Showing posts with label AWARD. Show all posts
Showing posts with label AWARD. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

AWARD YANG TERSALAH HANTAR KOT?

Setelah I perap award yg diberikan si Dania semalam, akhirnya hari ni dpt lagi 1 award from Mumyshaneqiesha....(org glamer la katakan, mestilah ramai yg nak bagi award....... ahaks... uhuk... mesti lepas ni my follower makin hari makin susut makin susut kan sebab tak rela membaca celoteh berbaur perasan si Miss Mirror yg asik masuk bakul je tak sudah, naik geli geleman membacanya.




1: Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.


*tq so much kepada pemberi award ini Dania ~ seorang gadis tinggi lampai... 168cm.. wah! siap kuingat lagi.... memoryku mmg bagus!! ~ ni pembuat tag minta I puji si pemberi award tp I asik memuji diri sendiri tak sudah...

*tq juga kpd Mumyshaneqiesha., seorang guru dan ibu yg sgt penyayang kpd 2 org anaknya yg bernama Shane and Qiesha..


2: Sila beri award kepada 10 blogger yang lainn:

* Oh maaf ya.... dlm blog I ni konsepnya award tak boleh dikongsi2...hehehe....kalau nak kongsi jugak kena tunggu Shahir AF8 kongsikan kereta yg dimenanginya dlm AF8 itu dgn I... Shahir dpt hadiah keta ke? entah le, jgn ditanya dgn org yg tak tengok AF mcm I ni... tp adatnya selalu mmg mcm tu kan......juara mesti menang keta kan...


4: Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?

*I rasa pemberi2 award ni tersalah blog kot masa nk bagi award ni...... rasanya blog I ni tak la best and great, cuma dlm berblog, konsep I ialah, I lakukan segalanya dgn ikhlas dan enjoy, menulis pun dgn enjoy....

Wednesday, May 26, 2010

DAH TAK MUAT DAH ALMARI AWARD NI...

Eh tetiba dapat award lagi.......Creative Blogger Award.......Thanks DR. SIRNA atas award yg sgt berharga tu.... Tapi I masukkan dalam peti ais boleh tak sebab nak masuk almari dah tak muat dah.... tengok ler almari piala cenonet yg kami ada ni....


T.kasih la kpd guru2 sekolah Ain yg
selalu memberikan kepercayaan pada puteri sulung kami
ini untuk mewakili sekolah dlm beberapa acara..... kami sgt terhutang
budi atas kepercayaan Cikgu2 semua walaupun
adakalanya anak kami ni mengecewakan harapan Cikgu...
tak apa la kan... adat bertanding memang mcm tu...



percaya tak... terkejut I tadi masa snap photo ni...
Ain rupanya ada surprise utk mamanya
sempena mother's day yg lalu..
sib baik terlintas kat hati nak menjenguk
alamari cenonet ni disebabkan award
dari Dr. Sirna ni... tu le hadiahnya....bekas ballpen tu...
lawa plak... hehehe...sian anak I belikan hadiah
I bleh tak prasan... nampak sgt lama tak mengelap almari..
(selalu lap benda2 penting je.....dressing table ....mirror mirror on de wall..........hehe).






Thanks Cik Puan Doktor..... you suka makan
sambal kicap ya? Me too...

Sebagaimana lazimnya..... kalau I yg dpt award ni bermakna... Ianya
terus tersimpan rapi dlm almari I.....so, mana boleh main pass2...tak cukup...




p/s: Tetiba rindukan COMEI plak....... mana la kawan I yg sorang tu...
senyap sunyi je minggu ni?

Wednesday, May 12, 2010

TAG DARI SYALINDA


Terharunya I pepagi buta kala, dah ada org baik ati bagi award ni......I likeeee... pemberi award adalah si cantik manis SYALINDA ~ sila klik untuk berkenalan dgn beliau (tapi opsss dah berpunya)..... cute kan award ni... sungguh pandai org yg mendesignnya tu..


Ada beberapa pesanan dari pemberi award -

Copy award nie kat blog korank.

ok... telah pun dicopy paste oleh lappy veterenku ini...

wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korank

THANKS SYALINDA.... so cute award ni...and... TERUSKAN BERKARYA!

jawab soalan2 tag nie

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang

"pukul berapa la I nk gerak ni... nak beli telur, tepung, sudu & quaker oat je padahal...." fikir wanita jelita (:P) ibu kepada budak lelaki bernama Shasal di depan laptopnya.... jemarinya masih menari2 di atas keyboard...padahal dah pukul 10 lebih...


2. Apakah nama samaran korang

OC

bokdecun....

3. Berikan 3 orang yang anda sayang

tak cukup la 3... selain my IRP (my hubby), kedua ibu bapa/mertua
& diri I sendiri serta segala kucing belaan, I sebenarnya sangat2 sayang pada
tiga nama di bawah...dgn ucapan
"Untukmu Kurela Korbankan Apa Saja...asal
melihat kau tersenyum bahagia.." mereka ini ialah :-

Ain, Qistina dan Shashal

4. Panggilan untuk si dia

hehehe.... rahsia...

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa

tiada impian lagi... segalanya telah beliau tunaikan....

I hanya mengimpikan untuk selalu bersama dia... (tunggu hari persaraan kot... bila tu ya??? )

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak

Thanks Linda sbb suka visit I.......... I pun suka visit you.. tapi ttg soalan di atas...telah dijawab di dalam ENTRY ~ PERASAN JADI DIVA - sila klik..

eh you all... nak suruh I cadangkan blog2 yg sesuai untuk difollow ke?

Ni I senaraikan ya :

1) Zaharuddin net

2) Akhisalman


7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda

alamak! dah pukul 10.17 plak Linda... I nak kena keluar ni..... so, 15 blogger bertuah yg sudi nak terima award ni ialah.....
I serahkan tugasan ini pada sesiapa saja yg lalu lalang kat sini untuk menguruskan
sessi penganugerahan ini... kali ni I nak
tag silent reader I... mana plak la diorg ni?
Tak muncul la Linda....

ello.... mana la diorg ni????... mcm tau2 je I nk tag dia...


Wednesday, May 5, 2010

NAMA IBUKU IALAH SITI NURHALIZA...

"SIHIR PERLUKAN NAMA IBU KITA???"


T.kasih kepada AZL atas award BEAUTIFUL BLOGGER yang ketiga MM terima pada tahun ini... Segala syarat2 telah MM penuhi semasa menerima award yang lepas.... so, untuk kali ni MM tak nak sebut tentang naik stage turun stage atau yang berkaitan dengan sessi penganugerahan award ini... sebab MM lebih tertarik untuk membincangkan perkara berikut...

"iaitu tentang nama Ibu kita...... tentang pentingnya nama ibu di dalam proses2 BLACK MAGIC... Oleh itu..... jangan senang2 "MENYEPAH-NYEPAHKAN" nama ibu kandung yang telah melahirkan kita itu merata-rata apatah lagi kepada stranger. Kalau ada sesiapa yang tak berkenaan bertanya...cakap je ... nama emak aku Siti Nurhaliza.... apa tak percaya ke? Nak suruh aku bawakkan IC mak aku ?

Tukang sihir akan meminta daripadanya nama lelaki/perempuan yang hendak disihirnya, berserta nama ibunya, kemudian dia akan meminta sesuatu benda, seperti rambut, baju, songkok dan sebagainya.... info selanjutnya ada di
blog AZL kita ni."

So, puan2.. mencegah lebih baik dari mengubati......... tak percaya ke apa MM cakap ni.... jgn anda tak tahu.... jika berdasarkan keyword, hampir setiap hari blog I ni diterjah oleh insan-insan yang sedang berusaha untuk mencari minyak dagu la.... minyak senyoyong la...... heran kan... blog I dah macam blog bomoh plak...tapi kalau itulah yang mereka cari... memang akan pulang dengan tangan kosong.... maaf ya puan2... I takde menyediakan perkhidmatan itu di sini. Ini hanyalah blog rojak sahaja.

Berdasarkan analitik itu...ini bermakna, di luar sana terlalu ramai orang yang kurang rasa percaya pada diri sendiri dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki seseorang dan anda semua (especially yg belum berkahwin tu)... adalah berpotensi untuk menjadi mangsa.




Tuesday, May 4, 2010

DAPAT APRON PERCUMA!!!!

Ya Allah Ayu..... terharunya MM dapat award yg julung-julung kalinya MM dapat bagi kategori yg berbaur feminin ni...... harus.... harus akan menangis jejaka-jejaka yg tak dapat memperisterikan I selama ni...... di mata Ayu...MM ni rajin memasak rupanya... Mekasih Ayu ya.... hang memang pandai menilai orang dari kulitnya.... Lihalah pada jari-jemariku....memang ada gaya seorang tukang masak handalan.... :P



Owh.......... ada soalan interview plak.....

3 jenis lauk yang suka dimasak :

1) Paprik daging
2) Bawal stim
3) Ayam masak lemak tak bercili padi

3 pencuci mulut paling best pernah buat :

1) puding custard.. sedap kan?
2) Cocktail with whipping cream.... tak susah nk buatnya... bhn2 ialah.... fruit cocktail, susu pekat manis plus cream kotak... perap je dlm peti ais lama sikit... bila dh sejuk makan lerr...
3) pengat nangka plus sagu .... baru2 kawin dulu I buat ni you tau tak..... I punya la rasa rendah dirinya nk bagi jiran I tu sbb nk pulangkan mangkuk yang dia bagi ...I ingatkan tak sedap..... rupa2nya diorg sefamily kata sedap sgt dan terkurang....skrg dah lama tk buat ........entah le ingat lagi ke tidak.


Bagi award ni pada 3 orang blogger lain yg rajin memasak :

Tak nak kasi la... mana cukup sehelai apron nak koyak pd tiga orang..... tak mo!

Untuk MS... ni ler wajah keriaku yang hodoh.... mana lebih hodoh....keriaku ke keria yg ko buat semalam? Hehehe... laris ko tau kat rumah aku ni walaupun keriaku berwajah hodoh.


?
?
?
?






MM memang suka makan keria tak bersira....biar polos mcm ni...kalau
dah bersira memang MM tak sentuh.... tak suka sgt kuih
yg manis2...

Wednesday, April 28, 2010

ANUGERAH JUARA LAGU 2010 (AJL)


Wow! Dapat AWARD lagi????!!!! ABMM ~ stand for Anugerah Blog Mama Mithali....oh silap...
Anugerah Blog Mesra Mata???...... Mesra????? Mata???? ~ mesra ke MM ni? Mesra tu memang la mesra... kalau tak mesra tak timbul la perkataan GEDIX ~Juara bertahan 20tahun berturut2 kat sekolah. ........... alahai apa nak buat..... dah takdir
kulahir begini...:(
kesian Ain ada mama GEDIXssss......

Anugerah ini datangnya dari pemilik restoran di kulai (am I right?)
iaitu Puan Ayu..yg memang ayu.....mekasih Ayu...

TAPI... nak kena TAG lagi beberapa orang??
Lain kali la ya Yu...." name TAG " anak-anak I yang patutnya
I jahit kat tudung diorg pun sampai
sekarang baru dapat jahit 2 helai...
tu pun cari jarum merata2 baru jumpa..
habis nk buat guane... Tu ler..dulu I
sekolah pakai nametag kelip je...
pagi2 buta menangis menjajar cari..
bila tak jumpa terus takut nak pegi sekolah...

Apa yg I melalut pasal nametag ni ya....
ala sesaja...dah terlanjur cerita pasal Tag..cerita la pulak
pasal nametag... tak kan nak tulis pasal incometax
plak.... ngeri I...




Monday, April 26, 2010

ANUGERAH BLOG/BLOGGER CANTIK

"Assalamualaikum dan selamat malam kepada non muslim (anugerah biasanya dilakukan pada sebelah malam).. Saya sungguh tak menyangka pada malam ni saya akan memenangi anugerah berprestij ini..... (sambil terketar-ketar)...:) tiba-tiba mendapat undian terbanyak pulak dalam ABPH ni (hehehe).... ada juga peminat saya ni... sungguh tak sangka!

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberikan platform bernilai ini untuk saya dan anda juga bagi mencurahkan bakat (bakat merapu). Sangat-sangat saya syukuri jika dibandingkan dengan mak nenek kita dulu di mana sekiranya mereka ada bakat pun mungkin mereka hanya dapat mencurahkannya pada pokok getah saja... kita lihat la pada dinding-dinding gua di zaman purba, sebab tak ada blog la mereka menconteng tu...



ini ke "blog" orang2 zaman purba ??~ dinding gua yang penuh
hasil kreativiti puak primitif... nanti kita kaji semula ya..
hari ni nak cerita pasal lain..

PASAL AWARD!!

Berat sungguh nih!!! TERIMA KASIH banyak2 Mummy Gee.
Apa agaknya dalam ni, HOMEMADE CHOCLATE gamaknya....
sedap ni...memang cantik2...
MM ni puan-puan.. walaupun ala-ala gedix (gedik santai)...
ada keinginan nak belajar benda-benda COKLAT2 ni...(azam tu ada..
tapi cuma azam je la....perlaksaannya cuma dalam mimpi je)
very very FAR AWAY Puan Mummy kita ni dari rumahku ini....
"ku di sini...kau di sana...entah bila bersua "~ lirik lagu Kaza
lagi satu... very de busy MM ni puan-puan...
masa selalu cemburukan I.. mengalah PM.
Datin la katakan....(you all yg cakap bukan aku ya!)

Ini ler sijil award tu.. WAH!! Keren banget ya!

Oh... ada syarat-syarat plak?

Sesiapa yang dapat award ini dikehendaki :

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda) - DONE!
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut- DONE!
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award - DONE!

PENERIMA AWARD KALI NI IALAH :

  1. Comeisari
  2. Citarasa Rinduan
  3. Aiin Abdullah
  4. Fifi Rahmat
  5. PinkTribe
  6. Noryanti
  7. Mashimaro
  8. Mamarazzie
  9. Kak Asma
  10. Mwdah
  11. Mzhany
  12. Olivia
  13. nanacute ~ sorry terlupa you punya URL...tp selalu kalau MM nampak kelibat u dlm feedjit tu MM singgah balik untuk membuat kunjungan balas
  14. 2 lagi akan difikirkan kemudian... penat betul menulis link2 mereka ni..... berjalan dr 1 blog ke satu blog utk dptkkan URL.... penat kan?
Oleh kerana award ni ditulis BEAUTIFUL BLOGGER dan bukan HENSEM BLOGGER.. maka MM hanya anugerahkan pada yg wanita shj. Harap maklum.

Kepada yg dah memberi award pd MM sebelum ni diucapkan jutaan TERIMA KASIH...sebab u all dah beri takkan la MM nak bg balik pd uoll kan...





Sunday, April 11, 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD FROM KELLY

Eh! what's a suprise!! Dapat award lagi la.... kali ni dari Kelly




KELLY, thank you for this unbelievable awesome award from you!
really appreciate it.... so cute...

Nak share with another 15 bloggers friend ke?
Next time I fikirkan ya
siapa 15 org tu? Tunggu!!












Tuesday, December 22, 2009

DAPAT AWARD!! SYOKNYAAAA...

mekasih putricahaya.. moga blogmu terus bercahaya2....
bertafakur sekejap setelah terbaca tentang : CIRI-CIRI WANITA SYURGA