Thursday, May 13, 2010

BLOGGER KREATIF HARI INI ANJURAN BEN ASHAARI


Oleh kerana Sdr Ben Ashaari sedang menganjurkan contest yg mana syarat-syaratnya agak ketat sikit, nak kena hantar sebelum pukul 2 pagi..... dan jln cerita adalah kisah sedih dan lucu, maka aku ingin berkongsi cerita ekslusif yang belum pernah disiarkan di mana-mana sebelum ini untuk dijadikan ikhtibar pada anda semua...(izinkan menggunakan perkataan "aku" untuk entry kali ini bagi menyedapkan jalan cerita).


Hari itu, aku dah kawan-kawan sepejabat sedang bersiap-siap untuk makan tengahari.. masa tu dah nak rehat, dan boss pulak keluar. Aku dengan penampilan canggihku kononnya la... ya la muda lagi kan masa tu baru je awal 20 an... glamer gitu dengan blazer dan kasut tumit tinggi lagi.
Sebab nak menggedik punya pasal maka aku pun sibuk la mencapai handbag kat dalam laci... biasa la nak keluar makan kejap lagi mestilah aku yg dah sinonim dgn cerminku....mirror mirror on de wall...pun nak touch up la wajahku yang dah sedia gebu masa tu (muda lagi kan) dgn barang-barang make up...konon nak berseri-seri time beratur kat kedai makcik jual ayam masak kicap tepi jalan tu... tiba-tiba dengan tak semena-mena..

"kedebuk!!!!" pandanganku menjadi kelabu.... entah kelabu asap ke apa ke tapi yang pasti pandanganku berpinar-pinar masa tu........ nampak bintang-bintang berterbangan di sekelilingku...

"aduuhh.... sakitnyaaaa....." aku mengaduh kesakitan....

Kawan-kawan aku yang seramai 4 orang itu menangis....... aku jadi bertambah panic le bila semua mengelilingi aku... lepas tu semua berjejeran air mata... aku sangka... apakah aku dah mati ketika itu...Tiba-tiba sorang kakak yang lebih senior kat situ memarahi seseorang....

"ko ni.... kenapa ko buat dia macam ni????" oh baru aku tahu... rupa-rupanya si budak hingusan itu telah menarik kerusiku masa aku nak duduk tadi....... sampai hatinya dia.. apa salah aku pada dia?? Fikirku di dalam hati...

Aku teramat sedih masa tu....... bukan sedih sebab kesakitan tu....tapi sedih mengenang perlakuan budak lelaki itu....napa la tak macho langsung buat aku macam tu... aku sendiri tak faham.... aku pun terus menangis kat situ dan buat-buat pengsan.. kakak yang memarahi budak tadi segera menyuruh sorang officemate kami untuk menelefon ambulan..

Tak lama selepas tu, ambulan pun datang dan membawa kami ke hospital. Sampai di sana, aku terus masuk ke wad kecemasan... cek itu ini.. then doktor tersenyum...

" Awak ok... takde apa .......cuma pesan dengan kawan awak tu.... lain kali bergurau jangan berlebih-lebihan.. jika silap haribulan memang boleh membawa kemudaratan"...

Ya betul kata doktor tu.... kisah ini timbul semula di bayangan mataku bilamana 2 minggu lepas aku menziarahi makcikku yang telah patah kakinya akibat terjatuh dari kerusi. Buat lelaki yang telah bergurau ala-ala gedik tu jangan la risau... Miss Mirror dah pun memaafkan kau... cuma lain kali kalau bergurau pun biarlah kena tempatnya. Semoga jadi pengajaran buat beliau khasnya dan pada kita semua amnya di masa-masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

6 comments:

  1. salam singgah n salam perkenalan.. :D

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan Mimie..nice 2 meet u.

    ReplyDelete
  3. hehe.. mmg nakal la colleague awk 2..

    ReplyDelete
  4. Kalu tak nakal, tak thrill ler hidup, yer tak? hehehe

    Salam kenal MISS MIRROR...

    ReplyDelete
  5. @Fatimah ~ mmg menggedix betul colleague saya tu...:(

    @Azieazah ~ salam kenal utk awk juga..nice to meet u.:)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.