Wednesday, May 5, 2010

NAMA IBUKU IALAH SITI NURHALIZA...

"SIHIR PERLUKAN NAMA IBU KITA???"


T.kasih kepada AZL atas award BEAUTIFUL BLOGGER yang ketiga MM terima pada tahun ini... Segala syarat2 telah MM penuhi semasa menerima award yang lepas.... so, untuk kali ni MM tak nak sebut tentang naik stage turun stage atau yang berkaitan dengan sessi penganugerahan award ini... sebab MM lebih tertarik untuk membincangkan perkara berikut...

"iaitu tentang nama Ibu kita...... tentang pentingnya nama ibu di dalam proses2 BLACK MAGIC... Oleh itu..... jangan senang2 "MENYEPAH-NYEPAHKAN" nama ibu kandung yang telah melahirkan kita itu merata-rata apatah lagi kepada stranger. Kalau ada sesiapa yang tak berkenaan bertanya...cakap je ... nama emak aku Siti Nurhaliza.... apa tak percaya ke? Nak suruh aku bawakkan IC mak aku ?

Tukang sihir akan meminta daripadanya nama lelaki/perempuan yang hendak disihirnya, berserta nama ibunya, kemudian dia akan meminta sesuatu benda, seperti rambut, baju, songkok dan sebagainya.... info selanjutnya ada di
blog AZL kita ni."

So, puan2.. mencegah lebih baik dari mengubati......... tak percaya ke apa MM cakap ni.... jgn anda tak tahu.... jika berdasarkan keyword, hampir setiap hari blog I ni diterjah oleh insan-insan yang sedang berusaha untuk mencari minyak dagu la.... minyak senyoyong la...... heran kan... blog I dah macam blog bomoh plak...tapi kalau itulah yang mereka cari... memang akan pulang dengan tangan kosong.... maaf ya puan2... I takde menyediakan perkhidmatan itu di sini. Ini hanyalah blog rojak sahaja.

Berdasarkan analitik itu...ini bermakna, di luar sana terlalu ramai orang yang kurang rasa percaya pada diri sendiri dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki seseorang dan anda semua (especially yg belum berkahwin tu)... adalah berpotensi untuk menjadi mangsa.




No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.