Tuesday, April 20, 2010

TENTANG MANDI DAN RAHSIA KECANTIKAN

Salam semua and morning2 pada non muslim.......

Status I pagi ni ialah........... mcm semalam dan semalam..... of course kena sediakan sarapan utk si kecilku itu then mandi bersama-sama dia, oh ya.....mak nenekku pesan, kalau kita selalu mandi bersama anak, dia jadi rapat dgn kita sebab tu la agaknya Shashal manja sgt dengan I ni....tapi tujuan I masuk sekali dlm bilik air tu dan berkongsi shower dgn dia bukan sebab nak suruh dia manja dgn I dan tak manja dgn ayahnya...... oh sgt tak patut....kalau dia lebih manja dengan ayahnya pun takkan la kita ibunya ni nak jelous plak kan.... dah tentu itu ayah dia.... I sebenarnya cuma nak memantau apa yg dia buat... tak la orang kata tu...mandi kambing je, nanti badan basah... rambut masih kering lagi, main air je lebih.

Oh sejuk sgt mandi pagi2 ni!!! Tetiba heater rosak pulak... aduhaiii.... napa la heater ni tak memahami situasiku?? Nak rosak pun biarlah hari lain.

I bila menghadapi situasi yg membuatku tensen (barang2 rumah tetiba rosak and so on) I akan sedaya upaya memujuk hati sendiri.....  akan cuba ingat balik TIP dari seniwati Datuk Hajah Sarimah Ahmad, petua kecantikan beliau ialah ke mana pun beliau pergi.....beliau akan mandi air sejuk.. Itulah yang mempositifkan I sekarang ni.... tapi apa rahsia di sebalik air sejuk tu ya?

Ada orang kata "air sulung" bagus untuk tip awet muda! Air SULUNG ya puan-puan...bukan air SULING.........bukan salah eja.....

Air Sulung tu kalau I tak silap... air pertama yg orang lain belum mandi...... tapi apa relevennya AIR SULUNG dgn kecantikan? Pemendapan air kat tangki tu ke yg menjadikan air tu bagus? Tak pasti la tu.... mari kita sama-sama fikirkan.

Kalau si Rozita Che Wan plak MM baca hari tu dia kata...kalau tak nak kulit cepat kedut... lepas mandi lap tuala tu dari bawah ke atas... itu ada logiknya sebab mak bidan pun kata... kalau nak urut muka orang.... urut dari bawah ke atas, begitu juga kalau nak mandi... mulakan dari bahagian bawah dulu baru ke kepala.

Ok... itu petua dari celebrity tempatan....  You all tak nak  ke tanya2 I  petua kecantikan gadis2 Sabah yg mulus turun temurun dan kini menjadi rahsia I jua... murah je.    Rahsianya ialah amalkan makan benda ni.  Wuishhh...  kulit yg kerepot pun boleh jadi anjal.  Insyaallah. Kalau berminat.. sila la klik link tu untuk belian.






Ok skrg cuba baca pulak tip aneh dari celebrity luar negara ni...
MARI KITA SAKSIKAN.....

Rahsia aneh kecantikan selebriti

Jennifer Aniston
Rahsia aneh: Syampu kuda
Dihiasi rambut tebal ikal mayang, penampilan bintang siri komedi Friends ini memang selalu dibayangi imej serba eksklusif.
Namun, janda Brad Pitt ini sebenarnya banyak bergantung kepada syampu Mane 'n Tail yang sepatutnya digunakan ke atas kuda.
Ia mungkin sesuai untuk rambut Jennifer kerana bahan dalam syampu itu dihasilkan untuk melembutkan helaian bulu keras kuda.

Catherine Zeta Jones
Rahsia aneh: Membersih gigi dengan buah-buahan dan membasuh rambut dengan bir
Baru-baru ini Catherine, 39, berkata, dia gemar memakan epal setiap kali lepas makan untuk membersihkan gigi.

"Gigi saya sentiasa kelihatan berkilau selepas itu," katanya. Jika tiada epal dalam simpanannya, Catherine memilih strawberi sebagai ganti.
"Jus atau pulpa buah itu mengandungi asid malic yang bertindak sebagai penghapus kotoran permukaan gigi," katanya.
Untuk perapian rambut, Catherine memilih madu bersama bir untuk mengekalkan kilauannya.

Supermodel ini mengekalkan wajah muda dengan menggunakan susu sebagai pelembap.
Susu itu, katanya, dicampur dengan air dan disembur ke permukaan muka dari semasa ke semasa sepanjang hari.
"Protein dalam susu membantu mengekalkan kecantikan kulit," katanya.

Halle Berry
Rahsia aneh: Menyapu kaki dengan biji kopi

Halle Berry menggosok biji kopi di seluruh kaki hingga paha bagi membuang kedutan.
Katanya, kafein dalam kopi mengurangkan penampilan selulit dan mencergaskan sel metabolisme.

Eva Longoria
Rahsia aneh: Merawat muka dengan protein uri

Bintang siri Desperate Housewife ini banyak bergantung kepada krim mengandungi protein uri untuk mengekalkan kesegaran wajahnya.
Krim itu mengandungi enzim, vitamin, bahan antioksida dan asid amino yang penting untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Julia Roberts
Rahsia aneh: Minyak zaitun pada kuku

Julia menyalut tangan dan kukunya dengan minyak zantun bagi melembutkan kulit lembut dan menguatkan kuku.
Minyak zaitun mengandungi asid lemak dan vitamin E serta K bagi menguatkan kuku.

Teri Hatcher
Rahsia aneh: Mandi wain

Teri dilaporkan menggunakan wain dalam mandian bagi melembutkan kulitnya.
Kata Teri, bahan antioksida dalam minuman itu membantu menjadikan kulitnya kelihatan sentiasa segar.

Sandra Bullock
Rahsia aneh: Krim buasir merawat bawah mata

Bintang filem Miss Congeniality ini menggunakan bahan berkenaan bagi mengurangkan kelesuan pada kulit di bawah matanya.
Kata Sandra, krim itu mengandungi sejenis bahan yang mampu menegangkan sementara kulit muka.

Debra Messing
Rahsia aneh: Bisa ular sebagai krim mata

Pelakon The Will And Grace ini menggunakan krim mengandungi bisa ular bagi memastikan kulit sekitar mata dan wajahnya lembut serta bebas daripada kedutan.
Katanya, bisa ular itu memperlahankan reaksi pada otot muka dan membantu melambatkan kesan kedutan.

credit to : Metro

Ok la puan2..... I ingat nak masak plak untuk tengahari...t.kasih kepada yg sudi menjenguk... kalau nak produk SKII pun ada.. kami ada jual.    Email me at : missmirror@ymail.com

4 comments:

  1. Pasal mandi sulung tu betol! sebab JS pon dpt petua yg sama.
    Petua tu kata seeloknya kita jadi org pertama yg mandi.
    Cedok pertama mesti kat tengah tempayan tu tanpa kocak air tu pastu selawat dan jirus badan...
    Pastu baru la mandi mcm biasa...Pastikan air sejuk.

    Bayangkan kalu gi oversea kena buat camni... mau keras jer lepas mandi hehehehehe..

    ReplyDelete
  2. hai, salam kenal.. hana setuju ngan cara mandi susu atau basuh muka ngan susu.. kulit hana jenis mudah terbakar..asal keluar panas sekejap je, muka merah pastu bila bukak tudung berbelang mcm kuda belang..hehehe..tp skrg tak lagi..cewah, mcm iklan..selalu wat mandi susu ngan basuh muka ngan air susu..

    ReplyDelete
  3. @JS ~ habis klu kt rumah MM ni takde tempayan, terus direct dr shower..camne plak ya?

    @Mr. Kamikaze ~ ya MM pun dulu rajin amalkan mandi susu..tp skrg ni dh busy tak sempat

    @HanaPicca ~ salam kenal juga... wah! rajin mandi susu ya? MM pun nmpknya kena kembali rajin mandi susu this year sbb susu Shasal ada berkotak2lg yg dia dah tak nak minum (dah bertukar jenama lain).

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.