Wednesday, May 5, 2010

TRAUMA

Boleh tak MM merepek2 kat sini? Macam bosan sikit hari ni.... tu I ingat nak merepek2 ala niang rapik biar hilang sikit bosan. Nak upload gmbr tapi bateri hp dah kong plak........... so kita merepek jelah ya.

Malam tadi MM tidur awal, pukul 9 dah tido.......pastu pukul 2 terjaga...terus tak dapat tidur sampai pagi... anak-anak yg ke sekolah, MM buatkan sarapan jemput-jemput je. Sarapan pagi amat penting sebenarnya tapi tu la... si Qistina bukannya boleh telan makanan bila pepagi buta.... MM paksa je makan walaupun terkulat2. Si Ain tak susah.... dia memang tekak jawa sikit macam I ni... sama la dgn si Shashal, pagi2 mesti nak makan awal.

Sekarang ni kami paksa Qistina makan supplement (tak payah la sebut jenama apa...kan).. untuk bagi dia selera makan sikit. MM sebenarnya ada peristiwa hitam di balik supplement kanak-kanak ni...... sebab tu MM macam trauma sikit bila bebudak tu sepah-sepahkan botol tu merata-rata.

Eh aku dah cerita dgn ko kan COMEI? Tak pelah...........ni MM cerita untuk orang yg mungkin belum tahu tentang bahayanya kalau anak-anak terOVERDOS makan supplement. Masa tu MM memang panic habis.... ya la apa taknya Qistina kata :

"Mama!!!! Adik dah habiskan "gula2" tu semua (maksudnya habis sebotol)" ~ bukan gula2 pun puan2.... sebenarnya supplement tu la.

Ya Allah!!! Apa dah berlaku ni????? MM pun tepon IRP........... IRP yg sepatutnya busy dgn kerjayanya tu pun balik ke rumah dan bergegas ke hospital.... (of course le dia marahkan mamanya ni sebab terlepas pandang.......sibuk sgt kat dapur.)

Ya Allah.... apa aku dah buat ni??? Selamatkanlah anak aku... 

Doktor kata..... benda2 tu jgn sampai teroverdos sebab bila diambil berlebihan akan merosakkan buah pinggang...

MM memang sedih yang amat masa tu. IRP pulak suruh MM tunggu je kat rumah sebab si Ain belum balik sekolah.

Menurut IRP, dalam kereta, Shashal dah macam "high" dah ....... muka pun dah layu. Sampai je di hospital, doktor segera melakukan rawatan kecemasan dan menyedut keluar melalui hidung dgn tiub yg dipasang ..... Shashal pun apa lagi...... menangis la.... "mama... mama......"

Malam tu MM pun segera melawatnya di hospital, nampak Shashal di katil, rasa direnggut2 hati MM ni melihat keadaannya.... tambahan pula bila tengok tangannya masih terikat dgn jarum...sebab MM pernah rasa akan sakitnya kena cucuk jarum yg sebesar itu semasa mengandungkan Qistina untuk masukkan ventolin ke dalam badan...sakitnya yang amat... ni kan pula si Shasal yang masih sekecil itu..... baru 3 tahun lebih.......... Maafkan Mama nak... takde penyakit... cari penyakit......... patutnya Mama sembunyikan botol tu kat gerobok paling atas dan kunci.........mama masa tu terlalu percayakan korang.... Mama ingat anak mama mesti tak suka makan "ubat". Rupa-rupanya boleh habis sebotol pulak...itu bukan gula-gula sayanggg....



Sejak peristiwa itu... MM lebih cakna dan mengambil langkah berjaga-jaga. Ubat dan segala bendalah yang boleh dicapai oleh kanak2  MM simpan jauh2.


Bilik air pun kalau boleh tak mo la orang kata tu menadah air yang boleh membahayakan keselamatan kanak2. Cukuplah sekali anak MM berkampung kat hospital dgn mama2nya sekali tidur yang tak boleh diistilahkan tidur sebab asyik terjaga sebab terlupa bawak selimut (di atas kerusi malas hospital) yg bilamana pagi2 buta dah kena lipat semula dan susun di tempat lain, sungguh tak menyeronokkan....kenapa ya...hospital berbayar macam tu pun buat rule mcm tu....kita penat tau....kita nak baring2 jugak....salah ke? Kita bayar pun bukan sikit2.... heiii entahlah.... tak faham!! Sib baik la doktor tu baik sgt.....


6 comments:

  1. "Overdose" makan supplement...bahaya tu. Mama tak suka makan supplemet atau apa jenis ubat pun. selalu tu berangan beli supplement, last2 entah kemana dia pegi. anak2 pun tak suka, cuma mama akan pastikan dia makan makanan seimbang ler..so far ok...

    ReplyDelete
  2. ha'a Mama... Mulanya MM ingat takde benda sgt..ya la benda tu pun cuma mcm gula2..rupa2nya membahayakan plak klu dah berlebihan kt badan..boleh merosakkan organ dalaman...nasib la kurang dr 24jam..boleh dikeluarkan balik, MM bersyukur sgt2..

    ReplyDelete
  3. oohh wow.. luckily ur daughter informed u or u wudn't know what happened until it's too late.. takpe, yg pastinya ini semua satu pengajaran.. not just for u but to all mothers out there too.. :)

    ReplyDelete
  4. you're right Bella... I should thank to Allah.

    ReplyDelete
  5. wah besok-besok musti hati-hati..
    ;)

    ReplyDelete
  6. Loh... TUKANG COLONG?? Kamu suka mencolong ya? lariii.....

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.