pada dasarnya laman sosial bookmark hampir sama dengan menu Bookmarks pada Firefox atau Favorites pada Internet Explorer, iaitu untuk menyimpan halaman web yang dianggap menarik.
Apa Itu Situs Social Bookmarking 
Bookmark atau Favorites tersebut disimpan pada komputer lokal, sehingga anda tidak dapat mengakses daftar laman favourite tersebut pada komputer lain (kecuali anda menggunakan kemudahan sinkronisasi bookmark dengan Foxmarks). Lihatlah, laman socialbookmark mengatasi kendalian tersebut. Anda akan dapat mengakses halaman web favourite yang sudah tersimpan di laman social bookmark di mana saja selama ada kemudahan penyambungan internet.

Bagi sesetengah blogger, laman sosial bookmark seringkali digunakan untuk mendapatkan atau meningkatkan jumlah pengunjung. Caranya iailah dengan men'submit' artikel mereka ke berbagai laman social bookmark sebagaimana di bawah :



Artikel Apa Itu Laman Social Bookmarking? ini dipersembahkan oleh Klik-Kanan.com. Kunjungi Klik-Kanan.com untuk informasi berkenaan komputer dan internet.


DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA MALAYSIA SEPENUHNYA UNTUK ANDA OLEH :
MISS MIRROR..... selamat berblog dengan gembira!!


**
Google Search Results
You arrived here after searching for the following phrases:

Friday, April 23, 2010

BIAR RUPA BURUK TAPI TAK MENYUSAHKAN ORANG


Tidak kupinta jadi begini....

Aku pun tak minta... dan dia pun tak pernah minta

Semua sudah suratan takdir....

Tapi tak apa... nasib baik masih dapat diselamatkan...

Kalau tidak.... hampir-hampir TERKUBUR TADI....

Alhamdulilah.........


Biarlah buruk (eh....... ni belum lagi ni..... esok nak kena "solek2kan" lagi mana yang patut...
suntik botoq ke......... sorry la ya puan-puan..... hari ni agak kelam kabut sikit BLOG ni... mungkin template baru ni mcm buruk sikit kan rupa dia....
tapi takpe... ASALKAN TAK MENYUSAHKAN aku!!!!

Begitulah kisahnya kepada yang bertanya kenapa template ni terpaksa ditukar.
Template pemandangan KASHMIR tu terpaksa aku say Bye Bye....... sejak siang tadi
bila bukak2 je side bar dah "melurut" ke bawah.... merajuk ke hapa tak pasti la MM ni.

Terima kasih kepada MAMARAZZIE di atas pandangan bernasnya tadi supaya menukar ke layout lain. Bila tukar je terus tak melurut dah.. Sgt bernas pendapat tu Bubblephoto ~ sangkakan tadi jejaka mana la..rupa2nya awak Mamarazzie.

Tuesday, April 20, 2010

ANDA NAMPAK MACAM DAH BIASA JE!!!!!!



Anda nampak macam dah biasaaaa je .....
oh dah biasa ya????

Ish Ishk Ishhhhhhhhhhhhh.......

?
? ? ? ? ?
nanti MM cakap kat orang.....
?
?
?
?
?
?
?





Semua orang dah biasa menaip kan? Walau mungkin ada yang menaip patuk jagung sekalipun dan tidak sampai mencapai piawaian 60 WPM (word per minute).... tetapi disebabkan kena buat assignment anda menaip jugak... takpun sebab nak hantar email kat awek.

ok, sebelum tu... MM nak ucap salute la kat you all yg memang tak pernah menghadiri mana2 kelas menaip tapi hasil kerja macam orang dah berkursus bertahun2.... You memang tak cakap dgn I pun yg you tak masuk kelas menaip.. tapi I agak2 je.... kalau yg pompuan mungkin kot...kalau lelaki jarang la pegi kelas menaip........ ada ke? Bagusnyaaa..

Bagaimana MM boleh katakan yg you menaip seolah-olah pernah menghadiri kelas menaip ? Berikut adalah kreterianya :

1) Selepas titik (full stop), selang (space) dua. Contoh :

Saya suka membaca. Saya juga suka menangis.
(BAGUS!! Ini contoh menaip yg terbaik)
Jika budak2 baru belajar dia akan taip mcm ni :

Saya suka membaca.Saya juga suka menangis.
* Boleh nampak kan perbezaannya tu... tak cantik bukan?

MM bukan nak puji adik MM yg sorang tu (kalau nk puji pun bukan dia belanja MM makan pun sebab budak tu asik sibuk je tak pernah ada masa nak jenguk blog kakaknya ni)

Tapi tu la... ketika usianya baru je 12 tahun dia dah boleh menguasai jari-jemarinya menaip dengan pantas setelah MM ajar dia dengan memberikan teks dan memberikan panduan cara letak jemari pada keyboard dengan betul.

Tapi budak2 skrg ni agaknya tak payah ajar pun dah mahir, hari2 sibuk berchatting... klu lembab and slow sgt menaip pun karang awek pun lari jenuh menunggu depan PC..

Ok... itu je utk ptg ni...tak nak la merapu di ptg2 yg indah ni.... jumpa lagi.

SHOUTMIX ALA BISKUT







Selamat Berblog Dan Bergembira Dengannya!!




Wednesday, April 14, 2010

CADANGAN BLOG-BLOG YANG BOLEH MENARIK TRAFFIC



Nampaknya topik entry sebelum ni ramai pulak peminat yg menyinggah.. (tak pasti la membaca ke jalan sekali lalu je? hehe..) ... ini menunjukkan kesungguhan anda di dalam berblog.

Ok... apa kata, pada yang baru nak buat blog tu.... kalau takde idea konsep apa yang sesuai untuk blog anda, MM suggestkan perkara-perkara di bawah, insyaAllah akan ramai "peminat" nanti....(tak ada la nak gerenti...tapi cuba la mana tau kan? ) MM memang tak akan buat sebab lebih senang dengan blog "ROJAK" MM ni..:

Ada orang mungkin buat blog artis.... tapi kalau anda inginkan kelainan apa kata kalau .......

1) Kalau anda ada basic menjahit tapi tak suka menjahit ~ Buat satu blog cara-cara menjahit..... step by step... berserta gambar-gambar yg terang dan jelas.

2) Blog peribadi pun ok.... cuba bubuh gambar-gambar yang lain dari yang lain yg anda snap kat pergunungan ke..... kat tepi sawah padi ke....jangan le bubuh gambar tak senonoh.....heeee Ya Allah.... selalunya MM malu la nak singgah kalau ada gambar 18sx ni walaupun entry hebat sekalipun....dan penulisnya hebat!!. (sorry... I ni berblog dgn ditemani si kecilku yg belum 18thn lg)...

3) Selalunya ramai yg dahagakan ilmu ~ apa kata anda buat satu blog untuk pembaca belajar menguasai Bahasa Inggeris PERCUMA ke, Bahasa Arab ke, Bahasa Mandarin ke....

Kalau BI tak payah la nak suruh orang belajar grammar sangat ... orang dah penat dah.... you ajar je diorg dialog macam ni.... :

  • Bagaimana rasanya makanan itu? ~ How does it taste?
  • Saya sudah kenal dia bertahun-tahun ~ I have known him (her) for years
  • Mari kita adakan mesyuarat ~ let's hold a meeting.
Ah itu sekadar contoh....anda boleh juga mengajar ibu-ibu di luar sana untuk berkomunikasi dengan anak mereka sehari-harian di dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Arab/Mandarin/Tamil/Jawa/Banjar.... mungkin ada ibu-ibu yg teringin nak ajar anak mereka tapi tak faham nak mula dari mana....

Contoh :
  • Bukankah Mama dah pesan jangan bergaduh ~ Haven't I told you not to fight?
  • in Jawanese ~ kan wes tak omongi ojo gaduh...(.hehehe... satu ilmu baru untuk anda bukan?)

mesti ada (ramai) yg memerlukan khidmat PERCUMA anda itu... tak payah nak suruh orang susah payah LOG IN2...buat je dlm bentuk blogspot... bagi ruang orang bertanya kat ruang komen tu (kalau malu suruh je diorg menjelma jadi anonymous) dan anda jawab le hari-hari..... pasti anonymous tu akan menyumbang hit terbesar buat anda....

4) Buat blog cara-cara menggubah bunga.... (orang sekarang ni dah malas nak keluar-keluar rumah ni...... cuaca tak menentu... anak2 masih kecik....kan bagus kalau dapat belajar depan PC je). Kalau rajin pasang le clip video step by step.


gmbr kat blog sapa ni? aku pinjam ya? mekasih....

5) Blog masak-masak memang dah banyak dah.... nak bagi kelainan you masak la makanan yang orang lain tak pernah masak... resepi-resepi cara kampung ke, kuih dari overseas ke, rahsia resepi kat restoran terkemuka ke (mana nak dapat ya? susah agaknya nak korek rahsia homemade warisan tujuh keturunan ni..kalau anda dapat memang hebat la)... teringat cerita sorang kawan MM, kakak dia terpaksa beli resepi berharga RM1k dari seorang penjual goreng pisang untuk mendapatkan resepi goreng pisang yang ranggup. Gulp!!!!

Alamak! sedap la kuih getas2 kat blog KakAsma tu... lama betul tak makan... bila makan teringat jiran lama yang selalu buat kuih tu... COMEI.... ko tau tak apa itu getas-getas???.... kuih kemplang....







ORANG YANG RAMAI MUSUH MEMANG ELOK BERBLOG

Salam semua dan morning morning kepada yang bukan beragama Islam.

Kawan-kawan MM di FB sekarang ni tengah kecoh-kecoh nak mengupdate blog masing-masing. Ada yang baru nak sign up.... ada yang dah ada blog tapi tak pernah update....asalkan jgn lupa password dah la ya cik kak. Amboi...amboiiii masing-masing!!!!!!!! Tak nak kalah!!!!

Ni sekarang yang diorg kecoh...Masing-masing nak belajar macam mana nak configured iklan kat blog. Semua ni gara-gara berita kat Metro semalam tu la... tentang blogger yang menjana income hanya dengan BERBLOG!!! Penangan berita kat media memang mempengaruhi tindakan manusia. Tapi jangan le hangat-hangat air kopi je (ubah sikit untuk sedapkan pendengaran).

Nak bubuh iklan NUFFNANG? Ok sila-sila..... klik je kat perkataan Nuffnang dalam blog MM ni.. ada le nanti form untuk SIGN UP... Alang-alang dah berblog tu jangan la disia-siakan masa tu... untung nasib manusia mana kita tahu kan? Kita rasa buruk je tulisan kita....tapi rupa-rupanya ada jugak "peminat"..... rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Kalau bukan "peminat" sekalipun....orang yang ramai musuh pun elok tau berblog!! Satu bonus untuk dia.... tak percaya ke? Rasa2nya "musuh2" tu la penyumbang terbaik untuk blog anda!! Pagi dia nak skodeng, tengahari dia skodeng, malam pun skodeng lagi nak tengok aktiviti you pada hari itu.... tak pepasal naik traffic.... tak ke satu bonus tu!??

Hah!!! Cuba-cubalah berblog.... kalau first day berblog dah ada follower....dah kira hebat tu... tapi jangan le perasan (AKUKAH ITU????) yang setiap follower kita tu PEMINAT kita...kadang they all follow sebab dipaksa..... (sib baik aku belum sempat paksa orang...nanti la kalau boring-boring aku paksa....gi blogwalking.... pastu tulis kat shoutmix....hehehehe.. "you want to follow me or else???".. tunjuk gambar pisau berdarah macam entry MM yang lepas tu.

Cuba flashback memory anda ketika mula-mula berblog... ada tak tulis macam ni "I follow u... u follow me .. pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas... tak balas dosa.... kalau awak tak follow saya... saya tak kawan awak lagi... huaaaa....sampai hati tak follow saya, saya dah follow awak tau!!!...."....dialog biasa di dalam arena berblog. Last word tu tambah-tambah je... tu dailog anak MM yang umur 5 thn kalau tak dapat coklat.

Tak kiralah apa cara sekalipun anda nak naikkan traffic..... bagi MM ok je... Kalau kawan-kawan MM yang baru nak berblog tu nak paksa orang buat kerja follow memfollow... teruskan.... dah alang-alang paksa orang, entry pun kena la tip top.... mana la tau...mula2 rasa TERPAKSA...lama-lama jatuh cinta.... ala...macam orang kena KAHWIN PAKSA tu.... mula-mula nangis-nangis macam nak lari dari rumah...... bila dah kawin...gila setengah mati.

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA".....

Thanks to all my followers... belum sempat nak follow anda semua.... (Walau anda tak pernah pun paksa saya......baiknya follower2 saya ni.... tapi kalau tak busy nanti MM akan sedikit demi sedikit untuk cuba memfollow anda..... tanpa anda siapalah saya... cewah!! perasan jadi artis je aku ni!!!).... teringat entry sorang minah tu... blogger pun ala-ala artis (sebab ada "peminat"). Sebab tu penampilan nak kena jaga setiap masa.... hehehe... iyer ke dik???

Saturday, March 13, 2010

TUTRIOL BLOGSPOT UNTUK SI EFA

Hai Efa... ni ler blog akak (Kak Mirror...hahaha) Ok.... bila Makcik Mirror dah buat tutriol ni.... Efa kena la buat satu blogspot ok... sebenarnya ada byk pilihan lain blog percuma macam wordpress, sosblog dan lain2 tu... Tapi since MMirror (ni panggilan KSam kt blog akak ni...)... pun menggunakan blogspot yang senang nak handle dan ringan lagi tak menyusahkan... so Efa pun kena cuba buat hari ni jugak...

1) Mula-mula pandang sebelah kanan blog Miss Mirror ni... Efa nampak kan perkataan CREATE BLOG...

2) Sebelum tu pastikan Efa dah ada email.... then selepas klik kt CREATE BLOG tu.. Efa akan jumpa form utk isi.... pastikan dah ada alamat email... then

3) isikan password.... password createkan yang baru yg lebih panjang dari password email kita yg biasa tu.

4) ikut arahan-arahan seterusnya, jgn lupa klik pada TERMS AND CONDITION

5) klik lagi hingga jumpa template

6) pilih salah satu template tersebut.

7) START BLOGGING....

6) So... seterusnya... berblog la macam biasa...

Nak buat shoutmix Efa pun dah pandai kan... K.Sam pun dah ajar masa kt BS dulu... very-very easy kan... yg penting Efa tau fungsi2 HTML code tu..

OK EFA.... teruskan berblog... KSam nk tengok blog Efa..... see u girl.... bersambung di tutriol akan datang tentang bagaimana nk cantikkan lagi blog, add gadget, accesories and so on.

Saturday, February 20, 2010

GIGI BIRU.....HEEEE.....

Gigi biru?? ke kuning?? ke putih melepak? Bubuh arang la...

ah...... MM bukan nk cerita pasal gigi pun. Ain je yg memandai2 mengalih bahasa bendalah BLUETOOTH tu jd gigi biru.

Ya tuan2... setelah MM fed up dgn USB cable, MM kini beralih pd bluetooth.... ada 2 jenis yg terjual kt kedai tu tadi, penjual tu tanya... utk Window Vista ke Window xp? Pastu dia pilihkan ler mana yg sesuai..... harganya sebelum ditawar2.... RM39.00 pastu sbb kt kedai sebelumnya tu jual RM35... MM pun mintak kurang le.... dah le USB cableku yg baru beli kehilangan resit nk claim.. takkan la kerja asik membuang2 duit lg.

Sampai rumah.... aku dgn tak sabar2nya terus memasang GIGI BIRU tersebut.... tak susah pun tuan2..... (ni pd yg tak tahu le aku nk cerita ni).... caranya...

1) connect le Gigi biru tu td pd computer mcm biasa....
2) so PC anda akan memberi signal new hardware dah terpasang...
3) click le kt situ pastu..
4) clik RECEIVED FILE.... pastu dia tulis waiting for bla2.....
5) ambik hphone anda.... pegi pd gmbr yg kita nk SENT tu...
6) click SENT
7) pilih VIA BLUETOOTH
8) akan keluar le nama bluetooth tu di paparan Hphone anda...klik lg...
9) dah siap... YEY!!!

Entah le... apa jadi tah dgn gmbr2 yg MM snap siang td... mcm hilang je dr galery HPku... sebagai percubaan pertama bluetoothku ini.... MM sent gmbr apa yg ada je...gmbr atas tu je la yg tinggal... gmbr ni sebenarnya untuk kegunaan si Ain... dia yg snap... entah utk apa...MM pun tak bertanya... tgh berangan nk jd juara badminton kot?

Wednesday, January 13, 2010

UNTUKMU YANG SUKA BERAHSIA

Ni sesaja MM nk ingatkan kt blogger2 yg suka berahsia tu, tak kira la my follower ke, budak2 baru belajar berBLOG ke, peminat MakcikMirror ke.. kot2 terlepas pandang... mana la tau secret sgt la blognya tu.... kot tergamak & sampai ati tu... adjust le setting kat bawah ni supaya tak dpt dijejak langsung....

KLIK ler setting then cari le benda2 kt bwh ni....

1)Blog Readers Your blog can have up to 100 readers.

Who can view this blog?
Anybody
Only people I choose
Only blog authors

So kena la pilih ONLY PEOPLE I CHOOSE... choose la aku ya!


2)ADD your blog to our listings?

A Listed blog may be linked to from Blogger.com, such as the Blogger home page, Blogger Play, and Next Blog. If you select "No" your blog will not appear in these places, but it will still be available on the Internet. This blog will still be displayed on your profile unless you hide it. Edit displayed blogs. PILIH NO.

3)Let search engines find your blog?

If you select "Yes" we will include your blog in Google Blog Search and ping Weblogs.com. If you select "No", everyone can still view your blog but search engines will be instructed not to crawl it.
PILIH NO.


Buat kawan2 aku klu tergamak adjust setting mcm kat atas tu memang NGENGADA!!! Ayas awan ia!!!! nanak awan agiiii!!!!!!! nanti kita ckp mak kita.....