Wednesday, May 5, 2010

HARI INI MENULIS CERITA.... HARI ESOK MENJADI CERITA....

Terbaca tadi satu entry, seorang teman blogger telah kembali ke rahmatullah. Walaupun MM tak pernah mengenali Allahyarham, hatta di alam maya sebab tak pernah berblogwalking di blog beliau sebelum ini, sebagai seorang rakan blogger, MM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Unrestmind yang telah kembali pada-Nya kerana kemalangan jalanraya.

Membaca tentang kematian sangat menginsafkan... Teringat semalam, teman lama MM menelefon mengucapkan terima kasih pada MM yg tidak terhingga kerana malam sebelumnya MM telah berjaya meredakan kemarahannya yang meluap-luap terhadap suaminya. Jika tak diredakan kemarahan tu katanya...agaknya dia dah perang besar.... tak tahu la macam mana bentuk perang besar tu bila mereka berjauhan ~ suaminya sedang outstation... perang mulut kat telefon je la kot.

Bukannya MM tolong dia apa sangat pun puan2.......sekadar jadi pendengar setia di corong telefon je~ mendengar tiap baris kata sedih, hiba, tangis kerana suaminya tidak menjadi seperti diharapkannya.... full stop ~ paham2 sendiri la kan.... sebab point yg MM nak sentuh di sini bukan tentang isi kandungan masalah mereka tetapi...... tentang PERANG.

Dush! Dush! Dush!

Perang suami isteri tu mungkin bukan isu besar tapi "lokasi perang" itu yang jadi isu besar.. MM nasihatkan dia (sambil menasihat diri sendiri)....seeloknya bila pasangan berada di jalanan.... kita elakkan la dari berlakunya kejadian perang, nak perang main pecah pinggan, kuali biarlah tunggu sampai dia ada kat rumah, depan mata .....hehehe (Jgn diikut perang pinggan mangkuk ni..... sekadar contoh shj)........ Bukan apa puan2... let say kalau terjadinya bencana yang tidak diduga di jalanan seperti kemalangan jalanraya atau bencana2 lain yang mengorbankan nyawa.... kita akan terkilan nanti.... trauma dan tidak dapat memaafkan diri sendiri. Ya Allah sedihnya......... nauzubilahiminzalik.

Ok...buat anda yang sedang rasa nak HOT je dgn pasangan masing2 tu...... cuba luangkan masa sejenak bertafakur dan cuba bayangkan jika pasangan anda pergi tak kembali....... sedih kan? Oleh itu...... marilah kita ceria-ceriakan diri di pagi yg mulia ini.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.